CHAPTER 14

3.3K 183 3
                                    

HAPPY READING!

    BUKU-buku di atas meja disusun dengan rapi lalu di masukkan ke dalam begnya yang berwarna merah jambu. Begitu juga dengan kotak pensel dan kalkulator saintifik miliknya.

   "Nadia I balik dulu. Daddy I dah tunggu. Jumpa esok okay?" laung Farhanie.

   "Okay awak. Bye!" Nadia melambai perlahan.

   Ben, Zack dan Khai terus berbual-bual tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sebenarnya selepas tamat waktu pembelajaran barulah tiga lelaki itu masuk ke dalam kelas. Bijak kan?

   "Ben saya pun nak balik ni," kata Nadia sambil mengambil begnya. Ben terdiam sambil menjeling jam tangannya. "Pukul berapa kau kena ambil?"

   "Dua setengah macam tu. kenapa?"

   "Aku hantar kau hari ni. Tak payah nak minta ambil dengan driver kau."

   "Tapi-"

    "Nadia," ujar Ben pelan tapi penuh penekanan. "Iyalah...Kejap saya call Pak cik Ali dulu."

   "Hmmm..."

   Nadia mencebikkan bibirnya. Dasar kuat paksa! Pemarah! Nasib handsome. Nadia mendail nombor telefon Pak Cik Ali yang sepatutnya menjemput dia hari ini dengan perasaan sebal.

   "Pak cik..." ucap Nadia sebaik sahaja panggilan tersambung.

   "Kenapa dik? Adik dah nak balik ke? Kejap tau. Pak cik kena siapkan kerja ni dulu."

   "Tak apa pak cik. Adik ikut kawan adik balik. So, pak cik tak payah ambil adik."

   "Betul ni? Tak menyesal?"

   "Iya pak cik..."

   "Okaylah kalau macam tu. Hati-hati tau. Nanti ada apa-apa terus call pak cik."

   "Okay pak cik..." balas Nadia sopan.

***

   "Ben, macam mana saya nak naik motor awak ni? Motor awak ni tinggilah sangatlah..." bebel Nadia.

    Ben yang sudah duduk di atas manis di atas motor kesayangannya hanya terkekeh melihat gelagat Nadia. Comel gila! "Naik macam biasalah."

   "Hah?" Nadia menggerutu tidak puas hati.

   "Come. Pegang tangan aku and then kau pijak yang ni. Baru naik." Nadia teragak-agak memegang jari-jemari Ben yang jelas lebih besar dari jari-jemarinya.

   "Tingginya. Lain kali jangan bawa motor ni lagi. Saya tak suka,"kata Nadia tanpa sedar kata-katanya seperti arahan buat Ben.

   "Okay sayang..." ucap Ben nakal. Kelihatan Nadia semakin selesa dengannya walaupun tempoh perkenalan mereka belum terlalu lama. Mula-mula ingat Nadia pendiam dan pemalu tapi nampaknya boleh tahan bising juga.

   Berbeza dengan Nadia dia hampir pitam mendengar kata 'sayang' dari mulut Ben. Pipinya kelihatan merah. Kenapa Ben nakal ni?

    "Aik, senyap terus. Hmm, pegang aku cepat. Nak jalan ni," ujar Ben. Enjin motor berkuasa tinggi miliknya dihidupkan. "Pegang betul-betul."

   "O-okey."

  "Sedia... "

   Vrummmmmmmm~~~~

***

    "Awak masuklah kejap. Hujan lebat ni. Lagi pun mummy saya ada," kata Nadia kepada Ben yang masih berdiri tegak di depan pagar rumahnya. Boleh pula hujan turun masa mereka baru nak balik tadi.

   "Tak payahlah. Aku lelaki. Nanti ada masa baru aku singgah, okey? Dah masuk dalam. Kau kena hujan ni," pujuk Ben. Sebelah tangannya menutup kepala Nadia agar hujan tidak terlalu terkena kepala Nadia.

   "Ben! Kali ni dengar apa saya cakap please. Masuk atau saya tak nak duduk dengan awak lagi sampai bila-bila," ugut Nadia. Riak wajahnya sengaja diseriuskan.

   "Okay-okay aku masuk." Akhirnya Ben mengalah dan mengikuti langkah Nadia. Motornya telah diletakkan di garaj rumah Nadia.

   "Jom."

***


   "Assalamualaikum!!" laung Nadia kuat. Tangannya memegang erat hujung kemeja sekolah Ben. Takut Ben lari katanya.

   Tidak lama selepas itu seorang wanita yang agak berusia membuka pintu untuk mereka berdua. "Waalaikumsalam. Ya Allah anak mummy!! Kenapa basah ni? Adik balik dengan siapa?"

   "Adik ikut kawan adik balik tapi kena hujan pula masa on the way. Mummy ini Ben. Kawan adik. Awak ini mummy saya," kata Nadia memperkenalkan Ben kepada mummynya.

    "Hai auntie. Ben..." ucap Ben pendek, padat, sendat dan mantap.

   "Hai Ben. Terima kasih hantar Nadia. Tapi maaflah auntie tanya macam ni, kamu ni boyfriend Nadia ke?" soal Puan Nazirina tiba-tiba.

   "MUMMY!" marah Nadia. "Apa tanya macam tu?"

   Ben sendiri terkejut mendengar pertanyaan wanita didepannya tapi sempat dia 'meneutralkan' wajahnya.

    "Okay mummy tak tanya lagi. Hah, kamu berdua masuk dalam cepat. Takut nanti masuk angin," ujar Puan Nazirina. Mereka bertiga melangkah masuk ke ruang tamu bersama-sama.

   "Adik, kamu pergi ambik baju along dekat bilik dia. Pinjamkan dekat Ben. Kesian dia basah kuyup," ujar mummy Nadia.

   "Tak payahlah auntie. Saya singgah kejap je. Lepas ni saya dah nak balik," tolak Ben.

   "Awak janganlah balik dulu. Tunggu hujan redah dulu. Awak kena mandi, tukar baju, baru tak masuk angin," pujuk Nadia. Ben kemudiannya hanya mampu mengangguk. Nadia terus berlari ke bilik alongnya, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka.

    "Alamak, tak ada baju yang sesuai untuk Ben. Macam mana ni?"fikir Nadia. Seluar ada...baju...AHA!!!

***

   "Nah..." Nadia menghulurkan hoodie berwarna hitam dan joggerpants senada kepada Ben.

   "Mana bilik tetamu?" Ben memandang sekelilingnya. Barang-barang di tangan Nadia diambil.

   "Dekat atas. Jom saya tunjukkan." Nadia membawa Ben ke bilik tetamu di rumahnya yang berada di tinggat dua. "Joggerpants tu along saya punya. Hoodie hitam tu saya yang punya. Tapi jangan risau, saya tak pernah pakai sebab saya salah beli hari tu. Besar sangat and lebih sesuai untuk boy."

   Ben membelek hoodie hitam milik Nadia. Wangi. Macam Nadia.

   "Cantik kan?"

   "Bolehlah. Rasanya koleksi hoodie aku dekat rumah lebih bagus, "ucap Ben datar.

   "Jahatnya! Orang dah tolong macam tu pula. Saya nangis nanti baru tahu."

   Ben terkekeh. "Okaylah, terima kasih Nadia pendek. Nanti tolong lagi..."

    "Hmm! Pergilah mandi. Saya pun nak mandi ni," rajuk Nadia.

   "Tak nak mandi dengan aku?"

   "Ih, dirtynya!"

Bersambung...


Last chapter vote sangat sedikit😌. Kali ni boleh tolong vote?Hehe😅TQ.muahh.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now