CHAPTER 33

2.7K 128 2
                                    

HAPPY READING!

   "BOSS kena serang. Ada dua buah kereta follow dia. Location, Jalan Neer. Cepat hantar orang pergi sana," gesah Khai pada Hamzah melalui telefon.

   "Jangan risau. Kau pergi dulu."

  Khai menyimpan telefonnya dengan tergesah-gesah lalu menekan pedal motornya dengan pantas. Nasib baik Jalan Neer tidak terlalu jauh dari kawasan sekolah, cuma lebih kurang 3 ke 4 kilometer. Cukup dekatkan?

   "Shit, aku tak ada senjata!" gumam Khai apabila menyedari dia tidak membawa sebarang senjata api.

***

   "A-awak, siapa mereka? Kenapa dia orang kejar kita?" soal Nadia gugup. Nadia semakin takut dan risau apabila melihat Ben memandu kereta seperti orang gila ditambah lagi dengan beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh orang-orang yang Nadia tidak ketahui.

   "Kalau kau tak nak kena tembak baik kau tunduk. Aku tak ada masa nak cerita sekarang."

   'Bang!'

   "Argh!" jerit Nadia apabila sebuah tembakan berjaya terkena pada cermin sisi kereta Ben.

   "Fuck! Fuck! Mana Khai ni?" Ben menghentak stereng lalu semakin melajukan keretanya. Ben menjeling sekilas ke arah Nadia yang menggigil ketakutan sambil menutup telinganya menggunakan tapak tangan.

   Tidak lama kemudian tiga buah kereta muncul dari arah bertentangan. Ben tersenyum senang kerana dia tahu siapa yang datang.

   "Sampai pun." Ben tersenyum menang kerana bantuannya telah tiba namun dia tidak menyedari Nadia sudah terkulai lemah di sampingnya kerana pengsan.

***

  "Nadia, bangun," ucap Ben pelan sambil menepuk-nepuk pipi bulat Nadia. Ben sempat panik apabila melihat Nadia pengsan, kerana dia ingatkan Nadia terkena tembakan dari musuh tadi.

   Untung sahaja Khai dan anak buahnya yang lain cepat bertindak kalau tidak sudah habis mereka berdua di tangan musuh kerana Ben langsung tidak membawa sebarang senjata.

  Nampaknya setelah ini dia perlu membawa sekurang-kurangnya pistol jika ingin ke mana-mana. Musuh mulai menunjukkan taringnya.

   "Nadia, bangun..." ulangnya.

   "Hmm." Nadia membuka matanya perlahan-lahan apabila merasa pipinya ditepuk beberapa kali. Buka sahaja mata, wajah Ben langsung terpampang tepat di depan muka Nadia. "Ben? Aw-awak...Sa-saya! Ma-"

   "Hey, hey" Ben mengusap perlahan rambut Nadia dengan tujuan menenangkannya. "It's okay. Semua selamat."

   Tanpa sedar Nadia mengalirkan air matanya. Bukan dia lemah, dia bukan cengeng tapi semua yang berlaku membuat dia takut. Dia trauma. Nyawanya tadi betul-betul terancam, lain dari tembakan rambang ditambah lagi dengan cara Ben memandu yang seperti orang mabuk.

   "Jangan nangis. Kita dah selamat."

   "Hiks...Siapa mereka? Kenapa sampai buat macam tu? Hiks..."

   Ben memandang Nadia sejenak. Adakah dia patut memberitahu hal sebenar kepada Nadia? Ben tahu Nadia bukanlah budak kecil yang akan terus percaya dengan kata-katanya jika dia memberi alasan yang tidak masuk akal.

   "I'll tell you tomorrow. Sekarang janji dengan aku jangan bagi tahu siapa-siapa pasal apa yang baru berlaku."

   Nadia mengangguk dengan ragu. "Diaorang jahat ke? Hiks...hiks..."

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now