CHAPTER 56

2.3K 119 33
                                    


HAPPY READING!


     "HELLO mama. Kenapa call Ben?"

    "Bertuah punya budak. Mama nak call anak mama pun kena ada sebab ke?" ujar Tengku Erdayana dengan nada tidak puas hati. Ben melabuhkan punggungnya di atas sofa, tangan kanannya digunakan untuk memegang telefon.

    "Alah, mama pun tahu apa maksud Benkan."

    "Bila kamu nak balik rumah?"

    "Entahlah ma. Bulan depan kot," jawap Ben tanpa tahu Tengku Erdayana sudah mengamuk di sebelah sana.

    "Amboi, bulan depan." Ben ketawa perlahan. Dia cuma bermain-main tentang hal itu, lagi pula dia rindu masakan mama dia juga. "Kenapalah mama cuma ada satu orang anak. Bosan mama dekat rumah."

     "Papakan ada. Bosan apanya?"

    "Kamu ingat papa kamu tak pergi kerja?"

    "Bagi Ben adiklah kalau macam tu. Ada juga kawan mama nanti."

   "Hei, kamu lupa ke mama dah tak boleh beranak? Kalau mama boleh beranak, sedozen adik kamu dekat rumah," jawap Tengku Erdayana. Ben tidak dapat memastikan mamanya bergurau atau betul-betul mengenai 'kemungkinan bilangan adiknya' jika mamanya masih boleh melahirkan. Tapi memang betul mamanya tidak boleh melahirkan lagi kerana mamanya mempunyai beberapa masalah setelah melahirkan Ben. Memnag ditakdirkan Ben menjadi anak tunggal. "Kalau mama ambil anak angkat, boleh?"

    "No! Ben tak benarkan," bantah Ben sekeras-sekerasnya. Dia tidak ingin orang asing masuk ke dalam keluarganya. Membayangkan sahaja membuat darah Ben mendidih. "Sampai bila-bila pun Ben tak akan benarkan mama dan papa ambil anak angkat."

   "Tapi mama nak ambil baby."

   "No means no. Kalau mama ambil anak angkat, Ben tak nak balik mansion mama sampai bila-bila," ugut Ben.

    "Kamu ni...Yalah. Mama baru nak bincang dengan papa nak ambil anak angkat."

    "Mama no!!! Ben tak kisah, kalau mama ambil anak angkat...baby ke , baby tua ke...Ben bunuh anak angkat mama."

   "BEN! Ya Allah... Iya, mama tak ambil anak angkat." Suara Tengku Erdayana kedengaran panik. Suasana menjadi sunyi seketika. 

   "Esok lepas sekolah Ben singgah mansion mama."

   "Bawa Nadia sekali."

   "Hmm...Ben off dulu."

   "Iyalah. Hati-hati." Begitulah Ben. Jika sudah ada yang membuat moodnya buruk, orang itu pasti akan kena. Tidak terkecuali kedua orang tuanya.


***

    "Adik, kakak nak cari barang dekat sana dulu. Adik carilah mana-mana barang yang adik nak beli. Nanti kita bayar sekali," ujar Nadhirah, kakak kepada Nadia. Kedua mereka sedang berada di supermarket untuk membeli barang-barang makanan dan sebagainya. 

   "Okay," balas Nadia. Nadia menolak troli supermarket ke arah zon makanan ringan. Manakala Nadhirah berjalan ke arah kiri. Entah apa yang dicarinya.

   Nadia dengan senang hati memasukkan beberapa keropok ke dalam trolinya. Tidak lupa juga Pocky dengan pelbagai rasa. Asyik memerhati makanan ringan di dalam rak, Nadia tidak sedar Aizzul berjalan ke arahnya. 

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now