CHAPTER 5

4.4K 199 4
                                    

HAPPY READING LOVE!

NADIA mengetuk lembut pintu kelas sebelum melangkah masuk ke dalam kelas barunya. Sesekali dia membalas senyuman rakan sekelasnya dengan kekok. Jika tidak dibalas takut dilabel sombong pula.

"Pendek! Duduk cepat," ujar Ben dari mejanya. Dia melambai-lambai tangannya menyuruh Nadia segera ke arahnya, "dari mana?"

"Cafe'lah. Awak pula dari mana?"

"Berani pula kau pergi seorang diri," jawap Ben sambil berpeluk tubuh. Dia melemparkan wajah tidak puas hati pada Nadia.

"Mana ada saya pergi sendiri. Saya dengan Aizzul tadi tapi dia singgah dekat washroom kejap. Itu yang saya masuk kelas sendiri,"ujar Nadia. Dia meletakkan buku teks yang baru diambilnya dari loker ke atas meja lalu mengelap peluh di dagunya menggunakan tisu.

"Nah." Ben meletakkan plastik penuh dengan makanan ke atas meja Nadia. Seumur hidup inilah pertama kalinya dia bagi makanan dekat orang macam ni, biasanya dia guna duit untuk rasuah orang. Tapi biarlah kali ini berbeza sikit.

Nadia membuka plastik itu dengan segera. Berbinar matanya sebaik sahaja melihat makanan dan minuman kegemarannya di sana. "wah, makanan! Untuk saya ke?"

"Hmm..."

"Thank you, thank you..." ucap Nadia dengan gembira tanpa mengetahui sebab Ben memberinya makanan. Dia mengambil coklat dari dalam plastik dan langsung melahapnya tanpa menghiraukan Ben. Coklat berjenama Dairy Milk antara salah satu coklat kegemarannya, kalau boleh setiap hari dia nak makan benda tu. Manis katanya.

"Memandangkan kau dah makan makanan tu so, lepas ni kau tak dibenarkan pindah lagi," ujar Ben sinis. Nampaknya Nadia sudah masuk ke dalam peranggap kecil yang dibuatnya.

"Ta-tapi..."

"Kau dah makan, that's mean kau dah berjanji," kata Ben mutlak.

Nadia menatap Ben lalu memandang coklat yang separuhnya sudah berada di dalam perut.Kemudian barulah dia mengangguk lemah. Biarlah dia duduk di sini. Lagi pun tak teruk mana pun. Kalau jadi apa-apa, Aizzul kan ada. "Iyalah. Saya duduk sini."

"Bagus. Now, aku nak tidur. Jangan kacau aku." Usai mengatakan itu Ben langsung mendaratkan kepalanya ke atas meja dengan berbantalkan lengan. Dia menoleh ke arah kanan supaya dia hanya memandang dinding yang tidak ada menarik-menariknya.

***

Jam menunjukkan jam 12.23 tengah hari yang mana lapan minit lagi waktu persekolahan akan tamat namun lelaki di sampingnya belum juga bangun sejak waktu selepas rehat tadi. Nadia hanya melepaskan keluhan berat. Nak bangunkan takut juga. Dan pada akhirnya Nadia menyambung semula kerjanya menyalin semua nota yang di berikan oleh cikgu.

Guru yang mengajar di depan sama sekali tidak menegur perbuatan Ben yang menurut Nadia agak tidak sopan. Tapi tadi Nadia nampak ada pelajar yang kena tegur sebab tidak menumpukan perhatian. 'Mungkin tidur boleh,'pikir Nadia polos yang hampir menjurus ke arah kebodohan.

"Okay class, cikgu nak kamu siapkan semua tugas ni. Esok pagi class monitor kumpul dan hantar tempat saya. Faham?"

"Faham cikgu," balas semua pelajar kecuali Ben yang masih lena diulit mimpi. Selepas itu, cikgu tersebut langsung mengemaskan bukunya dan melangkah keluar dari kelas. Kelas pun berubah riuh, nampaknya semua pelajar tidak sabar untuk beredar dari kelas. Tambahan pula hari ini, tiada sebarang kelas tambahan yang diadakan.

"Ben...Ben." Nadia menggoyang-goyangkan lengan Ben untuk membangunkan lelaki itu namun masih tidak ada tanda-tanda lelaki itu ingin bangun. Ini kes lena sangat ni.

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now