ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 52

3.3K 90 1
                                    

Ruang Tamu Utama..

Aara memandang Tisya yang berdiri di depan pintu itu , sekilas dia memandang jam di dinding.. sudah lewat malam , Karl Aidyn tidak munculkan diri.. Aara melihat Tisya berlari keluar , cepat Aara mengikut langkah itu , dari pintu itu kelihatan Karl Aidyn mendatang bersama Tisya.. Kelihatan Tisya bertanya banyak soalan mengiringi langkah Karl Aidyn..

"Lain kali call kalau nak balik lewat malam macam ni.. tak ada menyusahkan orang.."

Karl Aidyn muncul dekat dengan Aara , Tisya memandang pelik ke arah Aara.. tak senang dengan ucapan Aara.. Karl Aidyn mendiamkan diri.. Aara membalik badan melangkah pergi.. Tisya dan Karl Aidyn hanya menjadi pemerhati..

"Emm.. pekerja awak yang lelaki , keluar cari awak.. tak balik lagi.."

Terang Tisya , menjelaskan keadaan.. Karl Aidyn mengangguk , arah laluan Aara masih menjadi perhatiannya , sehingga badan itu menghilang dari pandangan..

"Saya naik mandi dulu.."

Tanpa menunggu Tisya membalas , Karl Aidyn melangkah pergi.. Tisya hanya membiarkan , terasa masalah melanda hubungan Karl dan Aara , Tisya yakin pasti..

Depan Bilik Aara

Pintu bilik Aara di buka dari luar , cepat pandangan Aara jatuh kepadanya.. wajah itu nampak dingin sekali.. medical box pada tangan Karl Aidyn di pandang Aara.. badan Karl Aidyn yang tegap tanpa baju kelihatan janggal di mata Aara.. Aara mengawal riaknya..

"Berapa kali I nak cakap.. jangan masuk bilik I.. dengan ketuk pun tidak.."

Aara bangun dari kerusi meja soleknya.. sikat rambut di tangannya di letakkan di atas meja itu..

"Saya minta maaf pasal tadi , saya tak patut buat awak risau , yang lain keluar cari saya.."

"Yee.. okay.. then ? Dah habis ? Boleh keluar.."

Serius wajah Aara.. Karl Aidyn memandang kotak yang ada pada tangannya..

"Saya baru siap mandi.. Diego... dengan Gabriel tak balik lagi.. boleh awak sapukan ubat ni dekat belakang saya.."

Aara mengerutkan dahi.. hatinya di usik.. fikirannya cepat membantah..

"You boleh je kan tunggu dorang balik.."

Aara beriaksi seperti biasa.. Karl Aidyn tampak murung.. Dia mengangguk..

"Saya minta tolong orang lain kat bawah.."

"Ya.. ya !! I buatkan.. sit.."

Cepat Aara membantah.. dia tak mahu Karl Aidyn turun ke bawah dengan menayangkan badannya kepada Mawar ? Tisya ? Hish ! Hati Aara tak rela mereka menatap badan suaminya.. Karl Aidyn senyum.. cepat dia melangkah ke arah Aara , kotak itu di berikan kepada Aara.. Aara mengambilnya cepat..

"Duduk.."

Karl Aidyn duduk di katil itu.. kotak itu di buka Aara , ubat di keluarkan sebelum di sapu perlahan pada luka di pinggang Karl Aidyn.. dari depan Karl Aidyn sudah senyum sendiri..

"Sayang.."

Panggil Karl Aidyn lembut.. Aara memandang dari belakang , wajah Karl Aidyn di cari walau tidak kelihatan..

"Saya minta maaf.. saya sayang awak.."

Ucap Karl Aidyn lembut.. Aara mendiamkan diri..

"Dah.."

Mendengarkan Aara , cepat Karl Aidyn membalikkan badannya ke arah Aara , mereka bertatapan.. Aara sudah berkerut kening..

"Dada.."

Ucap Karl Aidyn perlahan.. Aara hanya menurut , dada itu turut di sapukan ubat.. wajahnya begitu rapat dengan Karl Aidyn.. kedengaran hembusan nafas suaminya.. Aara mengawal riaknya , gugup di jantungnya kalau bisa di dengari Karl Aidyn , boleh malu dia sendiri.. Aara berbuat biasa.. Ubat luka itu di sapu perlahan..

"Luka pun dah nak baik.. tak ada teruk sangat pun dah..  mengada je lebih.."

Bebel Aara , cuba menghilangkan rasa gemuruhnya.. Karl Aidyn senyum , dia merapatkan kepalanya ke arah Aara yang menunduk..

"Sayang.."

Panggil Karl Aidyn lembut , Aara mendongak kepalanya , cepat terasa dahi itu di kucup lembut oleh Karl Aidyn.. cepat Aara menolak dada Karl Aidyn dengan ubat yang masih di tangan.. Karl Aidyn sudah memejam rapat matanya..

"Arghh.."

Wajahnya sudah berkerut menahan pedih.. Bila dia membuka mata , tatapan Aara ada padanya , Karl Aidyn tersenyum nipis..

"Ooo sakit ?? Sakit sangat ke ?"

Aara mengetap bibirnya menahan geram dengan sikap Karl Aidyn yang berlebihan itu.. dada itu di di tekan Aara lagi.. cepat Karl Aidyn menahan tangan Aara..

"Sakit.. sayang..."

Lembut suara Karl Aidyn , muka sedihnya di tunjuk kepada Aara.. Aara menariknya dari pegangan Karl Aidyn.. Aara bangun dari katil itu.. wajah Karl Aidyn sedikit kalut melihat situasi itu..

"Perangai tak berubah ubah.. miang !"

Ucap Aara perlahan tetap di dengar Karl Aidyn.. Karl Aidyn berusaha mencapai tangan itu kembali..

"Sorry.. saya minta maaf.."

Aara meleraikan tangan Karl Aidyn kembali..

"Dah kan ? So boleh keluar ??"

Aara berpeluk tubuhnya , tak mahu di pegang.. Karl Aidyn hanya menatap.. senyumannya hilang terus dari wajah.. dia tampak murung..

"Thanks.."

Ucap Karl Aidyn perlahan sebelum menutup kotak ubatan itu.. dia mengambil..

"Sweet dream.."

Ucap Karl Aidyn lagi.. dia melangkah perlahan keluar dari bilik itu.. Aara menyentuh dadanya.. debar tadi kian beransur pergi.. dia melepaskan hela..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now