BAB 28

2.2K 125 6
                                    

Aku menyapu kaya dan planta di atas roti bakar. Qash cakap dia hanya sarapan ringan-ringan sahaja.

Aku tengok banyak juga stok kaya. Memang dia suka makan roti bakar kut. Satu lagi fakta Qash yang aku dapat.

Aku tahu Qash pun sebenarnya tak banyak makan. Nak dibandingkan dengan lelaki dan perempuan, aku pun pelik. Kuantiti nasi pun sama je seperti aku makan. Beberapa cedok sahaja.

Risau juga kalau dia tak banyak makan.

Aku meletakkan roti tadi di atas pinggan kecil. Kopi dituang ke dalam gelas.

Aku tengok jam di dinding. Dah nak pukul 7. Jarak rumahnya dikira dekat juga dengan sekolah dan rumah aku. Hanya beberapa minit sahaja. Tapi sebab Qash adalah cikgu, mesti dia kena pergi awal.

Masih belum nampak bayangnya, aku melangkah semula ke dalam bilik tidur. Ternampak dia yang bongkok seperti cari sesuatu di meja solek. Aku hairan.

"Abang cari apa?"

Qash menoleh.

"Abang cari jam tangan abang. Sayang nampak tak?"

Jam tangannya yang selalu sangat dia pakai kalau aku terserempak dengannya di sekolah. Aku cuba mengingati semula. Macam aku ada nampak tadi.

Aku keluar daripada bilik. Perasan dengan jam tangannya di atas meja kecil bersebelahan televisyen. Lupa lah tu dia letak kat situ.

Aku ambil dan menghampirinya yang masih mencari. Tangan kanannya aku capai. Serentak dia memandang belakang menghadap aku.

Aku pakaikan jam tangannya di tangan kanan. Kebiasaannya memang Qash akan pakai di tangan kanan.

"Abang terlupa agaknya abang letak kat sebelah tv." Kata aku.

Qash menghela nafas lega.

Klik!

Sudah selesai Qash memegang tangan aku.

"Thank you." Dia menguntum senyum.

"Welcome. Ariana dah siapkan sarapan untuk abang."

"Teman abang sarapan."

Aku gelak kecil. Aku mengangguk sekali. Tangannya menarik tangan aku keluar daripada bilik tidur. Sampai di meja makan aku duduk bertentangan dengan Qash. Qash basuh tangannya dahulu sebelum mengambil roti bakar tadi.

Tiba-tiba dia menyuakan roti bakar ke mulut aku. Kening aku terangkat.

"Ariana pun kena sarapan."

Kalau aku cakap tak nak pun, dia akan memaksa. Aku membuka mulut dan menggigit. Kemudian, Qash gigit pula sama dengan dimana aku gigit tadi.

Tak tahu nak cakap pasal apa, aku hanya tengok dia makan. Nampak berselera walaupun hanya roti bakar.

"Kalau Ariana bosan, kat bawah ada landskap. Ariana boleh tengok-tengok."

Aku mengangguk. Semalam memang aku perasan dengan landskap tu. Ingat nak mengajak Qash sekali sama-sama tengok. Nanti-nanti je lah.

"Kat bawah pun ada kolam kan?" Soal aku.

Qash berhenti mengunyah.

"Kalau Ariana nak pergi, pergi dengan abang." Mukanya serius.

"Oh...O..Okey."

Tiba-tiba Qash memanjangkan tangannya dan mengusap di tepi bibir aku.

"Bahaya sayang. Landskap tu tak apa lagi. Ini kolam, macam-macam boleh jadi. Kita pergi sama-sama ye?"

Dia menarik tangannya semula.

Aku menguntum senyum dan mengangguk. Aku sebenarnya tiada rasa nak pergi kolam pun. Saja tanya sebab tiada topik nak dibualkan. Tak sangka dia serius begitu. Memang dia risaukan aku.

Usai selesai, Qash menghirup air kopinya. Dia pergi ke singki pula untuk membasuh tangan. Aku menghulurkan kain lap kepadanya.

Aku tengok jam dah pukul berapa, aku pula yang tak rilek. Takut jika dia terlewat.

Beg laptop di sofa aku ambil dan menghulurkan kepadanya. Dia membuka pintu rumah serta gril.

