ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 18

3.9K 111 0
                                    

Aara membuka matanya perlahan , dia mengeliat seketika , sosok di depannya mengejutkan Aara , cepat cepat dia memeriksa bahagian tubuhnya , bajunya masih lengkap di badan.. Sosok tegap Karl Aidyn masih menatapnya dengan gaya bersahaja , tubuh suaminya hanya bersandar pada dinding itu.. Aara membetulkan rambutnya setelah bangun dari baring..

"You tengok apa ?"

Soal Aara gugup.. kelakuan Karl Aidyn semalam masih segar dalam fikirannya.. ketakutan tiba tiba hadir pada dirinya.

"Lena sangat you eaa.. Staff tempat ni dah siapkan breakfast kat meja tu , you still tak sedar ?"

Suaminya bersuara , Karl Aidyn berpeluk tubuh.. Dia tak mampu menipu dirinya sendiri , tatapan pekerja lelaki hotel itu pada Aara semasa tidur tadi mengugat egonya sebagai suami , cara dua lelaki itu berbual semasa menyediakan makanan jelas mereka memuji kecantikan Aara..

"I penat.. sebab tu tak sedar , you sepatutnya kejutkan I.."

Aara bangun dari duduknya , menyanggul tinggi rambut keperanannya itu.. Karl Aidyn mencuri pandang , leher putih Aara menjadi tatapannya tanpa di sedari Aara.. Karl Aidyn tak mampu menipu dirinya sendiri , Aara memang cantik , sebagai lelaki dia harus mengakui itu..

"You breakfast lah dulu.. I nak mandi.."

Balas Aara bersahaja.. Karl Aidyn menghantar pandang , sesekali Karl Aidyn meraup kasar wajahnya sendiri.. Macam mana wajah itu boleh menjadi tumpuannya.. Dia harus tetap tegas , wanita itu adalah ''musuh"nya.. Dia merengus kasar sebelum ke meja yang sudah tersedia makan pagi itu..

************

Aara menoleh pandang Karl Aidyn yang sudah mula melangkah menuju ke pintu utama , sepertinya Karl Aidyn ingin segera keluar dari situ.

"You nak pergi mana ?"

Aara bersuara.. Sarapannya belum di jamah , pinggulnya baru merasa kerusi itu , Karl Aidyn pula sudah menghabiskan makanannya tadi tanpa menunggu Aara.. itu keadaan yang biasa buat Aara.. Karl Aidyn tentu saja menikmati makannya seorang diri. Karl Aidyn menoleh malas ke arah Aara.. Badannya tiba tiba terasa membahang , bukan kerana marahkan Aara , tetapi terasa sedikit kelainan pada badannya , seakan nafsunya mula memuncak..

"You ingat I datang sini untuk tidur dalam bilik ni ? Terperap dalam ni , hadap muka you , perangai you yang annoying tu ? Memang tak lah.."

Karl Aidyn membuat muka bersahaja , seperti kebiasaan.. Aara menjeling ke arah lain , malas mahu menghadap sikap Karl Aidyn yang selalu menyakitkan hati.. Karl Aidyn bergerak ke arah pintu sebelum keluar dari bilik itu.. Aara memandang pantai ke arah kanannya , meredakan hati yang sedang menuju ke arah kesakitan.. Sarapanya di pandang sekilas.. mood makannya tiba tiba melayang , dia bangun dari kerusi itu , perlahan lahan ke arah tangga yang menuju ke pantai.

Aara berdiri keras di tangga yang rendah itu , memejamkan mata , mengusir perasaan hampanya.. persoalan mula timbul di benaknya , kenapa dia ada di situ ketika ini.. Berbulan madu ? Dia mengigit bibirnya , terasa bodoh kadang kala bila memikirkan perasaanya dan tingkah lakunya..

Bunyi hempasan pintu mengejutkan Aara dari lamunanya , dia menoleh laju.. Matanya mengecil memerhatikan kelibat yang masuk itu , Karl Aidyn ? Kenapa suaminya kembali dalam masa yang singkat , bukan kebiasan.. Aara masuk ke dalam ruangan bilik itu.. Karl Aidyn meramas kuat rambutnya , raut wajahnya sedikit kekusutan , baju berkoler putih yang di pakainya di tanggal dengan kasar ke arah lantai itu , dia laju menuju ke arah bilik air.. Aara masih binggung dengan kelakuan suaminya.. bukan tadi dia sudah mandi dan membersihkan diri ?

