CHAPTER 71

2.7K 139 25
                                    

Sy nak tunggu smpai 40 vote untuk prev chap but rasanya masih lama. Huhuhu

HAPPY READING!

     NADIA memandang ke arah matahari yang mungkin sebentar lagi akan terbenam. Dia cuba merasakan angin yang bertiup lembut menyapa kulitnya. Memerhati langit yang kelihatan begitu damai dan indah.

     Kira-kira setengah jam yang lalu dia meninggalkan ruangannya tanpa pengetahuan sesiapa. Dia bersendirian di rooftop bangunan itu. Tempat yang sama di mana dia dan Ben melafazkan janji untuk saling mencintai sehingga hujung nyawa.

     Nadia sudah penat  dengan semua ini. Segala masalah yang dihadapinya terasa begitu besar dan tidak mampu Nadia hadapi. Sedikit demi sedikit pertahanannya melemah. Cukuplah dia pernah merasakan apa itu bahagia. Cukup. Dia sudah pernah merasan cinta. Keluarga, sahabat dan juga kekasih yang sentiasa ada di sisinya. Namun, dia sedar, jika dia terus bertahan dia hanya akan menjadi beban dalam hidup mereka. 

     Mommy, daddy...Maafkan adik. Biarlah adik berehat bersama bayi dalam  perut adik. Biar dia tidak pernah merasakan kerasnya dunia seperti yang dia pernah dia rasakan. Teruntuk keluarga dan para sahabat, dia terlalu rindu untuk kembali seperti dulu namun dia segan. Biarlah dia memilih jalan singkat ini. Biarlah dia dikatakan bodoh, realitinya mereka hanya tahu menilai orang lain. Untuk mereka yang pernah menyakiti dia terutamanya Hakim, kali ini dia memilih untuk tetap membenci dan tidak memaafkan mereka. Biarlah dia pentingkan diri untuk kali ini. Kata ikhlas itu tidak lagi wujud dalam kamus hidupnya. Dan...untuk Tengku Haikal Benjamin, lelaki yang berjaya mencuri hatinya, berat hatinya untuk melepaskan lelaki itu. Namun dia sedar, dia tidak layak lagi untuk menjadi pendampingnya. 

      Nadia berdiri perlahan-lahan lalu menarik kerusi rodanya menuju ke arah dinding rooftop yang hanya searas dadanya. Nadia mengambil nafas dalam. 

     "Ikut mama ya baby..."

     Mata Nadia menggelap. Bisikan syaitan semakin kuat mendorong Nadia melakukan perlakuan terkutuk itu. Satu kakinya naik pada kerusi roda yang sudah disandarkan pada dinding. Kerusi roda yang sememangnya tidak kuat untuk tetap berdiri statik menyenangkan lagi kerja Nadia. 

     "Semuanya akan tamat," ujar Nadia perlahan lalu tersenyum manis.

***

     Ben menendang perut Hakim sehingga lelaki itu terjatuh mencium lantai. Tubuhnya tidak dapat digerakkan walau seinci kerana dia telah diikat ketat pada kerusi kayu. Dia serta kumpulannya tidak sempat untuk melarikan diri dek kejutan serangan dari musuhnya itu. Oleh kerana langsung tidak bersedia, maka di sinilah Hakim bersendirian tanpa anak buahnya yang lain. Semua anak buahnya telah dibunuh tanpa ada yang tersisa. 

      Kemudian Hakim dibawah ke markas Ben dengan paksa. Dia ingin memaki namun mulutnya disumpat dengan menggunakan kain lusuh.

     "HMMM!HMMMH!"

     "Diamlah bodoh!" maki Zack lalu menentang Hakim berkali-kali. Khai yang berdiam diri dari tadi kemudiannya datang dan menarik kerusi Hakim membuat Hakim duduk dengan benar kembali.

      "Aku tak nak cakap apa-apa dengan mamat ni. Buang masa. Cuma aku nak dia rasa apa yang Nadia pernah rasa disebabkan perbuatan dia," kata Ben.

      "Maksud kau?" tanya Zack binggung.

      "Kumpulkan 10 orang anak buah kita yang paling besar. suruh liw*t. Pastikan mamat ni tak mati," ujar Ben bersahaja.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now