BAB 2

2.7K 118 8
                                    

"Dahlah akak, abang. Ariana tak solat Asar lagi." kata aku dengan sisa ketawa. 

"Sorry, sorry!" Danielle menjerit sedikit.

"Pekaklah." Rayyan menutup telinganya.

Aku ketawa lagi. Bukan main lagi kami berborak macam dah lama tak jumpa. Padahal hujung minggu nanti akan berjumpa dengan kakak dan abangnya.

"Bye Ariana. Weekend ni insya Allah kita orang balik, kita jumpa." Rayyan dan Danielle melambai.

Aku turut melambai lalu meletakkan panggilan. Aku menghembus nafas. Rasa sunyi mula menyelebungi diri. Aku membuka tudung sekolah lalu sidai. Aku mula membersihkan diri untuk solat Asar.

Usai memberi salam aku berteleku di atas sejadah. Fikiran menerawang jauh. Lagi beberapa bulan sahaja aku akan menghadapi SPM. Sepanjang aku periksa, tidak pernah langsung papa puas dengan keputusan aku. Setiap kali aku membawa pulang slip peperiksaan, macam tu lah aku akan dapat. Gumpalan kertas yang tepat kena muka aku. 

Selama ni aku langsung tak kisah dengan hari terbuka jika mama tak dapat datang. Tapi pagi tadi di sekolah, tiba-tiba timbul sedikit perasaan sedih dan cemburu aku. Banyak kali aku mengulang ayat yang sama tak apa aku dah biasa. Aku menghabiskan masa di perpustakaan dengan belajar. Usai selesai barulah aku berjumpa dengan guru kelas aku sendiri, Cikgu Maryam untuk mengambil slip keputusan peperiksaan aku. Cikgu Maryam pun dah lali dengan aku yang ambil slip keputusan sendiri tanpa mama dan papa.

Aku mengeluh. Aku melipat telekung dan sejadahku. Aku letak elok di atas katil. Rambut disikat rapi. Setelah selesai, aku memulas tombol pintu. Baru sahaja tapak keluar, aku sudah terserempak dengan papa. Bulu roma meremang. 

"Dah solat?" papa menyoal.

Aku mengangguk.

"Belajar?" papa menyoal lagi.

Aku menelan air liur dengan payah. Tidak. Aku sibuk video call dengan Rayyan dan Danielle. Papa bersuara lagi.

"Jangan tipu."

Aku menggeleng. Tak berani nak angkat kepala memandang muka garang papa. Aku tahu reaksi papa sekarang ni.

"Jangan ingat kau terlepas hari ni, kau tak payah belajar. Lepas Isyak terus belajar." kata papa lalu masuk ke dalam biliknya.

Aku mengangguk perlahan. Bila papa hilang dari pandangan terus aku mengambil nafas. Aku cuba menarik dan menghembus nafas dengan tenang. Takut menguasai diri. Tangan menggeletar. Terus aku menapak turun tangga dan pergi ke dapur. Mama dan Aunty Sofia yang berada di dapur memandang aku hairan. Aku ambil cawan yang disediakan lalu menuang air masak. Aku meneguk laju. 

Lega.

"Ariana terjumpa papa ke?" soal mama.

Aku tidak menjawab. Mama menggosok belakang badan aku. Diam maksudnya betul.

"Tak apa. Mama cuba cakap dengan papa nanti."

Macam biasa, mama memang tahu-tahu kenapa aku gementar begini. 

"Sekarang, jom makan karipap. Sebab Aunty Sofia tak tengok drama hari ni, cepatlah karipap mama siap." 

Aku ketawa. Aunty Sofia sengih memandang aku dan mama. Mama membawa tubuh badanku lalu duduk di kerusi meja makan. Mama duduk di sebelahku. Mama dan Aunty Sofia ada sahaja menghiburkan hati. Belum lagi bergabung dengan kakak dan abangnya. Bergema dengan gelak ketawa. 

Senyuman aku mati apabila kerusi dihadapanku ditarik oleh papa. Aku menundukkan kepala lagi. Selera mati. Dada rasa sesak nafas. Mama memegang tanganku yang berada diriba. 

"Abang nak air kopi?" Mama menyoal.

Papa mengangguk sekali lalu membuka surat khabarnya. Rutin harian papa. Minum petang sambil membaca surat khabar. Bukannya aku tak tahu. 

