CHAPTER 49

2.3K 139 53
                                    

HAPPY READING!

   "MACAM mana? Dah jumpa kawan kau?" tanya Ben sebaik sahaja Nadia melabuhkan punggungnya di samping Ben.

   "Dah."

   "Nak makan apa?" Ben sudah membeli makanan untuk dirinya. Cuma untuk Nadia belum ada kerana biasanya Nadia akan memilih makanannya sendiri ketika waktu rehat.

   Nadia menggeleng. Dia tidak mempunyai selera makan sekarang. Entah kenapa perutnya yang sebelum ini berbunyi lapar kini tiba-tiba sunyi. Merajukkah perutnya? Atau ada sebab lain? Sudah tentulah ada sebab lain. Tak akan perut merajuk. Logiklah sikit...

    "Kenapa?"

   "Tak lapar," jawap Nadia singkat. Namun cara jawapan Nadia membuat Ben naik bingung. Kenapa beberapa hari ini Nadia selalu tidak ceria? Masih teringat pasal Anisah?

    "Kau kenapa sebenarnya? Selalunya kalau kau tak lapar, kau tetap makan. Kau ada masalah ke?"

    Nadia menggeleng lagi. Ben melepaskan keluhan berat. Cukup. Dia sudah tidak tahan. "Ada mulutkan? Kenapa kau berat mulut sekarang ni?"

    "Saya tak ada apa-apa. Cuma saya tak ada mood," jawap Nadia takut-takut. Setelah sekian lama Ben tidak meninggikan suara baru kali ini Ben mengeluarkannya lagi. Dan itu membuat Nadia sedikit takut.

    "Tak ada mood sebab apa?"

    "Saya pun tak tahu." Lama mereka berdua mendiamkan diri. Mereka berdua sama-sama tidak tahu ingin berkata apa. Rasanya inilah kali pertama mereka 'bergaduh' seperti ini.

   "Kalau kau tak nak makan, pergi masuk kelas sekarang. Aku dah tak ada mood nak masuk kelas." Usai mengatakan itu Ben langsung berdiri dan meninggalkan Nadia sendiri. Makanan Ben yang masih tinggal separuh juga dibiarkan begitu sahaja.

    "Ben," panggil Nadia namun Ben tidak menyahut dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.

***

    "Farhanie..." Nadia menghampiri Farhanie yang sedang duduk bersama Khai di dalam kelas. Khai dan Farhanie memang tidak ke cafe kali ini dan mereka berada di kelas sepanjang waktu rehat.

    "You kenapa?" tanya Farhanie risau. Melihat wajah Nadia yang tidak biasanya membuat Farhanie tahu Nadia mempunyai masalah. Dia menarik Nadia duduk di depannya. "You, bagi I masa dengan Nadia kejap."

   "Okay."

   "Sekarang tinggal kita berdua. Cerita dekat I apa yang terjadi," pujuk Farhanie. Mahu tidak mahu Nadia terpaksa menceritakan apa yang berlaku dari awal sehinggalah akhir. Tiada yang tertinggal, semua Nadia ceritakan.

    "Jadi you cemburulah ni?"

    Nadia terdiam. Malu-malu dia mengganggukkan kepala.

   "Tapi masalahnya Ben pula yang marah dekat you. Hmm, complicated. Kejap-kejap, you cakap budak Fatin tu suka Ben kan? Dan dia minta tolong you supaya dia dapat confess dekat Ben?"

    "Ya."

    "Sekarang ni you nak tolong dia ke tak?"

    "Saya tak nak tolong tapi dah janji. Saya takut dia kecewa. Tapi saya nak tolong dia juga sebab  kalau Fatin confess dekat Ben dan Ben terima itu maksudnya Ben tak suka saya. Tapi kalau Ben terima dia...Saya, saya macam mana?"

    "Tenang-tenang. Jangan takut dulu. You tak pernah nampak Ben rapat dengan budak tu kan? So, keberangkalian Ben terima dia sangat kecil."

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now