CHAPTER 51

2.6K 126 25
                                    

HAPPY READING!

      NADIA mengesat air matanya menggunakan tisu pemberian Ben. Ketahuilah mata dia sakit dan pedih sekarang. Itulah acah-acah terluka lagi.

     "Tengok sini kejap," ujar Ben sambil menarik lembut lengan Nadia. Nadia sekadar menurut bagai lembu dicucuk hidung. "Lawak betul mata kau ni. Lepas ni nangis lagi biar mata kau tambah bengkak."

     Nadia menampar perlahan lengan Ben. "Ini ini semua sebab awak."

    "Apa pula sebab aku? Kau yang tak pandai fikir," ujar Ben dengan nada bersahaja. 

    "Ish," rungut Nadia. Baru tadi sweet sweet sekarang dah kembali ke perangai asal.

    "Aku terus hantar kau balik. Tak payah singgah mana-mana."

   "Kenapa pula," tanya Nadia. Baru dia bercadang nak dating tapi Ben terus nak hantar balik.

   Ben melepaskan keluhan berat. Rambut Nadia yang sudah tidak berapa kemas diusap lembut. "Kau nak singgah dekat mana dengan mata kau macam tu? Kalau kau balik pun apa kau nak cakap pasal mata tu?"

    "Saya cakaplah kena sengat lebah."

    "Siapa percaya kalau kau cakap macam tu? Dah tak payah keras kepala. Weekend nanti aku bawa kau jalan-jalan."

    "Wah, kita nak pergi mana?"

   "Entah, nanti baru fikir." Nadia mengangguk teruja. Rasanya dia ingin masa cepat-cepat berlalu, tidak sabar hujung minggu ni.

    Walaupun dari kelmarin dia bagai manusia tidak berdaya tapi sekarang.... Mungkin dia antara manusia paling bahagia di muka bumi. Hehehe. Over memang tapi biarlah Nadia bergembira untuk kali ini.

    "Dah kenapa senyum-senyum?"

    "Tak ada," jawap Nadia pantas.

    "Gembiralah tu ada boyfriend handsome."

    Nadia mengumpat di dalam hati. Walaupun itulah kenyataannya tapi bila Ben cakap macam meluat pula. Gurau gurau~

    "Mana ada. Awak perasan lebih."

   "Tak nak mengaku pula."

***

    "Mana bos?" ujar Cemito, lelaki dengan tinggi 180 cm itu berjalan ke kiri dan kanan dengan muka pucat. Sejak beberapa minit yang lalu dia cuba menghubungi Ben tetapi panggilannya langsung tidak diangkat.

    "aku dah chat dia tadi. Mungkin bos ada kerja nak buat sekarang ni," jawap Zack. Pesanan ringkas yang dihantarnya kepada Ben masih belun dibaca. Khai juga sukar untuk dihubungi. "Bos dah baca. Dah bluetick!"

    "Bos cakap apa?"

    "Dia tak balas. Dia on the waylah tu."

    Cemito menelan air liur. Jika sahaja Ben mengetahui masalah ini mesti Ben akan mengamuk dan marah-marah. Silap hari bulan Cemito hanya tinggal nama. "Matilah kita Zack."

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now