CHAPTER 26

3K 125 5
                                    

HAPPY READING!

   "MACAM manalah kau suka lelaki macam tu? Nak cakap jambu pun tak juga, handsome lagilah tak." Farhanie cuma mendiamkan diri apabila Khai mula berleter. Dia tidak mampu berbalah dengan Khai sekarang kerana Khai baru sahaja menyelamatkan dia dari Raziq manusia tak guna tu. "Yang kau diam ni kenapa? Memikirkan masa-masa indah kau dengan lelaki tu?"

   "Taklah, I cuma terfikir macam mana I boleh suka dengan mamat tu dulu."

    "Kau kena bomoh-bomoh kot," kata Khai tanpa memikirkan apa yang diucapkannya.

   "Taklah. I yakin dia tak akan buat macam tu, I yang memang tergila-gilakan dia dari dulu. I ingat dia baik tapi...hemm!"

   Khai terbahak mendengar kata-kata Farhanie. "Itulah kau. Percaya sangat dengan lelaki."

   "Kalau macam tu I tak nak percaya you sangat. Youkan lelaki."

   "Siapa suruh kau percayakan aku?" Farhanie menampar tangan Khai yang berada di atas meja. "Adoi!"

   "You ni!" Farhanie mencebikkan bibirnya, "nasib baik I pandai kenang jasa orang dekat I, kalau tak dah
lama tangan I melayang dekat muka you yang tak berapa siap tu."

   "Kau? Nak pukul aku? Berani ke?" sindir Khai dengan senyuman mengejek. "Kau kenalkan siapa aku."

   "Yalah-yalah. Ish, tak sporting!"
  
   "Sporting tak sporting sekarang kau kena belanja aku makan. Aku dah tolong kau dari lelaki tadi, aku dah tumpangkan kau balik dan lepas ni aku kena temankan kau pergi Watson lagi, now belanja aku makan. Feed me."

   "Okay fine! Itu pun nak mengungkit. You orderlah makanan yang you nak nanti I bayar."

   "Nice! Macam tulah."

***

  
    Khai menatap tajam beberapa orang lelaki yang menjeling ke arah Farhanie yang sibuk mencari pencuci muka. Kalau pandang macam tu sahaja tak apalah juga, tapi ini Farhanie direnung tajam seolah-olah Farhanie ialah makanan yang ingin
disantap. Come onlah, Khai lelaki. Dia tahu apa lelaki-lelaki itu fikir.

    Farhanie pula langsung tidak perasan dengan mata-mata yang merenungnya dengan tatapan lapar. Maklumlah sibuk memilih skincare.

    "Lama lagi ke?" tanya Khai lalu berdiri rapat di belakang Farhanie. Dia menjeling sekilas lelaki-lelaki gatal yang membuat muka tidak puas hati kerana Khai menghalang pandangan mereka.

    "No, kejap lagi. Jenama yang I selalu beli ada keluarkan new product, I nak cuba but I kena baca fungsi dia dulu. Takut nanti bukannya I nampak cantik tapi nampak pelik."

   Khai hanya menggelengkan kepalanya. "Buat apa kau nak sangat nampak cantik? Kau masih pelajarkan?"

   "Yalah, tapi I nak jadi model. So, I kenalah nampak cantik dari sekarang," kata Farhanie.

   "Model? Kau nak jadi model?"

   "Yes, kenapa?"

   "Nothing." Khai terdiam sejenak. Boleh Khai jujur sikit? Sebenarnya dari pandangan mata Khai, Farhanie memang sesuai jadi model, dengan kaki panjang, hidung mancung, tidak terlalu kurus, cantik dan damn hot.

   Apa? Khai lelaki biasa, okay!

   "Actually I ada auntie yang tawarkan I untuk jadi model for her new design collection. But entahlah, I tak tahu nak terima ke tak."

   "Kau nak jadi model, kan? Kenapa nak tolak pula? Terima jelah," kata Khai.

   "Tapi I tak nak jadi model awal sangat. I nak habiskan masa remaja I dengan jadi 'remaja'. Kalau boleh I nak start modeling when I'm 19 or 20."