Karl Aidyn membuka pili air itu , membasahi tubuhnya , wajahnya di raut berkali kali , badannya juga.. Rasa itu masih belum hilang.. nafsu berahinya tiba tiba saja memuncak , tidak pernah dia merasakan ketidakselaaan begini , sebelum ini wanita wanita di luar sana yang mengodanya dan memainkan peranan..

"Karl , are you okay ?"

Suara di luar pintu bilik air itu makin menaikkan darahnya.. Marah kerana tak mampu mengawal syawatnya ketika ini..

"Shut up !! And get lost !"

Terkedu Aara mendengar jerkahan dari dalam bilik air itu.. dia berundur setapak.. tiba tiba teringat perangai gila suaminya , dia menelan liur.. tapi hatinya kuat ingin tahu perkara yang menimpa Karl Aidyn.. dia tetap berdegil..

"What wrong with you , everything is fine ? Cakap kat I kalau you tak sihat , you perlukan apa apa ? Apa jadi kat luar tadi ?"

Kalut Aara bertanya , dia bimbang Karl Aidyn kenapa napa , respon itu spontan darinya tanpa di buat buat..

"Diam lah ! Berambus aku cakap !"

Pamm !! Ketukan pintu kaca itu mengejutkan Aara , sekali lagi dia menelan liur , serta merta mulutnya tertutup mendengar ketukan itu , agak kuat , boleh pecah pintu kaca itu kalau Karl Aidyn mengetuknya sekali lagi.. Aara mendiamkan diri..

Karl Aidyn meramas rambutnya , memejam mata.. mendongak menerima air yang turun ke arah mukanya , cuba menenangkan diri , melawan kuat rasa yang singgah pada dirinya di kala ini , tak mungkin dia menyentuh Aara , tidak sama sekali.. Terketar ketar bibirnya menahan rasa , tangannya di gempal kuat , kenapa rasa ini tiba tiba muncul.. tak mungkin dia melanggan mana mana perempuan murahan ketika ini , tastenya terlalu tinggi..

Karl Aidyn membuka pintu bilik air setelah sedikit tenang , Aara yang di luar bilik air sedang membelakangi terus menoleh balik ke arah Karl Aidyn.. tatapan suaminya tajam menatap ke arahnya..

"Karl..."

Belum sempat pun Aara menghabiskan ayatnya , wajahnya sudah di cengkam kuat oleh Karl Aidyn , berundur langkah itu di kawal langkah Karl Aidyn..

"Kau tak faham bahasa ke ? Aku cakap stay away ! Aku nak guna bahasa macam mana biar kau faham !"

Setapak demi setapak mereka menjauh dari bilik air itu.. wajah Aara sudah kemerahan.. tangannya kuat cuba meleraikan tangan Karl Aidyn pada pipinya..

"Karl.. sakitt.."

Agak susah untuk bersuara , Aara cuba berusaha.

"Oo kau tahu sakit ? Kalau tahu sakit , cuba dengar apa aku cakap..!"

"Sakitt Karl.."

Tangan Aara tergapai gapai menolak badan sasa itu , masih berusaha membuang cengkaman Karl Aidyn pada mukanya.. Karl Aidyn memejam matanya merapat menerima sentuhan Aara pada tubuhnya sebelum melepaskan cengkaman tangannya.. sungguh dia tak kuat menerima sentuhan itu di kala ini.. Karl Aidyn menarik nafas panjang , matanya di pejam merapat , sentuhan tangan Aara menaikkan kembali rasa tadi yang hampir hilang.. Aara terpinga pinga dengan kelakuan suaminya , sedikit ganjil..

"Stay away ! Kau keluar sekarang !!"

Keras suara Karl Aidyn..

"You kenapa ? Cakap kat I mana yang tak kena , I try tolong , you sakit apa ?"

Aara kembali mendekat tanpa berfikir panjang , kelainan pada suaminya membimbangkan..

"Aara !! Kalau kau tak nak kena teruk lagi , better kau keluar sekarang.. Aku warning kau.."

Karl Aidyn membuka matanya , menatap Aara.. Aara menelan liur , ugutan Karl Aidyn bukan boleh di buat main.. Aara mengangguk angguk , kalah dengan permintaan Karl Aidyn..

"Hmm.. you better rest.. I keluar , kalau ada apa apa panggil I.."

"Tak payah nak tunjuk caring lah !! Keluar !!"

Kuat Karl Aidyn meneking , Aara pasrah melangkah keluar dari bilik itu , dia terus ke ruang tamu..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now