"Abang pergi kerja dulu."

Aku baru nak mengucup tangannya, dia yang mengucup tangan aku terlebih dahulu. Aku selalu perasan yang Qash akan mencium tangan aku dulu.

Qash mengucup pula dahi, kedua-dua belah pipi aku dan akhir sekali bibir. Cuma sekejap. Dia mencuit hujung hidung aku perlahan sebelum melangkah keluar. Aku berdiri tengok di pintu.

"Jaga diri. Abang akan balik awal."

Aku mengangguk. Qash pun melangkah pergi sehingga hilang dari pandangan. Aku masuk ke dalam semula. Begini rupanya rasa bila suami pergi kerja. Aku menarik dan menghembus nafas.

Marilah kita buat kerja-kerja rumah.

*************

Aku sandarkan kepala sambil memandang luar tingkap. Tak tahu nak buat apa. Baju semua sudah dibasuh dan disidai. Kemas rumah pun sudah. Rumah Qash sangat bersih. Aku macam sapu angin je. Nak masak, macam awal lagi. Aku nak makan sama-sama dengan Qash. Sekarang baru pukul 12 lebih. Dah nak pukul 1.

Aku berada di bilik kerjanya. Baru sahaja tadi aku menghantar penempatan universiti. Keliru juga dan pilihan pertama aku pilih Asasi. Takpe ke aku pilih tanpa tanya Qash dahulu?

Aku menegakkan badan bersandar di kerusi. Mata memandang pula ruang kerja Qash. Kemas. Ada beberapa buku yang tersusun elok di sebelah komputernya. Mata tertarik pula dengan frame gambar di hadapan susunan buku. Aku mengambilnya.

Gambar keluarga Qash. Ada maknya, Kak Qurratu dan juga Qash. Masing-masing berpakaian baju melayu dan baju kurung berwarna biru gelap. Qash berada di sebelah maknya. Berkerut dahi aku kerana tiada bapanya. Aku pun tak tanya Qash pula pasal keluarganya.

Aku tahu serba sedikit tentang Qash tapi tidak tahu sepenuhnya. Keluarga Qash, tarikh lahir Qash, hobi Qash, apa yang Qash suka, apa yang Qash tak suka.

Tedetik pula hati aku ingin call mama. Tangan sudah mencari nama mama, namun aku terhenti tatkala teringat papa. Macam mana kalau papa marah. Macam mana kalau papa akan mengamuk kat mama.

Aku meletakkan phone aku di atas meja perlahan dan mengeluh.

Terasa nak pergi landskap di bawah. Aku capai tudung dan menyarung di kepala. Aku mengunci pintu dan gril. Kunci rumah dipegang. Ini adalah kunci pendua. Qash yang buat. Selalu ada satu je sebab dia tingg sorang. Sekarang dia bukan sorang sahaja tinggal kat rumah ni, jadi kunci pendua diberikan kat aku. Kaki melanglah ke lif dan turun di aras landskap.

Aku berjalan di landskap itu. Cantik dan tenang. Tempat ni sesuai untuk keluarga lepak-lepak.

Aku duduk di bangku yang disediakan sambil memandang sekeliling. Angin sepoi-sepoi bahasa. Lama aku duduk sambil memerhatikan orang lain. Aras ni ada landskap, kolam dan kedai-kedai runcit. Macam bukan kat apartment. Macam kat pusat beli-belah pun ada.

Aku menyelongkar kocek kardigan. Ah, menyesalnya tak bawa purse. Boleh aku beli macam-macam kat kedai tu. Ah, aku tak bawa phone aku juga. Aku mengeluh. Terpaksa naik semula ke rumah. Takpe lah. Lain kali boleh tengok.

Dah nak sampai di rumah, aku terkejut. Kaki aku berhenti melangkah. Aku yakin yang aku kunci gril dan pintu tadi. Kenapa terbuka?

Aku menghampiri. Menyesal sungguh aku tak bawa phone tadi. Macam mana kalau ada orang pecah masuk? Jantung aku berdegup laju. Qash masih di sekolah.

Telinga menangkap pula bunyi pintu yang ditutup dengan kasar.

Aku berdoa dalam hati.

..............................

Ariana Iris | COMPLETEDWo Geschichten leben. Entdecke jetzt