CHAPTER 69

2.3K 111 23
                                    

HAPPY READING!


     BEN mengusap rambut Nadia perlahan. Masih jelas kedengaran isak tangisan si gadis dalam pelukannya. Bahagian depan baju kemejanya sudah basah kerana terkena air mata Nadia. "Jangan takut. Kau dah selamat sekarang."

     "Ja-jangan tinggalkan saya. A-ada orang jahat," kata Nadia lirih. Dia mencengkam kuat sisi baju kemeja Ben dengan harapan Ben tidak dapat lepas darinya. "Ada orang jahat."

     Ben sekadar melepaskan keluhan berat lalu memberi signal kepada doktor itu untuk segera memeriksa keadaan Nadia sementara gadis itu masih dalam keadaan normal. "Sayang. Cek dengan doktor dulu," pujuk Ben lembut. Dia menghulurkan tangan Nadia kepada lalu disalamkan dengan doktor muda itu.

     Tidak semudah itu membuat Nadia percaya dengan kata-kata Ben. Setelah beberapa kali pujukan Ben tidak berjaya akhirnya Nadia pun bersetuju untuk diperiksa, namun begitu Ben masih duduk rapat dengan Nadia. Entah bagaimana Nadia sangat ketakutan bila melihat orang yang tidak dikenalinya lebih-lebih lagi lelaki datang mendekat namun tidak dengan Ben. Mungkin Nadia terlalu sayang dengan Ben sehingga batas kewarasannya masih dapat dikawal bila berdepan dengan Ben. Andai Nadia tahu segala perbuatan Ben selama ini. Hmm..

      "Ben, jangan tinggalkan saya."

     "Tak..."

      Pemeriksaan demi pemeriksaan telah dilakukan dan keadaan fizikal Nadia semakin pulih namun tidak dengan mentalnya. Kedua orang tua Nadia yang telah tiba juga hampir menangis mendengar Nadia menjerit kerana tidak ingin dihampiri. Syukurlah Encik Zulkiflie berjaya meyakinkan Nadia untuk tetap bertenang. 

     Disingkatkan cerita, lima hari berlalu dan tiada kemajuan dari segi perubahan sikap dan perilaku Nadia. Cuma Ben dan kedua orang tua Nadia yang bebas keluar masuk dari ruang penjagaan Nadia. Saudara mara dan rakan-rakan yang ingin mengunjungi Nadia tidak dibenarkan masuk untuk mengelakkan Nadia kembali ketakutan dan berakhir seperti orang gila. Luka-luka di bahagian badan Nadia juga semakin pulih dan tetapi masih perlu rutin mendapat rawatan.

       "Puan, tuan. Saya cadangkan Cik Nadia dihantar ke pakar untuk rawatan yang lebih baik. Alhamdulillah luka luarannya sudah cukup sembuh. Cuma perlu mengambil ubat secara teratur."

      "Anak saya tak gila doktor!" bentak Puan Nazirina. 

      "Sabar Puan. Saya tak cakap Cik Nadia gila. Namun kita dapat nampak trauma dan tekanan yang dialami Cik Nadia cukup berat. Sudah beberapa hari berlalu dan Cik Nadia masih sama seperti ketika ditemukan. Saya rasa lebih baik tuan puan bantu Nadia sebelum keadaan ni semakin teruk."

     "Doktor tak boleh tolong kami ke?" tanya Encik Zulkiflie pula.

     "Seperti yang saya beritahu sebelum ni, ini bukan lagi kepakaran saya. Tapi itu bukan hak saya untuk memaksa tuan dan puan."

     "Baiklah doktor. Kami nak bincang dulu. Apa-apa nanti kami beritahu doktor. Teima kasih doktor."

    "Sama-sama."

***

     Ben menatap wajah Nadia dengan seksama. Walaupun dalam keadaan tertidur gadis itu masih  kelihatan takut dan tidak lena. Sejak Nadia sedar, Ben belum lagi pernah pergi meninggalkan Nadia kecuali ada hal yang terlalu penting. Jiwa dan raganya terlalu letih namun dia masih ingin bersama Nadia. Biarlah ini menjadi balasan kepada perbuatan dan kelalaian Ben selama ini.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now