ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 28

4K 99 1
                                    

Lapangan Terbang

Tangan Karl Aidyn memegang erat tangan Aara , bimbang isterinya melarikan diri , puas hatinya mendera Aara selama mereka bersama.. Secara tiba tiba tubuh isteri di peluk erat , langkah mereka masih sama..

"Boyfriend you datang jemput , mesti dia tak tahu I dah ratah you cukup cukup.."

Mulut itu berbisik tajam ke arah Aara.. sebelum tersenyum sinis ke arah Raffa yang sedang menunggu di ruang ketibaan.. kelihatan Raffa sedang resah menunggu di hadapan sana.. Aara memandang dengan wajah kosong , terasa belakang badannya di belai Karl Aidyn , ada saja perangai gatalnya , Aara buat tidak peduli. Langkahnya di percepatkan , kelihatan Diego ada bersama Raffa..

"Welcome back Cik Puan.."

Ucap Diego dengan ramah.. Karl Aidyn sudah membuat muka bosannya..

"You sihat ?"

Soal Raffa bimbang , hanya wajah Aara yang menjadi tumpuannya , tangan Karl Aidyn yang melingkar di pinggang Aara langsung tidak di alihkan Karl Aidyn..

"Sihat lah.. bahagia lagi.. honeymoon dengan husband tersayang.. kan sayang ?"

Karl Aidyn merapatkan bibirnya ke arah pipi Aara , cepat mengelak isterinya dari sentuhan bibir itu , Karl Aidyn ketawa nipis..

"Sihat.. I penat.. jom balik.."

Aara memaniskan wajah..

"Tuan.."

Muncul Gabriel di hadapan mereka , agak termengah wajah itu , sedikit kepenatan , kelewatan menjemput tuannya..

"Maaf , jalan jammed.."

Gabriel menunduk , tak berani menatap Karl Aidyn , bimbang kelewatannya menaikan amarah Karl Aidyn..

"Kenapa kau datang ? Diego dah ada.."

Gabriel mengangkat wajah , hairan dengan kata kata Karl Aidyn , dia tahu kebiasaan Karl Aidyn , tak mahu selalunya berkereta bersama Aara..

"Err , bukan Tuan.."

"Dah , kau escort belakang dengan Diego.. Raffa boleh drive.."

Belum sempat Gabriel menghabiskan ayatnya , Karl Aidyn sudah memotong , dia tahu jawapan yang bakal di berikan Gabriel.. Raffa membulat mata memandang Karl Aidyn mendengarkan kata kata Karl Aidyn tadi..

"Kenapa aku nak kena drive , orang kau ada kan.."

Raffa membantah.. Karl Aidyn mencebik bibir..

"Okay.. Gab , kau drive.. sayang.. kita naik dengan Gab.."

Tutur Karl Aidyn kembali kepada Aara.. Aara mendiamkan diri.. Raffa sudah resah..

"Diego , uruskan baggage , jom sayang.."

Melihat Diego yang tidak membantah , Karl Aidyn mula melangkah , tangan Aara masih dia tidak lepaskan.. tiba tiba saja tangan Aara di raih Raffa..

"Aara , you naik dengan I.."

Melihat tangan Aara di raih Raffa , cepat saja tangan Karl Aidyn meleraikan tangan itu dari isterinya , secepat kilat juga wajah Raffa di tumbuknya , terjatuh ke lantai badan itu..

"Stop itt !!!"

Cepat Aara menahan dada suaminya dari meluru ke arah Raffa yang sudah terjatuh itu.. Gabriel dan Diego hanya memandang..

"Malu kat orang lah !! Tak payah buat perangai gila you kat sini..!"

Memerah wajah Aara menatap wajah Karl Aidyn.. Karl Aidyn masih tidak peduli , Raffa sudah memegang hidungnya yang sudah berdarah.. mata mata di sana mula memandang.. tangan Aara kembali di capai Karl Aidyn..

"Orang yang kau nak sentuh ni isteri aku.. suami dia dekat depan kau.. jangan buat kurang ajar kau depan aku , kalau tak , hancur muka kau aku kerjakan .. ke kau dah puas hidup ?"

Wajah bengis itu menatap Raffa , Aara sudah mengerutkan wajahnya , terasa cengkaman Karl Aidyn pada tangannya makin kuat..

"Dah lah !! Orang tengok lah !"

Aara masih cuba menenangkan sang suami.. Aara menatap Raffa dengan wajah sendu , dapat dia rasa betapa kuat tumbukan Karl Aidyn pada Raffa tadi.. Raffa cuba bangun..

"You okay kan ?"

Aara bertanya lembut.. Raffa hanya mengangguk.. Aara menelan liur , tak mampu untuk dekati Raffa , rasa bersalahnya mula timbul.. Cepat tangan itu di heret Karl Aidyn melangkah , belum apa apa , Aara terpaksa menurut pergi.. Raffa hanya menghantar pandang , Aara tak mampu dia dekati , Karl Aidyn seperti berlainan , dulu lelaki itu langsung tidak peduli bila Aara menghabiskan masa dengannya , kenapa sekarang Karl Aidyn berlakon peduli.. Raffa merengus kasar..

Badan Aara di tolak masuk ke dalam kereta oleh Karl Aidyn , Diego sudah muncul di hadapan mereka , Karl Aidyn yang ingin memasuki kereta itu membantalkan niatnya melihat kemunculan Diego..

"Cik Puan okay ?"

Soal Diego cepat , wajah Aara di dalam kereta di carinya.. Karl Aiydn merengus lagi..

"Apa yang tak okay nya ? Kau tak nampak dia ada dengan aku ? Suami dia kot.. tak kan aku nak bunuh dia ?"

Karl Aidyn sudah membuat muka bosannya.. Diego tidak peduli dengan kata kata itu , wajah Aara di tatapnya lagi , mahu kepastian yang jelas dari Aara , dia tak mahu majikannya merasa tidak selesa.. Aara mengangguk perlahan..

"I boleh balik dengan Karl.."

Hanya itu yang keluar dari mulut Aara.. Diego mengangguk faham.. Karl Aidyn tersenyum sinis , matanya di bulatkan kepada Diego , puas dengan jawapan Aara..

"See ?"

Ucap Karl Aidyn sebelum masuk ke dalam kereta itu , membiarkan Diego sendiri di luar itu..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now