CHAPTER 67

2.1K 103 16
                                    

KALAU DAH LUPA JALAN CERITA, SILA BACA CHAPTER 66 KEMBALI.KWKWKW.

***

HAPPY READING

     HARI demi hari berlalu dengan begitu pantas. Sedar tidak sedar sudah hampir dua minggu telah berlalu sejak peristiwa Nadia menghilang. Entah Ben yang kurang hebat dalam menjejaki musuhnya atau Tengku Hakim yang terlalu pintar mencari tempat persembunyian. Segala cara telah dilakukan untuk mencari Nadia namun usaha mereka hanya sia-sia. Pernah Ben dan kumpulannya hampir menjejaki Nadia namun bila mereka ke tempat itu, hanya kesunyian yang menyambut mereka. Mungkin Tengku Hakim sudah berpindah ke tempat lain setelah hampir tertangkap atau sekadar ingin mempermainkan Ben.

     Tengku Hakim membuang puntung rokoknya ke atas lantai kotor lalu memijaknya dengan kasar. "Budak ni dah tak penting untuk Ben. Lepaskan dia dekat mana-mana tempat."

     "Kenapa tak bunuh je bos?" tanya si lelaki botak.

     "Tak payah kotorkan tangan bunuh budak ni. Kejap lagi matilah budak tu sendiri," jawap Tengku Hakim bersahaja. Tengku Hakim yakin tidak lebih dari sebulan Nadia akan mati dengan sendiri melihat keadaan Nadia yang jauh dari kata sihat. "Sampai tahun depan pun Ben tak akan jumpa budak ni. Baik aku teruskan rancangan aku yang seterusnya. Aku dah naik bosan nampak perempuan ni dekat sini."

      Mereka mengangguk paham mendengar perintah Tengku Hakim.

***

     Ben mencampakkan telefonnya ke dinding dengan kasar lalu menengking manusia yang berdiri di depannya yang tidak lain dan tidak bukan ialah Hamzah, Zack dan Khai. "Sial! Kenapa tak ada yang berguna ni?! Dah berapa hari Nadia menghilang dan satu benda pun masih tak nampak hasil. K**ak!"

     "Susah nak cari bos. Kau sendiri nampak yang Hakim tak tinggalkan satu bukti pun," balas Zack berani. Bukan mereka tidak berusaha namun memang susah. Dengan keadaan Ben yang selalu mengamuk tidak tentu pasal membuat mereka terpaksa mendengar dan pasrah terhadap makian dan cacian hangat Ben.

      "Aku tak kisah. Aku nak kau cari cepat!!!"

      Ingin rasanya Khai memaki dan melayangkan tumbukan ke muka Ben namun dia tahankan sahaja. Bukan takut namun dia sedar inilah kerjanya. Dia cuba memahami Ben yang dalam keadaan serabut memikirkan Nadia yang menghilang entah ke mana. Namun disayangkan disebabkan perlakuan Ben yang bermain belakang, dia turut terkena imbas. Hubungannya dengan Farhanie kini cukup renggang kerena Farhanie tidak lagi mempercayai dirinya. Berkali-kali dia yakinkan Farhanie namun hanya dibiarkan senyap oleh Farhanie.

     "Bos! Bos!" Hans berlari masuk ke dalam ruangan Ben tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Biarlah dia dimarah oleh Ben namun berita ini mesti diberitahu cepat.

     "Apa?!" balas Ben kasar.

     "Ini pasal Nadia bos," kata Hans dengan dada yang turun naik menstabilkan nafas. "Nadia dan kena jumpa."

      "APA?" tanya Zack tidak percaya. Dia menghampiri Hans dan menarik Hans mendekati Ben. "Cakap sekali lagi."

      "Baru dapat khabar dari polis tadi. Mereka menjumpai Nadia di kawasan kilang area Reding. Sekarang dia dah kena hantar dekat hospital."

      Sepantas kilat Ben berdiri dan menyambar kunci motornya. "Hospital mana?"

     "Derick Hospital," jawap Hans cepat.

***

     Puan Nazirina menangis teresak-esak dipelukkan suaminya apabila mengetahui Nadia dijumpai dalam keadaan yang kurang baik. Namun rasa bersyukurnya lebih besar kerana anaknya telah ditemukan. Kurang sejam yang lalu pihak polis telah menghubungi suaminya mengenai Nadia yang telah dijumpai dan mereka langsung bergegas menuju ke hospital yang Nadia dirawat.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now