CHAPTER 30

3.1K 137 8
                                    

HAPPY READING!

    "THREE, two, one...Go!"

   "Yeah!" jerit Nadia dan Farhanie serentak. Sky lanternt yang berwarna warni langsung dilepaskan terbang bebas ke atas secara serentak.

   "Cantiknya," gumam Nadia perlahan namun masih dapat didengar oleh Ben. Setiap satu sky lanternt dikongsi oleh dua orang jadi Nadia dan Ben memilih bersama manakala Farhanie terpaksa bersama Khai.

   "I kena ambil gambar banyak-banyak. Nanti boleh I upload dekat Instagram," bebel Farhanie dengan tangannya sibuk mengambil gambar mengunakan telefonnya.

   "Bila aku boleh balik ni?" kata Khai. "Seharian aku ikut kau."

  "Alah, sabarlah sikit. Youkan lelaki, kenalah kuat."

   Khai melepaskan keluhan berat. Boleh gila dia dibuatnya bila bersama Farhanie. Dahlah Farhanie jadikan dia kuli. Beg tangan Farhanie juga masih dipegangnya, cuma sekarang sudah diupgrade menjadi sling bag. Hahaha!

   "Awak," panggil Nadia perlahan.

  "Hmm?"

  "Lepas ni saya tak nak pergi mana-mana lagi boleh. Saya nak balik."

  "Okay. Lepas ni aku hantar kau balik," kata Ben. Tangannya masih erat menggenggam tangan mungil Nadia.

   "Kenapa awak berpeluh sangat ni?" soal Nadia hairan apabila melihat dahi Ben berpeluh sejak tadi. "Panas ke?"

   "Panas sangat. Dahlah banyak orang dekat sini. Rimas," balas Ben. Dia membiarkan sahaja Nadia mengelap peluh di dahinya menggunakan tisu. "Jom balik sekarang..."

   "Saya cakap dengan Farhanie dulu. Kejap tau."

   "Okay."

  "Farhanie."

  "Ya?" ujar Farhanie pantas. Khai yang masih mengomel ini dan itu langsung diketepikan. "Kenapa?"

   "Saya dengan Ben dah nak balik."

   "Hah? Awalnya. Tunggulah kejap lagi. Kita singgah makan dulu or lepak-lepak dululah."

  "Kau nak lepak? Pergi sorang-sorang. Biarlah dia orang nak balik. Aku pun nak balik juga," sampuk Khai.

  "You ni!" Farhanie mencebikkan bibirnya. "Yalah, kita balik. Babe, kalau you nak balik dengan Ben pergilah. Nanti ada masa kita lepak lagi."

   "Don't worry. Nanti kita jalan-jalan lagi," ujar Nadia. "Okaylah, kami jalan dulu. Bye! Jumpa nanti."

   "Bye! Hati-hati tau!"

***

    "Penatnya! Badan saya dari atas sampai ke bawah semua sakit. Lenguh," rungut Nadia perlahan.

   "Macam mana tak sakit, berjam-jam kau dengan bestfriend kau tu shopping. Tak pandai rehat pula tu." Ben menjeling sekilas Nadia yang duduk di sampingnya. Tangan kanan memegang stereng kereta manakala tangan kirinya hanya berehat manja di atas pahanya. Acah-acah profesional driver. "Tidurlah. Nanti aku kejutkan kau kalau dah sampai."

   "Tak apalah. Saya tak ngantuk," kata Nadia.

   "Yalah tu."

  "Betul. Kalau saya tidur nanti kesian awak tak ada kawan nak berbual."

   "Siapa cakap?"

  "Sayalah."

  "Dah berani kan?" tangan Ben naik mencubit pipi Nadia geram. Entah sudah berapa kali pipi Nadia menjadi mangsa cubitan Ben. Tapi jangan salahkan ben salahkan pipi Nadia yang berbentuk pau seolah minta dicubit.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now