CHAPTER 58

2.1K 95 23
                                    

Media: Hans 

HAPPY READING!

    "KENYANGNYA. Sedaplah mama masak," puji Nadia jujur. Dia mengambil segelas jus oren dan diteguk rakus. "Nanti lepas ni ajar Nadia masak."

    Tengku Erdayana tersenyum puas. Dia gembira melihat Nadia dan Ben berselera makan air tangannya. Baru sahaja dia ingin memulakan sesi memasaknya tadi bersama Nadia tapi Ben mengatakan mereka berdua belum makan tengah hari, untung sahaja lauk tengah hari yang dimasaknya masih ada. Nadia pun tak pandai bagi tahu mereka belum makan.

    "Mama nak masak apa sebenarnya? Ben tengok mama dah masak untuk tengah hari. Nak masak apa lagi dengan Nadia?" tanya Ben hairan. Dia perlahan-lahan memindahkan sayuran yang ada di piringnya ke piring Nadia yang sudah bersih.

   "Apa ni?" Nadia menolak namun Ben sengaja buat tidak dengar. 

   "Mama nak try masak daging harimau menangis."

   "Mama, bukan masakan tu ke yang viral hari tu? Pasal...hak cipta tu?" kata Nadia dengan teruja. Ben diam mendengar perbualan diantara Nadia dan mamanya. Tidak pernah lagi dia mendengar nama masakan sebegitu. Dia berdiri dan mencuci tangannya di sinki dan duduk semula di samping Nadia.

   "Mama pun ada dengar juga pasal tu. Tapi kalau nak try buat tak apa kan? Alah untuk kita makan je. Mama nak beli yang dah sedia tu tapi belum sampai pula. Dah kempunan ni try jelah. Nadia nak tolong tak?"

  "Nak." Nadia mengangguk dengan bersemangat.

  "Kamu nak tolong ke Ben?"

  Ben melihat mamanya sebentar sebelum menggeleng. "Taklah mama. Bagus Ben tidur."

  "Mama pun tak harap kamu tolong mama," ujar Tengku Erdayana membalas.

***

    Setelah berjam-jam bertarung di dapur akhirnya masakan Tengku Erdayana dan Nadia kini terhidang di atas meja beserta beberapa lauk yang lainnya. Untung sahaja daging sudah siap diperap beberapa jam sebelum Nadia dan Tengku Erdayana memulakan masakan, kalau tidak makin lamalah kerja mereka. 

    Seketika Tengku Erdayana seperti memiliki anak gadis. Mengimbas semula kali pertama Ben membawa Nadia ke mansion setelah kedua anak muda itu secara terang-terangan mengatakan dalam hubungan percintaan membuat Tengku Erdayana ingin ketawa. Mungkin Nadia terlalu panik atau takut sehingga gadis itu pengsan tidak sedarkan diri di depan dia dan Tengku Ilhan Amir. Padahal pertemuan pertama mereka iaitu ketika Ben terserang sakit masih kelihatan biasa sahaja. Ataukah Nadia membayangkan jika Tengku Erdayana dan Tengku Ilhan Amir tidak merestui hubungan mereka? Mungkin sahaja, namun sayangnya dia bukanlah orang yang begitu.

   "Mama? Mama kenapa?" ujar Nadia. Dia menggerakkan tangan Tengku Erdayana ke kiri dan kanan. Cuak juga Nadia melihat Tengku Erdayana tersenyum seorang diri.

  "Eh, tak ada apa-apa. Hmm, Nadia pergi bersihkan diri dulu. Dah berpeluh-peluh mama tengok. Nanti kita makan sama-sama dengan papa. Kejap lagi papa dah nak balik."

   "Nadia tak ada baju mama. Satu pasang ni je Nadia bawa sini," kata Nadia dengan nada sedih.

   "Tak apa. Pergi pinjam baju Ben. Kalau tak nak pakai baju Ben, suruh Ben ambil baju mama untuk Nadia pakai. Pakaian dalam?"

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now