ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 75

3K 76 0
                                    

Karl Aidyn menolak dedaun pintu itu perlahan lahan , dulang itu di bawa berhati hati , kakinya melangkah perlahan menuju ke katil.. Aara yang leka yang laptopnya di atas katil , mengangkat muka memandang sosok yang baru datang ke biliknya itu.. keningnya berkerut , dia menutup cepat laptop miliknya..

"You buat apa kat sini ? Keluar !!"

Aara mula bertepik kuat.. Karl Aidyn cepat meletakkan dulang yang berisi bubur dan air itu ke atas meja..

"Sayang.. please.. I nak jaga you.."

"Tak perlu !! Get out !! Keluar dari rumah ni.."

Pandangan Aara penuh kebencian.. Karl Aidyn sedikit mendekat..

"Bagi I peluang.. peluang untuk I tebus semua salah I.. please.."

Memerah mata Karl Aidyn.. Aara senyum sinis.. senyuman yang menyimpan segala sakit dan lukanya..

"Peluang apa lagi yang kau nak ? Dulu kau rogol aku , kau pukul aku ? Kau buat lupa semua !! Kau tipu aku ! Kau bodohkan aku , Karl.. kau buat aku jadi bodoh.. lepastu aku terima , kau buat lagi !! Kau bunuh anak aku ! Kau seksa aku. Peluang apa lagi ? Peluang biar kau seksa aku ? Biar aku mati kat tangan binatang macam kau ?!!"

Bagai peluru setiap patah perkataan isteri untuknya.. tapi dia harus mengakui , semua berpunca darinya..

"Jangan cakap macam tu.. I sayang you.. dari dulu I sedar , I sayang you.. I takut , I malu nak mengaku , I tahu , you tak akan terima I.. macam sekarang.. apa pilihan yang I ada , sayang ? I buat tu sebab I tak nak hilang you.. I buat lupa sebab I tak nak hilang you.. I tak boleh kawal kemarahan I , I cemburu bila tengok you dengan orang lain.. I mengaku I salah.. I bodoh.. tapi percayalah , I sayang you.. I perlukan you..I tak akan buat you macam tu sayang.."

Berkaca mata Karl Aidyn.. dia menunduk pandang , tak mampu menatap mata yang mengeluarkan kebencian dari Aara..

"I tak perlukan you lagi.."

Capat Karl Aidyn mengangkat wajah.. langkahnya mendekat setapak..

"No.. no.. I perlu buat apa biar you maafkan I..?"

Penuh mengharap soalan itu dari Karl Aidyn..

"Soalan tu dah terbit pada bibir you bila you tipu I dulu , you tak akan berubah Karl.. You tak pernah nak dengar apa yang I nak cakap.. Sebab baran you , baby I mati , Karl.."

Perlahan suara Aara.. matanya mula memerah.. Karl Aidyn menggeleng kepala cepat..

"No.. I akan berubah.. I akan jaga you , sebaik mungkin.. I akan bahagiakan you.. I minta maaf sayang.."

"No !! You tak akan !! I tak rasa seorang pembunuh anak I sendiri boleh happykan I.. I tak nak hidup dengan you.."

Akhirnya airmata Aara mengalir keluar ke pipi.. Karl Aidyn mula melutut di lantai.. wajahnya di raup.. tanganya di genggam kuat , mengumpul kekuatan untuk bersuara..

"I perlukan you sayang.. I tak nak orang lain.. masa I accident dulu , I nak kembali , nak tebus kesalahan I pada you.. I berlakon , sebab I tak kuat nak mengaku semua.. I mengaku I tipu you.. sebab I nak lupa semua benda kejam yang I dah buat kat you.. I tak nak ingat.. I rasa I keji.. sanggup buat semua tu pada isteri I sendiri.. I janji dekat diri I. Akan jaga you sebaik mungkin.. tapi I buat khilaf lagi.. I bunuh anak kita.. I tak sengaja.."

Tersedu sedu badan itu , dia menunduk pandang.. sakit hatinya menatap renungan kebencian isteri untuknya , wajahnya sudah basah dengan airmata..

"I janji dengan diri I sendiri , I nak jaga you.. nak jaga hubungan ni. Nak jaga anak anak kita nanti.. tapi I tak mampu.. I kejam.."

Karl Aidyn menumbuk dadanya sendiri berkali kali.. menghilangkan rasa kecewa dan sakit itu.. Aara menatap , airmata Aara tidak henti..

"Penyesalan you tak akan merubah apa apa.."

Aara bersuara.. Karl Aidyn mengangguk angguk , menerima kata kata Aara..

"Bagi I peluang terakhir.."

"Never !!"

Kuat laungan Aara.. Karl Aidyn nanar , tak tahu mahu berbuat apa lagi.. seperti tiada harapan untuk Aara menerimanya kembali..

"Apa patut I buat.. untuk you maafkan I ?"

"Tak ada apa , you keluar dari rumah ni , jangan tunjuk lagi muka you depan I.. I tak nak tengok muka you.. I akan suruh orang I siapkan dokumen perceraian.."

"Don't , sayang.. jangan.."

Karl Aidyn bangun perlahan.. mahu mendekat ke arah Aara..

"Jangan dekat !!"

Langkah Karl Aidyn mati.. tangannya terketar ketar..

"I buat !! I buat semua apa yang you nak !! Jangan tinggalkan I.. I tak nak ceraikan you.. I tak nak orang lain.. I janji I berubah.. sayang..?"

"Dah lah Karl , I don't need you.. cukuplah apa yang you dah buat.."

Aara menjawab tenang.. Karl Aidyn mengangguk angguk..

"Okay , I keluar.. I tunggu kat luar.. I tak akan kacau you sekarang.. you rest.. ya?"

Karl Aidyn cuba senyum.. cepat dia membalik badan , ingin segera keluar , mahu Aara menenangkan diri.. Aara mengeluh perlahan.. Karl Aidyn masih berdegil..



Air itu membasahi badan Karl Aidyn,. Dia memejam mata , menenangkan hati dan perasaannya.. fikirannya betul kusut sekarang.. mahu saja dia menikam dirinya sendiri untuk menebus kesalahan pada isteri , tapi hasratnya di tahan. Tak mahu berbuat perkara bodoh lagi..

Karl Aidyn membuka mata , memandang cermin di depannya.. jambangnya mula tumbuh banyak menepal di wajah.. sudah beberapa hari dia tidak bercukur wajah.. Karl Aidyn meraup wajahnya sendiri dengan kasar , benci dengan pandangan di dalam cermin itu.. benci dengan dirinya sendiri..

Karl Aidyn keluar dari bilik air itu , bathrobe di kenakan di badan.. perutnya sudah berbunyi.. dia menekan perutnya seketika , sakit mula menjalar.. beberapa hari juga dia tidak makan dengan teratur.. jam menunjukan pukul 6 petang.. makanan masih juga tidak di jamahnya.. Karl Aidyn duduk di katil itu.. merenung lantai.. hatinya kosong , sama seperti pandangan itu.. tiada apa yang di harapkan kini selain kemaafan dari Aara.. bunyi handphone di jeling Karl Aidyn.. RAY memanggil.. dia membiarkan panggilan itu tanpa di jawab..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now