CHAPTER 42

2.4K 130 12
                                    

Farhanie's ⬆️

HAPPY READING!

.

   "BOS bangun." Zack menggoyang-goyangkan badan Ben yang tertidur lena berbantalkan bahu Nadia, "bos."

   Ben menggerutu sambil menolak tangan Zack. Dia semakin menyamankan kedudukannya dibahu Nadia. "Hmm..."

   "Bangun," ujar Zack tidak berpuas hati. Dia membangunkan Nadia pula. Diketuk-letuk kepala Nadia menggunakan jari telunjuknya.

   Tidak seperti Ben, Nadia langsung terbangun dan memandang sekeliling. Bahu kirinya terasa berat dan lenguh. "Ben?"

    "Tolong bangunkan bos. Aku nak keluar ni."

   Nadia mengangguk lesuh. Nampaknya hanya mereka bertiga yang berada di dalam bas. Para pelajar lain sudah berada di luar bas mengambil barang masing-masing.

   "Awak bangun."

  "Hmm."

  Nadia menolak kepala Ben dari bahunya dan menggoyang-goyangkan badan Ben. "Bangunlah. Yang lain dah keluar."

   Ben membuka paksa kelopak matanya. Dilihat Nadia sudah siap memakai begnya. "Nak pergi mana?"

   "Keluarlah. Orang lain semua dah keluar," ujar Nadia. Dia mengambil backpack milik Ben dan memakaikannya pada Ben, "pakai cepat."

   Setelah bagpack berjaya dipakaikan pada Ben, Nadia segera berdiri dan menarik Ben untuk segera keluar. Ben  sekadar diam dan mengikut jejak langkah Nadia.

   Pemandu bas telah mengeluarkan semua beg bagasi dari perut bas dan diletakkan diluar supaya para pelajar mudah mengambilnya.

   "Ini beg awakkan?" tanya Nadia sambil memegang sebuah beg pakaian.
  
   "Hmm..." Ben mengambil begnya dari tangan si gadis. Nadia berjalan mencari bagasi miliknya. Setelah ditemukan dia menarik bagasi mini itu dan mendekati Ben semula.

   "Jom pergi sana," ujar Nadia. Dia menunding jari ke arah kumpulan pelajar yang berasal dari sekolah yang sama dengan mereka.

***

   "Okay people. Miss nak kamu semua dengar betul-betul. As you can see, pihak penganjur dah sediakan khemah untuk para pelajar. So, on the left side is khemah untuk pelajar perempuan, meanwhile on the right side untuk lelaki. Kamu kena tengok betul-betul label setiap khemah. Untuk sekolah kita pastikan label dia CH. Setiap khemah ada 3 orang pelajar. Miss benarkan kamu pilih pasangan masing-masing. Sekali lagi untuk sekolah kita, pastikan label khemah yang kamu masuk ialah CH."

   "Okay miss!" jawap para pelajar serentak.

   "Sekarang dah pukul 10.32 pagi. Miss bagi masa kamu rehat, simpan barang dan bersiap sedia. Pukul 2 petang aktiviti akan bermula macam yang kamu nampak dalam jadual yang telah saya kongsikan bersama kamu."

   "Okay miss."

   "Tunggu apa lagi?  Gerak cepat," ujar Miss Ericka mengusir para pelajar.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now