ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 46

3.2K 99 0
                                    

Karl Aidyn menyandar lesu pada sofa empuk itu , dia tak tahu ingin berbuat apa di dalam rumah besar itu.. Mawar datang menuju ke arahnya , Karl Aidyn membetulkan duduknya , supaya lebih sopan..

"Tuan Karl.. saya sapukan ubat dan tukarkan lilitan kat luka Tuan Karl ya.. Gab yang suruh , tadi saya lupa.. saya minta maaf.."

Mawar memandang dengan senyuman.. medical box yang di bawanya di letakkan di atas meja di depan Karl Aidyn.. Karl Aidyn mengangguk tanda setuju , Mawar membuka perlahan kotak ubatan itu dan balutan putih di keluarkan.. lilitan pada kepala Karl Aidyn di buka perlahan.. mata mawar membulat melihat luka yang ada..

"Teruk juga luka ni , mesti perih kan.. saya letak ubat yaa , Tuan Karl tahan sikit.."

Mawar menaruhkan ubat pada luka itu , Karl Aidyn mengangguk lagi sebelum memeritkan mata.. selepas selesai di sapukan ubat , Karl Aidyn menyandar di sofa , memudahkan kerja Mawar membalut dahinya..

"Jangan risau , Tuan Karl tetap handsome walapun ada luka ni , berparut sikit je.. perempuan lain tengok pun tetap tergoda.. tambah tambah saya.."

Ucap Mawar dalam senyuman , Karl Aidyn sudah ketawa halus , dia membetulkan duduknya selepas Mawar selesai melilitkan pembalut luka di dahi Karl Aidyn..

"Tak tahu pulak you boleh bergurau dengan majikan macam ni.."

Ucap Aara sambil berpeluk tubuh , Karl Aidyn dan Mawar sama sama berpaling memandang.. Mawar menunduk , bimbang gurauannya mengundang amarah Cik Puannya , cepat Karl Aidyn berdiri , medical box di atas meja di ambilnya , tak sedar bila Aara sudah berdiri di situ.. belum sempat Karl Aidyn berkata kata , laju Aara meninggalkan mereka dan pergi ke arah dapur.. medical box itu di bawa Karl Aidyn , Mawar hanya memandang.. kepalanya di ketuk perlahan , sejak bila Puan Aara berada di belakangnya..

"Sayang.. bolehkan.."

"Bik Siti tolong tuangkan juice apple tu.."

Sapaan Karl Aidyn langsung tidak di pedulikan Aara , sehingga Karl Aidyn mematikan percakapannya.. melihat Aara yang ingin menikmati makanannya , Karl Aidyn meletakkan medical box itu di atas almari berdekatan.. niatnya untuk menyuruh Aara menyapukan ubatan pada dada dan belakang badannya juga terhenti.. dia tak mahu menganggu makan tengahari Aara.. Karl Aidyn masih berdiri kaku di situ..

"Tuan Karl nak makan apa apa ? Saya boleh masakkan.. ni ada nasi ayam dengan sandwich.."

Linda bersuara melihat wajah Karl Aidyn yang muncul.. Aara buat buat tak peduli.. Karl Aidyn tersenyum halus..

"Tak apa , saya masih kenyang.. dah makan pagi tadi.."

Jawab Karl Aidyn dengan lembut.. Linda mengangguk faham..

"Tuan Karl.. kita pergi hospital ya hari ni ? Buat check up.."

Sapaan Gabriel membuat Karl Aidyn berpaling , dia menggelengkan kepala..

"Tak payah , saya dah okay.."

"Kena juga Tuan Karl.. Kita check apa yang patut , sekejap je.."

Karl Aidyn mendiamkan diri seketika sebelum mengangguk.. Gabriel senyum..

"Saya tunggu kat luar , bila bila masa Tuan Karl nak pergi , kita pergi.."

Karl Aidyn mengangguk lagi.. Gabriel menunduk sebelum berlalu pergi..Karl Aidyn berpaling ke arah Aara , kelihatan isterinya sudah bangun dari kerusinya , ingin segera pergi..

"Sayang , nak pergi mana ?"

Badan isteri yang sudah melepasinya cuba di raih tangannya.. cepat Aara menepis..

"Banyak kerja lagi kat kilang I kena settle kan , tak kan nak duduk rumah , hadap muka you je.."

Bentak Aara , Karl Aidyn diam.. cepat Aara melangkah keluar dari rumah itu..

"Cik Puan , Diego ke toilet sekejap.. Cik Puan masuk dulu dalam kereta yaa.. Diego dah hidupkan kereta.. "

Mendengarkan kata Gabriel di muka pintu itu , Aara terus memasuki kereta Ranger Rover itu tanpa menunggu lama.. kelihatan Diego tergopah gapah datang ke arah Gabriel..

"Gabriel.. saya minta tolong boleh ?"

Gabriel dan Diego sama sama berpaling , Karl Aidyn sudah ada di depan pintu utama itu..

"Yaa , boleh Tuan Karl.. apa dia ?"

"Tolong sapukan ubat dekat luka saya , dekat belakang pinggang dan dada.. susah lah kalau sapu sendiri.. saya segan nak suruh Mawar.. dia perempuan kan.."

Serba salah wajah Karl Aidyn.. Gabriel hanya mengangguk cepat.. Diego memandang..

"Boleh Tuan Karl.. jum kita ke dalam.."

Karl Aidyn mengangguk sebelum melangkah masuk semula.. Gabriel memandang ke arah Diego..

"Ehh , pergi lah ! Cik Puan dah ada kat dalam kereta.."

Bisik Gabriel tajam.. Diego sudah menepuk dahi.. sebelum berlari menuju ke kereta.. dia memasuki kereta itu..

"Sorry Cik Puan , saya lambat sikit.."

"Karl dan Gab pergi mana ?"

Terus Aara bertanya.. dia nampak Gabriel dan Karl Aidyn sama sama masuk ke dalam rumah..

"Arr , Tuan Karl , suruh Gab sapukan ubat kat luka , dekat dada dan belakang pinggang Tuan Karl.. emm.. dia cakap susah nak sapu sendiri , dia segan nak suruh Mawar sapukan.."

Aara menyandarkan kepalanya ke kerusi kereta setelah mendengar kata kata Diego.. kotak ubat kecemasan yang di bawa Karl Aidyn ke dapur tadi terlintas kembali di fikirannya.. dia melemparkan rasa itu jauh jauh pergi.. tak mahu memikirkan..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now