CHAPTER 6

4.2K 222 3
                                    

HAPPY READING

   "BEN, anak mama!" pekik Tengku Erdayana sebaik sahaja Ben melangkah masuk ke dalam rumah. Ben hanya tersenyum pasrah bila Tengku Erdayana memeluk erat tubuhnya lalu mencium kedua belah pipinya.

   "Mama," sapa Ben lalu melepaskan pelukan mamanya. Mamanya berkelakuan seperti sudah lama tidak berjumpa dengannya padahal realitinya baru sebulan lalu mereka berjumpa disini. Haih, belum lama pun.

   "Kamu ni kalau mama dan papa tak ancam kamu, kamu memang tak nak balik. Tak rindu kami ke?" bebel Tengku Erdayana. Dia menarik lengan Ben untuk duduk di atas sofa.

   "Biasalah mama. Anak muda," balas Ben santai. Dia memandang sekeliling mencari keberadaan papanya. "Papa mana?"

   "Kerjalah. Pergi mana lagi."

   "Hmm iyalah, kalau macam tu Ben naik dulu."

   "Tak nak makan?"

   Ben menggelengkan kepala, "dah makan tadi."

   "Yalah, Ben rehatlah dulu. Nanti temankan mama pergi mall. "

  "Tapi mama-"

  "Tak ada tapi-tapi. Dah lama Ben tak temankan mama. Kali ni tak ada pilihan. Ben kena ikut mama. "

   Ben hanya mampu melepaskan keluhan berat. Nampaknya dia perlu menyediakan banyak tenaga selepas ini. Tengku Erdayana jika sudah melibatkan shopping memang boleh tahan,berjam-jam.

   "Baik bos mama."

***

   Adik, jom temankan akak pergi Mumbal Cafe'. "Nadia meletakkan novel yang dibacanya ke tepi katil. Nadhirah, sang kakak yang masih setia berdiri di pintu bilik dijeling sekilas.

    "Malaslah kak. Akak pergilah sendiri. Adik penat ni baru first day dekat sekolah," ucap Nadia memberi alasan.

   "Alah adik ni. Temankan akak, please. akak nak jumpa boyfriend ni. "

   Nadia mengerutkan dahi mendengar kata-kata Nadhirah. "Selama ni akak selalu jumpa sendiri juga. Kenapa hari ni tiba-tiba nak adik temankan? Lain macam."

   "Adik ni...Tak payahlah nak tanya-tanya. Ikut je. Nanti akak payung adik makan," pujuk Nadhirah.

   "Betul ni?" Nadia mula termakan umpan Nadhirah. Bukan senang kakak dia seorang ni nak belanja macam ni.

   "Betul. Lepas tu nanti kita pergi shopping. Nak tak? "

   "Nak!" Nadia menganggukkan kepala dengan wajah berseri-seri. Sudah lama rasanya dia tidak membeli belah di mall. Nanti ada masa dia bercadang untuk singgah di kedai buku untuk membeli novel baru.

   "Good. Nanti siap-siap bila nak jalan kakak cakap. Okay? "

   "Okay," balas Nadia sambil menunjukkan ibu jarinya. Sebaik sahaja kakaknya meninggalkan dirinya seorang diri, Nadia berbaring semula di atas katil. Masih ada masa sebelum dia bersiap untuk keluar bersama kakaknya.

   Nadia tersenyum sendiri mengingat kisah-kisah pelik hari pertamanya di sekolah. Mula dari suasana baru, orang baru dan juga kawan-kawan baru. Wajah Ben tiba-tiba terlintas di fikirannya. Random sekali.

   "Baik juga Ben ni sebenarnya," bebel Nadia sendiri. Dia teringat kejadian pulang dari sekolah tadi,  Ben sanggup menunggu driver Nadia sampai barulah dia pun balik. Walaupun Nadia terpaksa berdepan dengan suasana yang agak mencengkam kerana Ben yang mengeluarkan aura menakutkan. Dengan mulut Ben yang berat mengeluarkan sebarang kata-kata, Nadia yang tidak tahu cara memulakan percakapan. Lengkap sudah penderitaan Nadia.

MY SWEETY GANGSTER | ENDOnde histórias criam vida. Descubra agora