ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 77

2.8K 83 0
                                    

Karl Aidyn membuka matanya , entah berapa lama dia terlelap , dia menjenguk ke bawah , kereta milik Raffa telah tiada , Karl Aidyn memasuki biliknya , menutup tingkap kaca itu.. jam di toleh Karl Aidyn.. pukul 12 tengah malam.. Karl Aidyn menepuk dahinya sendiri , macam mana dia boleh terlelap begitu lama.. dia meluru ke pintu.. bilik Aara di tuju , sampai di bilik itu , Karl Aiydn membuka perlahan pintu itu , mencari Aara..

"Sayang.."

Melilau mata itu mencari.. tiada.. langkahnya di atur ke bawah kembali , dapur dan ruang tamu di jelajah Karl Aidyn.. tetap tiada. Hatinya mula runsing.. kemana Aara pergi.. setiap sudut rumah itu di carinya.. masih gagal.. dia berlari kembali ke bilik untuk mendapatkan handphone.. number Aara terus di hubungi..

Tut......

Gagal.. Karl Aidyn melepaskan hela..tanpa berfikir panjang lagi , Karl Aidyn mendail nombor Diego.. tidak menunggu lama , Diego terus menjawab panggilan dari Karl Aidyn..

"Die , Aara.. Aara keluar.. tak tahu pergi mana.."

Resah suara Karl Aidyn..

"Cik Puan keluar dengan Tuan Raffa.. dia dah bagitahu saya.. Tuan jangan risau.."

"Pergi mana ?"

Jawapan yang di beri Diego itu tak tahu melegakan atau meresahkannya.. setidaknya dia tahu Aara baik baik saja , dan bersama Raffa ? Perlukah dia merasa lega ?

"Tuan jangan risau.. Cik Puan selamat.."

Hanya itu yang di beritahu Diego.. Karl Aidyn mengeluh.. jawapan itu tidak memuaskan hatinya.. perlukah dia ke rumah Uncle Abbas ? Membuat kecoh lagi ? Pastinya Aara tidak menyukai.. Karl Aidyn buntu , dia mematikan panggilan itu..

*******

Pagi mula memunculkan diri , bunyi pintu yang di buka itu mengejutkan Karl Aidyn , bingkas dia bangun dari sofa itu , matanya di gosok perlahan.. rambutnya yang sedikit kusut tidak di hiraukan.. wajah isterinya muncul di pandangan..

"Sayang.. you pergi mana ?"

Laju Karl Aidyn mendekati Aara , langkah Aara di teruskan tanpa berhenti walaupun dia melihat Karl Aidyn baru bangun dari sofa itu.. dia tak mahu kesah walaupun Karl Aidyn semalaman tidur di sofa itu.. langkah laju Aara di ikuti Karl Aidyn..

"Sayang.. I tunggu you semalam.. I tertidur kat bilik semalam.. tak sedar bila you keluar.. you keluar pergi mana ?"

Langkah mereka menuju ke bilik Aara.. tiada jawapan pada soalan Karl Aidyn , Aara masih membisukan diri..

"Sayang , please.."

Tangan Aara di paut Karl Aidyn sebelum Aara membalikkan diri memandang Karl Aidyn , tangannya di tarik cepat..

"Bukan urusan you.. I keluar pergi mana.. duduk mana.. itu bukan masalah you.. you tak payah nak kalut ambil tahu hal I.."

"No , I need.. I risau , you kenapa napa.."

Mata Karl Aidyn menatap tulus mata isterinya.. Aara memandang kosong..

"Risau ?? I sakit sampai masuk hospital.. gugur anak I.. you kat mana masa tu ? Kat mana !!? You datang pun masa I nak mati ! Masa anak I dah mati !! Sekarang you cakap you risau.?"

Kedengaran Aara ketawa sinis , menyembunyikan luka di hati..

"I tak tahu macam mana lagi nak buat sayang.. biar you maafkan I.."

"No , tak payah.. kalau you nak I maafkan you.. pergi dari hidup I.. jangan tunjuk lagi muka you depan I.. I penat nak cakap benda sama hari hari , hadap muka you ! I penat , Karl.."

Lengan Aara cuba Karl Aidyn sentuh kembali.. tapi cepat juga Aara mengalihkan tanganya..

"I janji , I tak akan ulang semua perbuatan kejam I.. I promise , I berubah.."

"Sekarang tak bermakna apa apa.."

Aara membalikkan diri , melangkah cepat memasuki biliknya , pintu itu di tutup rapat.. Karl Aidyn menunduk pandang.. perutnya di pegang.. terasa sakit mula mencengkam kembali di bahagian perut itu.. Dia mengetuk pintu bilik Aara..

Tok ! Tok Tok !!

Tiada jawapan dari Aara.. perutnya di pegang kuat.. sakit semakin kuat terasa.. wajah Karl Aidyn sudah berkerut , mulutnya terasa pahit.. dia menjilat bibir , tiada apa apa yang berubah.. dia berjalan perlahan menuju ke bilik.. badannya sedikit menunduk menahan kesakitan..

*************

Aara mengelap rambutnya yang masih basah menggunakan tuala putih itu.. badannya hanya berbalut dengan tuala hingga paras dada.. dia memandang dokumen di atas meja itu.. dokumen itu dia terlupa untuk di beri pada Karl Aidyn tadi. Mungkin dia terlalu ingin menjauhkan diri , sampai terlupa memberi dokumen penting itu..

Selepas selesai menyiapkan diri , Aara mengambil dokumen itu , dia segera ingin Karl Aidyn menandatanginya.. dia berjalan keluar dari bilik , menuju ke bilik Karl Aidyn berada..

"Karl.."

Mata Aara melilau mencari Karl Aidyn.. akhirnya pandangan Aara jatuh pada katil di mana Karl Aidyn berada.. dia meletakkan dokumen itu di atas katil..

"I nak you sign dokumen ni.."

Karl Aidyn membuka matanya.. dia yang bersandar di kepala katil tadi mengangkat kepalanya dari situ.. kelihatan dia berkerut menahan sakit..

"Sayang.. boleh tolong I.. hari tu you janji nak masakkan makanan untuk I.. boleh I minta sekarang ? Masakkan bubur untuk I..? Nanti I sign dokumen tu.. dokumen apa ni ?"

Seakan Karl Aidyn susah untuk mengapai dokumen tersebut , dia hanya memandang , agak jauh di birai katil itu.. perutnya terasa ngilu..

"Lepas sign , hantar ke bilik I.."

Aara membalikan badan , mahu beransur pergi..

"Sayang.. boleh buatkan bubur untuk I ?"

Aara memandang kembali mendengar soalan itu..

"You boleh balik Taman Hijau , ramai tukang masak untuk you.."

"Tapi I nak you masakkan.."

"Itu bukan tugas I.."

Aara berlalu pergi tanpa mempedulikan Karl Aidyn lagi.. Karl Aidyn menghantar pandang.. hampur tiga tahun dia menikahi Aara , tak pernah dia merasa air tangan Aara.. tiba tiba hari ni dia teringin.. teringin yang amat sangat.. tapi dia harus sedar , dia melalukan kesalahan besar , tidak mudah untuk Aara melupakan dan mengikuti semua kata katanya..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now