ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 89

3.9K 95 0
                                    

Rambut Aara beterbangan di tiup angin , Karl Aidyn ralit memandang isterinya yang sedang mengunyah makanan itu , Aara nampak berselera.. Karl Aidyn mengambil nasi di dalam pinggan itu menggunakan sudu , bersedia untuk menyuapkan Aara untuk yang sekian kalinya.. Berselera betul isterinya makan bila di suap olehnya..

"Sedap sangat ya nasi goreng tawar yang I buat ni , nak habis dah satu pinggan ni sayang.."

Senyum tak mati di wajah Karl Aidyn meluahkan.. Aara sudah tertawa kecil..

"Mesti lah sedap.. husband I yang buatkan.. kena la habiskan.."

"Nanti kita balik bandar , kita makan makanan yang best best ya.. I promise.."

Serius wajah Karl Aidyn berkata , kesian melihat isterinya yang masih sakit hanya memakan nasi yang di goreng Karl Aidyn sendiri , sudah lah Aara tak mahu memakan masakan oleh Tisya.. Karl Aidyn terpaksa sendiri memasak makanan yang alar kadar , nasib baik dia pandai membuat nasi goreng , itu pun tawar.. Aara tersenyum manis memandang suaminya yang sedikit monyok wajahnya..

"It's okay sayang.. Sedap lah masakan you ni.. boleh lah jadi chef.. opss.. chef peribadi I.."

Aara sudah ketawa , Karl Aidyn sambung ketawa jua..

"Tisya dah siap masak.."

Suara Tisya dari atas tangga itu menghentikan ketawa mereka.. Aara memandang halaman di depannya.. Karl Aidyn buat buat senyum memandang wajah Tisya..

"Belum lapar lagi la Tisya.."

Karl Aidyn menjawab tenang..

"Sekarang dah pukul 11 pagi lah Karl.. dari pagi awak tak makan.. nasi goreng tu pun saya tengok , sikit je awak buatkan untuk dia.. nanti awak sakit.."

Karl Aidyn mengangguk angguk , malas mahu berbahas dengan Tisya perihal makan.. Aara hanya mendiamkan diri.. Melihat kediaman Karl Aidyn , Tisya cepat beransur masuk ke dalam rumah..

"Pergi lah makan.. nanti sakit.."

Aara kembali menatap Karl Aidyn , suaminya hanya senyum..
Kereta ranger rover dan AMG G63 memasuki halaman di depan rumah pakcik Lokman menjadi tumpuan Karl Aidyn dan Aara.. Aara mengecilkan mata , orang orang suruhannya datang ? Siapa yang menyuruh.. ? Kelihatan mereka turun dari perut kereta..

"Selamat tengahari Tuan Karl , Cik Puan Aara.."

Gabriel mengetuai mereka mula bersuara.. Karl Aidyn senyum faham dengan raut wajah kehairanan isterinya..

"Kita balik hari ni ya.."

Karl Aidyn berbisik manja ke telinga Aara.. Aara membulatkan mata , mula faham dengan kedatangan orang suruhan mereka..

**********

Gabriel dan Diego mengangguk mendengarkan pertanyaan Karl Aidyn , tak banyak bercakap..

"Aku tak nak satu pun terlepas.."

Karl Aidyn sambung berbicara dengan dingin sekali..

"Saya akan pastikan Tuan.. Jangan risau.."

Gabriel membalas laju.. Dia faham dengan kehendak majikannnya , tak mahu satu pun orang yang melukai Aara terlepas dari perbuatan kejam mereka.. Mereka harus mendapatkan ganjaran di atas perbuatan terkutuk mereka.. Karl Aidyn hanya diam sebelum berendar menaiki tangga kayu rumah itu.. dia menuju ke arah bilik Aara berada , mungkin isterinya sedang mengemas barangnya untuk balik ke bandar...

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now