ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 39

3.5K 85 1
                                    

Matanya menatap pemuda yang ralit memandang pantai itu , kain masih kemas melilit kepala pemuda itu kerana cedera yang agak parah.. Baju tidak di kenakan di badannya kerana luka dan calar yang masih berbisa pada badan itu , senyum gadis itu menatap leka dari belakang pemuda itu.. Tisya mendekat ke arahnya.

"Dah pandai turun dari rumah , kaki tu dah kuat ke ?"

Soalan Tisya memecahkan hening di kala itu , Karl Aidyn berpaling , memandang gadis itu , wajah Tisya sudah penuh dengan senyuman.. Karl Aidyn tersenyum tawar..

"Kaki saya dah kuat.. jangan risau , saja turun ambil angin pantai , biar cepat sembuh.."

"Kalau ayah tahu , marah dia nanti biarkan awak turun sendiri kat sini , luka tu masih tak baik.."

Tisya berkata lembut..bekasan dan kain yang ada di tangannya di letakkan di kerusi kayu panjang itu..

"Ayah pesan suruh Tisya letakkan ubat pada luka awak , dekat belakang badan , dekat kepala..sebab mungkin hari ni dia pulang lambat , dia ke laut.."

Jelas Tisya panjang , Karl Aidyn mengangguk kan faham seraya badannya di palingkan ke arah Tisya , kini badan sasanya terbentang luas di hadapan Tisya , Tisya mengawal rautnya , agak segan , dia mengambil bekasan tadi dan mendekat ke arah Karl Aidyn..

"Thanks.."

Ucap Karl Aidyn perlahan.. Tisya tersenyum lagi , ubat yang sudah di tangannya di sapu perlahan pada dada Karl Aidyn , mata lelaki itu terpejam merapat menerima sapuan itu , pedih mula menjalar di sekitar dadanya..

"Sama sama.. tahan sikit , ubat ni lain dari sebelum.. mungkin agak pedih.."

Tangan Tisya masih ralit menyapu ubat itu , dia perasan Karl Aidyn menatapnya , dadanya datang gemuruh , dia tak berani mengangkat wajah membalas tatapan itu.. tangan Tisya mula terketar ketar.. Mana mungkin tidak , hampir tiga minggu Karl Aidyn berada di rumah mereka , ini kali pertama dia dan Karl Aidyn serapat ini , hembusan nafas Karl Aidyn pun dapat dia dengar..

"Kenapa ?"

Soal Karl Aidyn , tangan Tisya di raihnya..

"Kalau awak tak sihat , saya boleh sapukan sendiri , jangan paksa diri.."

Tisya mengangkat wajahnya , matanya kini bertaut dengan tatapan Karl Aidyn.. dia cuba menarik lembut tangannya dari pegangan Karl Aidyn , matanya cepat di alihkan ke arah badan semula.

"Tak apa.. saya okay.. sikit lagi ni.."

Jawab Tisya gugut.. tatapan lelaki mata grey itu melemahkannya.. Walapun wajah pemuda ini masih pucat , tetap saja terserlah ketampanannya.. Tisya memuji dalam hati..

"Saya minta maaf kalau menyusahkan.."

Bimbang Karl Aidyn dengan riaksi Tisya... Tisya menggelengkan kepalanya , ubat itu di letakkan di atas meja itu semula , Tisya mula membuka lilitan pada kepala Karl Aidyn , luka pada dahi sebelah kiri Karl Aidyn masih dalam.. Tisya menyentuh lembut di sekeliling luka itu perlahan..

"Masih sakit ?"

Soal Tisya lembut.. Karl Aidyn mengangguk..

"Sikit.."

Sepatah dari Karl Aidyn.. Tisya mengambil ubat yang dalam bekasan , di sapu ke dahi Karl Aidyn kemudiannya..

"Dua tiga hari lagi , okay lah luka ni.. ada pening pening tak ?"

Soalan dari Tisya membuatkan Karl Aidyn menggelengkan kepala..

"Tak ada.. sihat je sekarang.. thanks sebab sudi jaga saya.."

"Tak apa , hmm.. macam mana ? Ada ingat apa apa ?"

Soal Tisya lagi , Karl Aidyn menggelengkan kepala , raut wajahnya sedikit muram... Tisya tersenyum nipis sebelum menyimpan ubat ubatan itu kembali ke dalam bekasan.. dia membetulkan duduknya..

"Tak apa , jangan paksa diri , kami tak kesah kalau awak nak rehat dulu kat sini , lama mana pun , ayah mesti gembira kalau awak ada lagi lama kat sini.."

Raut wajah Tisya tersenyum manis , mungkin dia turut sama gembira kalau Karl Aidyn berada lebih lama di situ , entah kenapa Tisya suka menatap wajah pemuda ini.. mungkin saja dia sudah jatuh hati , walaupun Karl Aidyn jarang tersenyum semasa bersama mereka , wajah tampan lelaki itu tetap berjaya mencuri hatinya..

"Saya tak nak menyusahkan korang berdua.. emm.. ada sesiapa datang cari saya ? Or bertanyakan saya ?"

Wajah Karl Aidyn penuh harap.. mengharapkan sesiapa datang menjemputnya.. Tisya menggelengkan kepala perlahan..

"Tak ada.. mungkin sebab kampung kami ni terpencil.. dari orang orang kampung pun , tak ada yang menanyakan pemuda yang hilang.. saya minta maaf.."

"Saya rasa saya dah sihat , saya boleh pergi mana mana balai polis yang berdekatan untuk laporkan diri , mana tahu mereka tahu identiti saya.."

Karl Aidyn penuh yakin , dia ingin segera menemukan keluargnya , tak tahu kenapa jiwanya terasa merindui orang yang di cintai.. jiwanya terasa kuat..

"Iya , awak sabar ya.. nanti kalau awak betul sihat , kita ke sana.."

"Tapi saya dah sihat , saya dah boleh berjalan , saya dah gagah.."

Nampak Tisya tak gembira mendengarkan kata kata Karl Aidyn.. wajahnya nampak murung..

"Itu hanya luaran , dalaman kita tak tahu.. mungkin ayah balik nanti , kita boleh bertanya pada ayah.."

"Iya , saya akan beritahu pakcik..."

Tisya berdiri dari duduknya.. kata kata Karl Aidyn tidak di balasnya..

"Jum kita makan.. saya dah siapkan makanan kat atas.."

Tisya mengalihkan topik.. Karl Aidyn mengangguk sambil tersenyum..

Pendamping Untuk Cik AaraNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