Sepi. Hanya bunyi cawan yang berdeting dengan piring. Mama menuang kopi ke dalam cawan lalu diletakkan di sebelah papa.

"Awak nak cakap ke dengan anak awak tu?" papa tiba-tiba menyoal.

Aku mengangkat kening. Soalan papa tadi ditujukan kepada mama. Aku mengangkat kepala memandang mama.

"Belum."

Aku mengangkat kening. Pasal apa?

"Bila awak nak beritahu?"

"Nantilah abang. Dia baru balik." 

Aku semakin berkerut. Jadinya papa dan mama cakap pasal aku? Kenapa? Ada apa? Aku memerhatikan mama tapi mama langsung tak menoleh. Mama mengelakkan pandangan daripada aku.

"Pasal apa?" aku beranikan diri untuk bertanya.

Papa yang berada disebalik surat khabar mengangkat muka memandang aku. Papa menutup surat khabarnya lalu lipat sekali dan diletakkan di hadapannya. 

"Aku bagi kau peluang."

'Aku' 'kau'. Memang itu papanya guna untuk bahasakan diri. Tak apa. Aku memang dah biasa. Aku tak pernah dengar langsung papa sebut nama penuh aku dalam seumur hidup aku. Tak pernah langsung.

"Abang. Jangan sekarang." mama tiba-tiba menghalang percakapan papa. Papa dan mama saling berpandangan.

"Ariana, pergi atas masuk bilik." mama memberi arahan.

Aku terkejut. Kenapa? Aku berura-ura sama ada nak bangun ataupun tidak. Selagi papanya tidak memberikan arahan, dia tidak akan bangun. Baru sahaja aku ingin bangun, papa menghalang.

"Duduk." 

Aku duduk semula. Takut mula menyelebungi diri.

"Hari ni aku bagi kau lepas. Tapi kau tak dengar cakap aku." papa bangun dengan kasar.

"Aku suruh kau belajar, tapi kau sibuk video call dengan kakak abang kau." papa berjalan menghampiri aku.

Aku semakin sukar untuk bernafas.

"Kau tak tahu ke kakak abang kau sibuk dekat universiti sana?"

Aku diam. Jangan menangis Ariana. Tiada guna.

"Kau tahu ke tak?!" papa menjerkah.

"Ta..tahu." aku menjawab perlahan.

"Abang!" mama terus memeluk tubuh aku. 

Sumpah aku takut. Badan aku menggigil sangat-sangat.

Tiba-tiba papa merentap pergelangan tangan aku dan menarik aku dengan kasar. Aku menjerit. Aku memandang mama dan Aunty Sofia. Jelas terserlah muka mereka yang cemas. Tapi aku tahu mereka tak boleh buat apa-apa. Papa menarik aku sehinggalah berada di depan bilik stor. Gelap. Seperti ada tangan memenuhi dalam bilik story yang gelap tu. Dengan banyangan yang menyeramkan. Semakin kuat jeritan aku. Tiba-tiba mama menarik badan aku lalu dipeluk kemas. Aku memeluk erat badan mama.

"Saya dah cakap, saya akan beritahu. Jangan buat macam tu kat Ariana." 

Mendengar ayat mama itu, papa mendengus. "Peluang terakhir kau."

Terdengar derap langkah papa yang meninggalkan kami dan akhirnya sunyi. Hanya sedu-sedan tangisan aku. Kaki terasa longlai. Aku tak kuat lagi dah. Sikit lagi papa nak bawa aku masuk ke bilik stor yang gelap tu. Tempat yang paling aku benci. 

"Ariana okey?" soal mama.

"Ma... Kenapa papa tak suka Ariana? Apa salah Ariana ma?" 

Aku menyoal mama dengan sisa tangisan aku. Macam mana kalau tadi mama tak halang papa? Mesti aku dah ada kat dalam bilik stor tu. 

"Shhhhh. Ariana tak salah apa-apa sayang. Papa penat tu." 

Mama menggosok bahu aku berkali-kali cuba menenangkan aku.

Ya Allah, kenapa papa benci sangat dengan aku?

...............

Slow update sebab saya lebih fokuskan Cikgu itu HUSBAND AKU! Season 2 😂

Meh followww nii

Instagram; ayaroseeeee
Twitter; ayaroseeeee
TikTok; ayarose970
  

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now