CHAPTER 70

2.7K 110 12
                                    

HAPPY READING!

     LANGKAH kaki Ben semakin laju seiring jantungnya yang berdegup kencang. Baru sebentar tadi Ben mendapat panggilan dari Khai mengenai keberadaan Hakim. Tracker mereka baru sahaja menemukan titik koordinat terbaru Hakim dan konconya.

     Mungkin pakar IT milik Hakim tanpa sengaja melakukan kesalahan kecil sehingga mendedahkan lokasi mereka. Huh! Ben tidak akan melepaskan mereka lagi untuk kali ini. Semua dendam akan dituntaskannya bila berjumpa dengan Hakim nanti. Akan dibalas setiap apa yang dilakukan lelaki itu pada gadisnya.

     "Bos! Dah jumpa."

     "Siapkan semua keperluan. Kita pergi secepatnya."

     "Siap bos!"

      Jam sudah menunjukkan jam 5.00 pagi namun Nadia mungkin belum lagi membuka matanya. Sebaik sahaja segala kerjaanya selesai,dia akan segera menemui Nadia. Akan diberitahunya pada Nadia, dia telah membalas segala perbuatan Hakim. Itu sudah pasti. Dia akan pastikan segalanya akan segera berakhir hari ini.

***

     Nadia menahan mualnya. Sejak beberapa hari yang lalu dia sering mual-mual dan tidak sedap badan. Otaknya menolak keras jika dia menampung benih-benih kehidupan dari lelaki yang tidak dikenalinya. 

    'Huekk...huekk...'

    Nadia menutup mulutnya lalu berlari tergesa ke tandas. 

   'Huek...huekk...'

    Nadia menitiskan air matanya. Apa kesalahan yang telah dia lakukan sehingga dia jadi begini?

     "Cik Nadia? Awak dekat mana?" Satu suara lembut kedengaran dari luar bilik. "Cik Nadia..."

     Nadia menghampus air matanya dan melangkah keluar dari tandas. Di luar sudah ada Cik Anis yang merupakan salah satu staff yang berkerja untuk merawat Nadia.

    "Cik okay?" tanya Cik Anis lembut. Cik Anis tersenyum sayu melihat mata sembab Nadia, mungkin gadis itu baru sahaja menangis. Begitu banyak yang gadis itu telah lalui sehingga gadis itu kelihatan terlalu tertekan. Namun syukur sejak beberapa hari ini gadis itu kelihatan sedikit membaik. Dia tahu apa yang dilalui gadis itu, dia dan beberapa staff lain telah diberitahu mengenai perkara itu.

   "O-okay Cik Anis. Saya- Huek...Huek.." Nadia berlari semula ke tandas disusuli Cik Anis. Cik Anis segera mengelus belakang tubuh Nadia. Jantung Nadia dan Cik Anis berdegup kencang memikirkan hal yang mungkin terjadi. 

     Dalam diam Cik Anis menghitung waktu-waktu ketika Nadia dikatakan menghilang. Jika tidak silap perkiraan ini mungkin sudah minggu keempat atau kelima sejak Nadia ditemui, kemungkinan besar Nadia memang sedang mengalami morning sickness. 

    Cik Anis segera membantu Nadia membersihkan wajahnya dan membantu Nadia meredakan mualnya. "Cik Nadia rehatkan diri dulu. Minum air ni."

   Nadia sekedar menganggukkan kepalanya.

   "Saya keluar dulu ya, Cik Nadia. Lepas ni saya datang lagi."

    Nadia menyandarkan tubuhnya ke kepala katil lalu memandang ke arah jendela yang terbuka memperlihatkan pemandangan yang begitu indah.

    Jika benar apa yang difikirkannya terjadi, apa yang dia akan lakukan?

***

    Encik Zulkiflie dan Puan Nazirina berjalan bersama menuju ke arah ruangan Nadia. Di tangan mereka ada bekal makanan yang dimasak khas oleh Puan Nazirina kepada Nadia.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now