   Khai mengerutkan dahinya. 'Apa complicated sangat perempuan ni?Kata nak jadi model tapi bila ada peluang tak nak pula.'

   "Kau ni... Peluang tak akan datang bergolek. Kau nak jadi modelkan? Apa kata kau terima tawaran auntie kau. Kalau kau nak cakap kau nak jadi model bila kau 19 tahun, ada jaminan ke kau akan terima tawaran modeling lagi masa tu?"

   "I tak tahulah..."

   "Aku cadangkan kau terima tawaran auntie kau tu. Sebab kalau kau terima tak semestinya kau jadi model full timekan? Kau cuma akan jadi model for that collection, right?"

    "Hmm..." Spontan Farhanie
menganggukkan kepalanya.

   "Jadi kau jadikan pengalaman kau jadi model masa tu sebagai titik awal pembelajaran kau untuk menjadi seorang model yang berjaya."

  "Awhh, kenapa you bermotivasi sangat ni? Ini bukan Khai yang I kenal," sakat Farhanie.

   "Aku cakap betul-betullah. Lagi pun aku cuma bantu kau sebab kau bengap sangat."

  "You nikan, I baru nak puji you tapi you dah naikkan darah I semula."

   "Kisah apa aku? Dah cepat beli apa kau nak. Aku ada urusan lagi lepas ni," ujar Khai kembali dingin seperti sedia kala.

   "Dia yang membebel dari tadi sampai I tak fokus, lepas tu marah pula. Pelik..."

   "Cepatlah!"

   "Ya!Ya!"

***

   Waktu seolah-olah berputar dengan kelajuan pantas. Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam dan hari berganti hari. Sedar tidak sedar hujung minggu yang ditunggu-tunggu oleh Nadia
dan Farhanie kini tiba.

    "Mummy, adik nak keluar kejap lagi. Malam nanti baru adik balik," ujar Nadia santai.

   Puan Nazirina langsung mengangkat kepalanya dari membelek majalah yang baru dibelinya. "Keluar dengan
siapa? Mummy tak benarkan kalau adik pergi sendiri. Dahlah sampai malam."

   "Don't worry mommy, adik jalan dengan kawan-kawan adik. Ada Ben, Farhanie, Khai and Zack. Kita orang nak pergi Fun Fair. Tapi Fun Fair tu start sebelah petang so kami plan nak jalan-jalan tempat lain sebelum pergi sana."

   "Jalan-jalan? Auntie Dia nak jalan-jalan? Can Putri join too?"

   Nadia pantas menggelengkan kepalanya. Rambut separas bahu Putri diusap lembut. "Putri tak boleh ikut. Nanti Auntie Dia pulang lewat. Nanti Putri tired."

   "I'm stronglah Auntie Dia. Putri still want to join." Putri memeluk kaki Nadia dengan erat.

   "Jangan macam tu sayang. Auntie Dia nak jalan dengan kawan-kawan auntie. Putri nak ke nanti tak ada yang jaga Putri?" pujuk Puan Nazirina. Memujuk Putri memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Bukan sembarang orang boleh mendekati Putri. Putri merupakan antara anak kecil paling cerewet yang pernah wujud di dunia.

   "Putri want to join. Full stop." Nadia dan Puan Nazirina berbalas pandang. Mati...Macam mana nak deal dengan Putri ni. Dahlah Abang Zam dan Kak Azie tak ada sebab sibuk pergi honeymoon.

   "Tak apalah mummy, nanti adik bawa Putri ikut adik. Tapi pukul 4 nanti tolong jemput Putri sebab adik tak nak Putri pulang lewat sangat."

   "Yalah, nanti share location dekat mummy. Adik pergilah bersiap, nanti mummy siapkan beg kecil Putri."

    "Okay mum!"

    "Yeah! Putri ikut! Yeah! I love you Autie Dia! I love you nek!"

   Nadia melepaskan keluhan berat. "Terpaksalah...."

.
Bersambung...

JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN YO!

MY SWEETY GANGSTER | ENDWhere stories live. Discover now