CHAPTER 68

2.3K 105 11
                                    

HAPPY READING!


     "MOMMYdaddy. Doktor cakap apa?"

     "Nanti daddy bagitahu. Sekarang daddy nak kamu temankan mommy pergi rehat dulu. Mommy kamu dah pucat sangat ni," kata Encik Zulkiflie. "Daddy tunggu dekat sini. Nanti kalau adik bangun daddy call kamu."

      "Okay daddy. Mommy jom, Nadh teman." Nadhirah membantu memapah mommynya yang kelihatan sangat tidak bermaya. Dia ingin bertanya mengenai Nadia namun ditahankan dahulu melihat Encik Zulkiflie seperti belum bersedia untuk memberitahunya. Tidak apa, selepas ini dia akan bertanya pada doktor itu sendiri.

***

       "Uncle," panggil Ben perlahan. "Macam mana keadaan Nadia?"

      Ben memberanikan diri untuk duduk disamping Encik Zulkiflie. Wajah lelaki kesayangan Nadia itu kelihatan lesu, mungkin penat dengan perkara yang menimpa keluarganya.

      "Adik....adik.... Jadi mangsa ro-rogol," lirih suara Encik Zulkiflie menyapa telinga Ben. Meski Nadia berjaya ditemukan, namun kenapa dalam keadaan begini? Bukan tidak bersyukur bila sang anak berjaya ditemukan namun bagaimana anaknya akan menghadapi hari esok?
Pasti anaknya akan berdepan cacian dan makian walaupun dalam situasi ini Nadia adalah mangsa.

      Encik Zulkiflie terdiam memikirkan nasib anaknya. Dahulu Nadia pernah menjadi mangsa buli, ingatkan itu akan berakhir. Namun pada nyatanya kini Nadia kembali berdepan dengan situasi ini bahkan lebih teruk.

       Dalam diam Ben memaki hamun Tengku Haikal yang menjadi dalang dalam semua ini. Jika Encik Zulkiflie tahu dia antara penyebab utama kenapa Nadia jadi seperti ini pasti lelaki itu akan marah besar. Syukur kedua orang tua Nadia belum mendengar apa-apa rumor mengenai dirinya.

        Dia yakin jika ada rumor berlegar mengenai dirinya perihal pekerjaannya pasti Tengku Ilhan Amir dan Tengku Erdayana akan segera menyelesaikannya. Walaupun mungkin mereka sendiri kecewa dengan Ben namun mereka pasti sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi Ben.

        "Ben..." Ben tidak menyahut namun dia memandang ke arah Encik Zulkiflie. "Kalau kamu tak dapat terima pasal hal ni, uncle faham. Uncle tak akan marah kamu. Tapi uncle harap Ben dengan adik pisah dengan cara baik. Jangan sebarkan benda ni dekat orang luar. Uncle harap masih ada rasa kasihan dalam diri kamu untuk anak uncle."

          "Uncle jangan risau. Ben... Ben tetap akan ada di sisi Nadia walau apa cara sekalipun," jawap Ben meyakinkan Encik Zulkiflie.

          "Terima kasih Ben."

***

     Keesokan harinya, Nadia akhirnya membuka kedua kelopak matanya. Cahaya putih yang berasal dari lampu begitu menghalang pandangannya. Bagai terbangun dari mimpi buruk Nadia segera terbangun dari berbaring. Jantung Nadia kini kembali berdegup kencang. Tangannya terasa sakit kerana dipasang infus. Dia menyentak tangannya berniat untuk melepaskan benda alah itu dari tangannya.

     Dia perlu melarikan diri dari sini. Sedar tidak sedar air mata meluncur laju dipipinya. Ketakutannya kembali terasa. Nadia gelisah memikirkan situasi yang mungkin akan berlaku setelah ini. Berkali-kali bibirnya berguman meminta maaf dan mengucapkan kata jangan.

      "Jangan... Hiks... Jangan..."

      'CLACK'

      Pintu bilik itu dibuka dari luar. Doktor muda yang merawat Nadia segera masuk melihat Nadia sudah tersedar dari 'lenanya'.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now