ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 40

4K 93 0
                                    

Aara menandatangi file file tersebut , sekarang semua aset telah rasmi menjadi miliknya , rumah , kereta , kilang dan kapal kapal besar sudah bertukar nama dari Karl Aidyn kepada Aara Adriana.. Raffa muncul di hadapan pintu bilik kerja Aara.. Aara mengangkat wajah..

"Busy nampak.. banyak dokumen , ada projek besar ke ?"

Selamba Raffa bertanya sambil duduk di kerusi depan meja Aara.. file file tersebut di ambilnya , dia membuka..

"Woww.. semua dah jadi milik you sekarang ? Hebatt yee.."

Raffa senyum bangga melihat wajah Aara , Aara beriak seperti biasa..

"Tak ada yang nak menjaga.. terpaksa lah.."

Aara berkata bersahaja.. Raffa sudah ketawa.

"Terpaksa yee ? Terpaksa jadi billionaire ? Haha.. ada je you ni kan.."

Aara mengAngkat bahu memdengar kata kata Raffa.. Raffa menutup semula file tersebut dan di letak di tepi meja..

"Aara.. I ada something nak cakap.. tapi bukan kat sini.. boleh kita spend time together ?"

"Cakap apa Raff ? You boleh cakap kat sini.. I rasa tak ada banyak masa sekarang.. hmm.. banyak kerja yang I nak buat.. sorry.."

Aara menipu lagi.. sejujurnya dia tak mahu menghabiskan waktu dengan Raffa.. tak tahu kenapa , Aara lebih suka menghabiskan masa bersendirian.. suka menyendiri ,ataupun tidak , dia suka menyibukkan dirinya dengan kerja..

"Please Aara.. lately ni you sibuk sangat , sampai nak makan sekali pun tak sempat , ni pun I kena datang kilang ni.. sebab nak jumpa you.. I rindu sangat kat you.."

Aara tersenyum tawar mendengarkan Raffa..

"Kita boleh spend time kat sini kan.. you je yang mengada nak pergi lain.."

Kata Aara sambil ketawa kecil , saja berterus terang , mahu melihat respon dari Raffa..

"I nak lebih special.. untuk you dan I.."

Ucap Raffa dengan wajah sedih..

"Special apa nya Raff ? Jangan mengada lebih , straight to the point.. I busy ni..."

Aara membulatkan matanya kepada Raffa.. Bukaan pintu dari luar mengejutkan mereka , tiba tiba saja pintu itu tiada ketukan seperti sebelumnya..

"Cik Puan...! Saya dah dapat.. kami dah jumpa Tuan Karl.. Tuan Karl masih selamat.."

Ucap Diego laju , Gabriel yang belakang Diego mengangguk setuju.. Raffa laju berdiri dari kerusi itu , hampir jatuh kerana terkejut.. Aara membulat matanya , wajahnya kelu..

"Nonsense.."

Terdengar ucapan perlahan Raffa.. Aara masih beku dengan keadaannya..

"Iya betul.. Tuan Karl masih selamat.. kami dah dapat location Tuan Karl , kami datang melaporkan sebelum pergi ke sana.."

Ucap Gabriel , wajahnya terselit senyuman , gembira dengan berita yang baru saja dia dapat.. Diego menatap wajah Aara , rautnya sukar di tafsirkan..

"Boleh saya join Gab ke sana Cik Puan ?"

Diego meminta izin.. Laju Raffa menatap wajah Aara , Aara berdiri perlahan dari kerusinya..

"I ikut sekali.."

Ucap Aara perlahan.. Raffa berkerut dahi..

"You nak ikut sekali Raff ?"

Soal Aara , laju Raffa menggeleng..

"No.. its okay.."

Raffa sudah tergagap..

"Tapi Cik Puan , saya rasa elok kami je yang pergi , sebab perjalanan kat sana jauh juga.. memakan masa 3 hingga ke 4 jam.. sekarang pun dah petang.."

"Its okay Diego.. I nak ikut.. panggilkan Ika , Sam dan Ramon.. follow kita sekali.."

Arah Aara tegas..

"Baik Cik Puan..."

***************

Kampung Hutan Pinggir

Angin pantai itu menerbangkan rambutnya.. wajah Karl Aidyn yang diam dari tadi di tenungnya dari sisi..

"Banyak fikir yaa.."

Tisya memula bicara.. Karl Aidyn seakan tersedar dari lamunan , dia berpaling ke arah Tisya..

"Tak ada fikir apa.. cuma menikmati angin yang damai.."

Ucap Karl Aidyn.. dia kembali merenung pantai..

"Tu , ayah dah balik.."

Cepat Karl Aidyn berpaling ke arah kanan , mereka mendekat ke arah Pak Cik Lokman yang berjalan menuju ke arah mereka.

"Banyak dapat ikan hari ni ayah ?"

"Boleh lah , ayah dah bagi kat makcik Eton kamu.."

"Oo , patut lah.. ayah nak minum tea ? Tisya buat kan..?"

Tisya bertanya lagi..

"Boleh juga.. nanti bawak turun ya.. kita minum kat kerusi kayu kitaa.."

"Baik ayah.."

Tisya berlalu menuju ke rumah kayu mereka.. Pakcik Lokman memandang Karl Aidyn , Karl Aidyn hanya senyum..

"Kamu dah sihat nak ?"

"Dah pakcik.. saya rasa , saya nak ke balai polis berdekataan.. mana tahu ada orang lapor pasal kehilangan saya.."

"Emm , elok juga tu , mesti keluarga kamu pun tengah rindu kat kamu.. tapi nak , kampung kita ni nak ke balai polis tu agak jauh.. kaki kamu tu dah kuat ke ?"

Pakcik Lokman berjalan perlahan ke arah kerusi kayu , Karl Aidyn hanya mengikuti di sebelah..

"Lagipun kita tak ada kenderaan nak ke sana.. motor buruk pakcik tu ada lah.. entah entah mati enjin kat tengah jalan.."

Kata Pakcik Lokman sambil duduk di kerusi itu , Karl Aidyn turut serta duduk di sebelah pakcik Lokman..

"Tak apa , pakcik suruh orang kampung ya.. kita pinjam mana mana kereta mereka.. kamu jangan risau.."

"Kenapa ayah ?"

Soal Tisya yang baru muncul dengan minuman di dalam dulang itu.. minuman itu di letakkan di hadapan mereka..

"Dah masa dia balik tempat dia , Tisya.. mesti keluarga dia tengah tunggu.."

Kata kata pakcik Lokman sedikit mengusarkan hati Tisya.. Tisya hanya mendiamkan diri..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now