ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 1

7.8K 150 1
                                    

Aara Adriana hanya memerhatikan gerak geri lelaki itu dari atas , suasana yang riuh di dalam rumah besar itu tidak sedikit pun mengembirakan dirinya。Tetamu yang hadir nampaknya menikmati suasana itu termasuk suaminya sendiri,Karl Aidyn..

Sosok Karl Aidyn bersama kenalannya hanya di perhatikan Aara。Hari ini,ulang tahun yang ke dua perkahwinan mereka..

"Aara dah makan ? Dari tadi Uncle kat bawah , Aara ada kejap je , lepastu Aara hilang.. Ini kan majlis UlangTahun perkahwinan Aara.. kenapa tak join mereka ?"

Soalan itu muncul dari belakang Aara.. Aara berpaling menghadap wajah itu , senyum sinis di lemparkan ke arah  lelaki separuh abad itu. Gayanya seperti tidak suka.

"Join siapa ? karl ? Dengan perempuan perempuan tu semua ? Ni party Karl dengan kawan kawan dia.. bukan anniversary party kami.. dia lebih enjoy dengan mereka tu semua berbanding Aara.."

Aara berkata selamba.. pandangan di arahkan kembali kepada suaminya yanng berada di hadapan kolam renang itu..

"Uncle perlu hormat privacy Aara.. ketuk pintu tu sebelum masuk..."

Sambung Aara kemudiannya..

"Aaraa.."

Panggil Uncle Abbas dengan lembut... Aara tidak menyahut.. hanya mendiamkan diri..

"Harini dah masuk dua tahun perkahwinan Aara dengan Karl.. Uncle bukan apa Aara.. Uncle bimbangkan Aara.. Uncle rasa dah patut Aara... emm.. Uncle rasa Aara dah boleh lahirkan keturunan Karl.."

Perlahan Uncle Abbas bertutur... bimbang tuturnya tidak di senangi Aara. Selama dia menjaga Aara dia tahu Karl tidak memperilakukannya selayak seorang isteri..

"Uncle pun tahu Karl macam mana... Uncle pun tahu cerita kami.. tak mungkin Karl mahukan anak secepat ni.. or mungkin tidak untuk sampai bila bila.."

Tenang Aara berbicara.. dia sendiri tak pasti dengan perasaannya , dia menikahi Karl Aidyn tapi tidak mampu menundukkan Karl Aidyn.. Menyuruh Karl Aidyn mencintai dia ? Argh ! Karl Aidyn lebih gemar bersama perempuan lain berbanding dirinya.. sampai bila hubungan mereka akan berlayar seperti orang asing.. Aara sendiri sakit kepala bila memikirkannya..

"Aara boleh pujuk dia.. Uncle percaya Aara boleh buat.. di mata Uncle , Aara lebih dari semua perempuan tu.. Aara cantik , bijak.. cerdik.. tak mungkin Karl tak tergoda.."

"Enough Uncle ! Aara bukan barang yang senang senang Uncle nak atur.. cukup la Aara kat sini.. cukup la semua tahu Aara Adriana isteri Karl Aidyn.. itu yang Uncle dan arwah papa nak kan ? Aara dah buat !"

Badan itu sudah berpaling menatap tajam ke arah Uncle Abbas.. Uncle Abbas menundukkan pandang , tak mampu menatap sepasang mata itu.. Serba salah dan sedih bercampur aduk.

"Uncle boleh keluar kalau tak ada apa apa benda yang penting nak di cakapkan.."

Aara kembali berpaling ke arah balconi itu , tidak memandang wajah Uncle Abbas. Perlahan lahan Uncle Abbas keluar dari bilik itu.. Aara melepaskan hela..

***********

"Walaupun hari hari tugas kita untuk happykan Tuan Karl , tapi hari ni hari special , kita kena buat Tuan Karl lebih happy.."

Lelaki itu menepuk nepuk belakang Karl Aidyn, semua yang di depan sudah bersorak setuju.. gelas itu di tujukan ke arah Karl Aidyn.. Karl Aidyn menolak seraya menggeleng..

"Noo.. I rasa cukup untuk malam ni.. no more drink.."

Karl Aidyn bersuara dengan badannya yang sudah terhoyong hayang itu.. air itu sudah cukup memabukkannya untuk malam ini.. badannya di paut wanita itu , mengosok gosok belakang badan Karl.. yang lain sudah ketawa.. Faham dengan maksud perilaku perempuan itu..

"I rasa Tuan tak perlukan minuman ni dah kan.. sekarang Tuan perlukan yang lain.."

Wanita itu berbisik lembut di telinga Karl Aidyn , yang lain sudah bersorak.. wanita wanita lain nampaknya tak puas hati dengan tawaran salah satu wanita itu.. Karl hanya senyum mengangguk angguk..

"Yaaa... i like you.. you know what I want.. Bite my lips and press your body against mine."

Pipi wanita itu di cium Karl.. dia menolak lembut , berlakon malu malu di depan ramai , dia menyentuh lembut dada sasa itu..

"Iyaa.. I know.. tapi bukan kat sini Tuan... I akan puaskan Tuan , macam yang Tuan nak.."

Melihat Karl Aidyn yang khayal itu , memudahkan lagi kerja wanita itu , badan Karl di peluk erat..

"Excuse me... Tuan besar minta di layan... good bye.."

Ucap wanita itu seraya memimpin Karl yang sudah khayal itu , yang lain sudah bersorak riang hanya menghantar pandang..

"Menang besar Karl hari ni , dapat super model.. aku dari dulu tak dapat dapat minah ni.."

Yang lain sudah ketawa mendengar kata kata pemuda itu..

"Kau ikan bilis , jangan di samakan dengan ikan jerung.. dia raja segala ikan.. bukan orang bawahan , kita yang bawahan ni cukup tengok saja permainan dia , jangan nak melebih lebih... permainan belum start , kita dah tahu siapa pemenang , so chill bro.."

Yang lain turut ketawa seraya mengangguk.. setuju dengan perempuan yang bersuara itu.

"Kalau tak nak kena campak , nikmati dan tonton saja permainan ni , kita pun dah tau peraturan ni.."

Mereka sama sama ketawa riang , tak mahu ambil pusing apa yang bakal berlaku di dalam itu..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now