ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 72

3.2K 78 5
                                    

Karl Aidyn mengambil handbag yang di hulur Diego.. Matanya menikam mata Martin di depannya..

"Saya minta maaf , kalau pasal saya , korang berdua dalam masalah.. Saya jumpa Aara sebab nak ucap selamat tinggal , saya kena pergi Beijing untuk dua tahun.."

Karl Aidyn menyelongkar handbag Aara yang di beri Diego itu tanpa menatap wajah Martin..

"Saya dengan Aara cuma kawan , tak lebih dari tu.. Saya tak nak Aara dalam masalah sebab saya.. Saya tak nak encik salah faham.. mungkin saya yang berlebihan mengharapakan Aara.. saya minta maaf sekali lagi.."

Martin menundukkan pandangan.. Karl Aidyn buat tak peduli.. Diego hanya memerhati.. kotak kecil itu di ambil Karl Aidyn , di buka perlahan..

"Cik Puan dengan saya pergi hospital.. kotak tu dari hospital tadi , sebelum Cik Puan ke restoren untuk jumpa Encik Martin.. sebelum ni , Puan Aara tak pernah jumpa Encik Martin.. maksud saya selepas hari tu , ni kali kedua Cik Puan jumpa Encik Martin.."

Diego menjelaskan..Karl Aidyn mendiamkan diri.. pregnancy test itu di tatap lama..

See you later.. I ada something nak bagi you.. wait for me okay.. I akan balik , quickly.. love you•

Karl Aidyn menelan liur.. suara Aara yang ceria kembali bermain di mindanya.. Aara positif mengandung..? Seperti jantungnya mahu gugur dari tempatnya.. dadanya seperti hendak pecah.. Cepat Karl Aidyn berlari ke arah kereta.. Martin dan Diego saling berpandangan.. tak faham dengan sikap Karl Aidyn..

**************

Aara membuka matanya perlahan , terasa perutnya sungguh sakit , badannya tiba tiba lemah untuk berdiri , dia membetulkan baringnya , Aara memegang perutnya.. Terasa di bahagian kewanitaanya perit yang amat.. dia mengigil kesejukan , Aara menguatkan diri bangun dari katil itu , terasa ada cecair yang mengalir turun dari bahagian kewanitannya.. perutnya terasa mencengkam pedih.. Aara mengerutkan dahi.. sakitnya mula menjalar ke seluruh perut..

"Karl.."

Panggil Aara cukup perlahan.. kakinya di gagahkan menuju ke arah pintu itu.. darah mula mengalir turun.. wajah Aara cukup pucat , menahan sakit yang melanda perutnya.. pintu itu di capai , cuba di buka..

"Karl !"

Aara memejam matanya.. dia menyandar pada pintu itu , pintu itu di kunci dari luar.. Karl Aidyn mengurungnya ? Tak cukup lagi apa yang dia dah buat tadi ?

"Karl.. buka pintu ni.. please.."

Kakinya tidak lagi kuat , sakit di perutnya mengatasi segalannya , dia mengetuk pintu itu sekuat tenaga nya..

Tok !! Tok !!

"Karl.. please..perut I sakit sangat..."

Merintih suara itu berbunyi , airmata mula keluar , akhirnya dia jatuh pada lantai itu.. darah yang mulai banyak itu di toleh Aara.. Dia mula tersedu , tangisnya makin kuat , bimbang apa apa berlaku pada bayinya.. matanya makin lesu , pandangannya jadi kabur.. dia tak lagi kuat untuk menahan sakit itu.. perlahan lahan matanya merapat.. pandangannya gelap..




Dadanya terasa sesak , tubuh kaku isterinya di lantai di pangku laju ke ribanya..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now