ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 48

3.3K 95 2
                                    

Ruang Tamu Utama..

"Aara tak apa kan dengan plan Uncle ?"

Wajah Uncle Abbas menanti jawapan dari Aara. Karl Aidyn hanya diam di kerusi itu , Aara hanya berdiri , dia tak mahu lama lama menghadap kedua dua lelaki ini..

"Just do what you want.. Aara tak nak ambil tahu.."

"Jangan macam ni.. majlis tu kena buat dekat rumah Aara , dengan Karl.. mesti lah Uncle minta pendapat Aara.. mungkin kalau kita buat majlis tu , slow slow Karl akan ingat.. kenalan dia datang support.."

Uncle Abbas masih memujuk.. Aara sudah berpeluk tubuh.. wajah Karl Aidyn di jeling sekilas sebelum menatap wajah Uncle Abbas kembali , Aara mencebik bibir..

"Kenalan ? Emm.. kenalan yang seksi seksi , yang boleh dia bawa masuk bilik ? Macam party party sebelum ni  ?"

Berubah wajah Karl Aidyn.. Aara berdiri..

"Bukan macam tu.. Karl dah tak macam tu.."

"Okay.. just do what you want.. i dont care.."

Kaki Aara melangkah menuju ke arah tangga..Bengang bila mengingatkan kembali semua party sebelum ini.. Karl Aidyn yang cuba nak mengatur kata , terbatal niatnya , langkah Aara di pandang saja.. Uncle Abbas melepaskan hela..

"Tak apa.. nanti saya pujuk Aara.."

Perlahan suara Karl Aidyn.. Uncle Abbas cuba senyum..

****

Pintu itu di ketuk oleh Karl Aidyn.. sekali , dua kali... sehingga berkali kali , tiada jawapan dari dalam.. Karl Aidyn masih berusaha..

Tok ! Tok !

Ketukannya mati bila pintu itu di buka dari dalam.. wajah Aara terpancul keluar di depan Karl Aidyn..

"I dah setuju dengan plan you ! Jangan kacau I.. pergi dalam bilik you , jangan tunjuk muka you depan I...!"

Serius wajah Aara.. tangannya masih menahan pintu itu dari terbuka luas , hanya separuh saja terbuka untuk Karl Aidyn..

"Bukan plan saya.. saya ikut apa yang Uncle cakap.. saya tak kenal sesiapa.. biarlah saya cuba kenal mereka.."

"Mereka ?? Mereka yang you nak kenal ? Siapa ? Perempuan perempuan jalang yang mereka kenalkan kat you ?"

Cepat soalan Aara, hatinya sakit mengingatkan perempuan yang pernah hadir bila Karl Aidyn mengadakan majlis apa pun.. Tangan Karl Aidyn menahan pintu itu , cuba memperluaskan pintu itu..

"Bukan macam tu sayang.. Mesti perangai saya buruk sangat dulu , sampai macam ni sekali awak benci saya kan ?"

"Yes !! Semua dari you , buruk pada I.. Tak ada yang baik pada diri you untuk I ingat.. dan I tak mengharapkan you balik.."

Panahan mata isterinya menatap dalam mata Karl Aidyn.. Sedih wajah Karl Aidyn jelas kelihatan..

"Awak mengharapkan saya mati ? Saya tak kembali ? Kat hati awak tak ada sikit rasa sayang kat saya ? Kat hati awak ada orang lain ? Siapa ? Raffa ? "

"Do you know bout Raff ?"

"Tak ! Saya tak ingat , siapa dia , siapa dia pada awak.. dan... saya tak nak ambil tahu.. sekarang yang saya tahu.. saya sayang awak dan nak awak terima saya selayaknya seorang suami.. kat hati awak tak ada saya ??

Karl Aidyn menelan liur , bimbang ingin mendengar jawapan isterinya.. tapi dia menginginkan kepastian.. tanda tanya ini menyeksa hatinya penuh !

"Yes , tak ada.."

Perlahan dari Aara.. Karl Aidyn menunduk pandang seketika.. mindanya terasa berat..

"Dekat sana.. saya tunggu.. saya tunggu awak.. datang jemput saya.. saya tak boleh ingat apa apa , tapi saya yakin ada seseorang yang saya tunggu.. datang , bawa saya balik.. bagitahu saya siapa saya.. saya yakin orang tu awak.. isteri saya.. saya cuba cari tahu , siapa saya.. apa saya buat sampai isteri saya layan saya macam ni.. saya nak tahu apa salah saya.. tapi awak tak bagi saya jawapan.. awak jemput saya dari kampung , saya ingat awak perlukan saya , bawa saya ke rumah ni macam awak perlukan saya , sayangkan saya tapi malam ni awak cakap saya tak ada kat hati awak ?"

Mata itu menatap sendu wajah isteri , cuba meluluhkan hati beku isterinya..

"Tak ada jawapan untuk I beri lagi.."

Pintu itu cuba di tutup Aara , cepat Karl Aidyn menahan dengan tangannya pintu tersebut..

"Kenapa awak tak biar saya terus kat sana ? Kenapa awak bawak saya datang sini ? Sedangkan awak tak nak tengok langsung muka saya ? Biarkan saya mati kat sana !! Biar awak puas hati , biar awak boleh pergi dengan lelaki idaman awak , Raffa kan ?"

"Enough.."

"Tak !! Saya cuma nak jawapan , susah sangat ke ? Kenapa layan saya macam ni ? Kenapa Aara ? Bagi saya jawapan.."

Pintu itu di tolak kembali oleh Aara , cepat Karl Aidyn meluru kedepan sebelum dahinya terhatuk kuat pada pintu itu..

"Karl.."

Cepat Aara membuka kembali pintu itu , kaki Karl Aidyn berundur sebelum dia jatuh ke lantai , badan Aara yang sudah memautnya sekali terduduk pada lantai itu..

"Die !! Gab !!"

Kuat laungan Aara , tapi mereka tidak muncul.. Jenis kelihatan wajah Karl Aidyn menahan sakit , luka di dahinya masih belum baik..

"Gab !!"

Tiada bayang yang mendatang.. kelihatan Mawar datang ke arah mereka tergopoh gapah..

"Kenapa Cik Puan..?"

Resah wajah itu bertanya..

"Karl jatuh.. tolong panggilkan.."

"Tak payah.."

Cepat suara Aara di pintas Karl Aidyn.. Karl Aidyn meleraikan pegangan Aara pada pinggangnya.. Aara melepaskan.. Karl Aidyn cuba bangun dari duduknya.. Tubuh Aara hanya membeku memandang kelakuan Karl Aidyn.. Mawar tak berani dekat..

"Memang ni patut saya terima.. tak payah tolong.. kalau perlu , biar mati terus , baru tak menyusahkan orang , tak menganggu orang.. biar mati.."

Kepalanya di pegang sendiri , kaki itu cuba mengagahkan badan untuk berdiri.. secara perlahan , akhirnya badan itu berdiri.. tangannya menyentuh lama kepala.. menahan rasa sakit itu.. Karl Aidyn perlahan berjalan menuju pergi , matanya memandang lantai..

"Biar mati .."

Bisik Karl Aidyn perlahan , tetap di dengari Aara , Aara diam membeku.. matanya menatap lantai , tangannya di tahan ke mata.. terasa cecair jernih keluar dari tabir itu...

Pendamping Untuk Cik AaraTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon