ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 49

3.2K 96 0
                                    

Karl Aidyn duduk lesu pada katil empuk itu , pandangan hanya panda lantai kosong itu , hatinya mencengkam pedih.. kepalanya di sentuh perlahan , rasa sakit itu masih ada.. sesekali dia memeritkan mata menahan sakit di kepala.. dengan tiba tiba kepalanya di ketuk deras menggunakan tangan sendiri.. balutan itu cuba di tanggalnya..

"Bodohhhh !!"

Bertalu talu kepala itu di pukul dengan tangan sendiri.. akhirnya kaki itu jatuh melutut pada lantai itu , kepalanya mula di hatuk kepada lantai itu , sungguh hatinya terseksa mengingatkan layanan Aara padanya..

"Tuan !!"

Gabriel cepat datang ke arah Karl Aidyn , badan Karl Aidyn di peluk dari belakang..

"Kenapa ni ? Dah ! Cukup !"

Badan Karl Aidyn cuba meronta , cuba melepaskan badannya dari pegangan kemas Gabriel..

"Mampus lah kauu !!"

Laung Karl Aidyn sendiri , dirinya bagai di rasuk..

"Jangan Tuan !! Sabar... jangan buat macam ni.."

Serasa kuat pegangan Gabriel padanya , akhirnya badannya terasa lemah.. cepat Gabriel mengambil badan itu merapat ke arah katil..

"Sabar Tuan , sabar !! Tenang..."

Bisik Gabriel pada telinga itu , memerah wajah Karl Aidyn mula kelihatan , rambutnya sudah berserabut.. tak pernah sekali Gabriel melihat lelaki itu sekecoh ini , sosok Karl Aidyn yang dulu tenang dan bersahaja hilang jauh dari lelaki ini kini..

"Aara nak aku mampus.."

"Tak ! Bukan macam tu.."

Gabriel cepat bangun sebelum meletakkan badan Karl Aidyn pada katil itu , Karl Aidyn menurut lemah..

"Tak mungkin.. Cik Puan sayang Tuan.. Mana mungkin dia nak macam tu.. Tuan suami dia.."

"Tak.. dia ada orang lain.. dia nak aku mati , tak kacau dia.. tak ganggu hubungan dia. Suami jenis apa aku ni ?!

Gabriel mengeluh berat mendengarkan Karl Aidyn.. sungguh tuannya begitu lain.. jauh sekali dari sikap kebiasaannya..

"Tak ada Tuan.. Cik Puan tak macam tu.. dia sayang Tuan.. Tuan sorang je yang dia ada.. jangan seksa badan tu macam tu.. saya panggilkan Cik Puan.."

"Tak payah.. aku sakit macam mana pun dia tetap tak peduli.. aku tak penting bagi dia.. tak payah susahkan dia.."

Gabriel melepaskan hela.. binggung mahu berbuat apa lagi..

"Tuan nak give up ? Tuan kan lelaki.. Tuan tak boleh give up.. saya tak kenal Tuan Karl yang lemah macam ni.. Tuan kena kuat.. Saya kenal Cik Puan.. hati dia lembut.. memang nampak dia macam angkuh , sombong.. tahu saya percaya.. perangai tu untuk orang luar , bukan dekat suami dia.. so Tuan jangan seksa diri macam ni.. Tuan kena pujuk Cik Puan.."

Karl Aidyn diam.. wajahnya nampak lesu..

***********

Aara menghirup perlahan kopi panas itu , matanya terarah kepada tangga itu , menantikan kedatangan Karl Aidyn , tapi tidak juga muncul lelaki itu di depan matanya pagi itu..

"Cik Puan.. saya dah kejutkan Tuan Karl tadi , tapi dia tak nak turun breakfast.."

Bibik Mona seakan tahu persoalan yang muncul pada wajah Aara.. Aara mengangguk faham , dia berbuat tenang.. kepalanya terarah kembali pada makanan di atas meja itu..

"Hari pun dah nak masuk tengahari , selalu Tuan Karl turun awal.. hari ni dia tak keluar keluar dari bilik pun.."

Jelas Bibik Mona lagi.. Aara diam.. hatinya di usik kerisauan..

"Cik Puan.."

Aara menoleh pandang ke arah Diego yang baru datang itu..

"Ada someone datang nak jumpa Tuan Karl.."

"Who..?"

Soal Aara tanpa memandang wajah Diego..

"Tisya.. penjaga Tuan Karl masa kat kampung.."

Cepat Aara menoleh ke arah Diego.. Nama itu mengejutkannya.. kelihatan Gabriel menuju ke arah tangga itu.. Aara hanya memandang sosok itu mendaki tangga.. Aara bangun dari kerusinya , menuju ke arah pintu utama..

"Datang dengan siapa ?"

Soal Aara bila matanya bertemu mata Tisya.. Bag yang agak besar di sisi Tisya di pandang lagi.. seperti lama mahu meninggalkan kampung , telah hati Aara..

"Tisya.."

Suara dari belakang Aara membuatkan Aara mengalihkan sedikit kedudukannya , Tisya memandang wajah Karl Aidyn yang muncul itu..  cepat dia meluru masuk mendekat..

"Ehh kenapa kepala tu ? Nampak macam bengkak.. bibir ni pun pucat.. awak sihat tak ??"

Risau kedengaran nada Tisya.. Karl Aidyn senyum nipis..

"Sihat.. macam mana boleh sampai sini..? Ayah sihat ? Ayah tak datang sekali..?"

"Dengar suara pun lain ni.. mesti tak sihat kan ?"

Tisya bertanya lagi , soalan Karl Aidyn belum di jawab.. Aara mencuri pandang ke arah wajah Karl Aidyn.. wajah itu betul , nampak pucat.. bibirnya nampak lain.. Kenapa makin teruk ?

"Kenapa dahinya di biarkan begini ? Tak baik , nanti luka susah nak sembuh.."

Ringan saja tangan Tisya mahu menyentuh dahi itu , tapi Karl Aidyn mengelak perlahan , terasa perbuatannya di luar kawalan , Tisya ketawa nipis , menghantar rasa gemuruh itu..

"Biar Tisya sapu ubat ya.. biar cepat baik.. Ayah ada kirimkan ubat untuk awak.."

Aara mula melangkah menuju ke dapur kembali , Karl Aidyn dan Tisya di biarkan.. Karl Aidyn memandang kepergian isterinya.. rindunya mula bersarang..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now