BAB 26

2.3K 138 10
                                    

"Maaf kalau rumah abang buat Ariana tak selesa."

Aku pandang dia.

"Apa cakap macam tu? Ni terlebih selesa."

Aku pandang hadapan semula. Mata meliar sekeliling. Macam ni Qash cakap tak selesa? Sumpah aku selesa. Memang cukup kelengkapannya.

"Abang nak ambil barang-barang kita. Ariana bolehlah tengok-tengok dulu." Kata Qash sambil menepuk perlahan kepala aku yang dilitupi tudung.

"Ariana tolong."

Aku ingin melangkah keluar semula tapi Qash menghalang.

"Tak apa. Ariana penat. Ariana duduk sini je okey?" Qash mengusap pipi aku.

Aku mengangguk. Qash mencuit hujung hidung aku lalu keluar rumah semula.

Kaki aku berjalan memerhatikan rumah Qash.

Rumah Qash adalah apartment. Terletak di tingkat 22. Kecil tapi bagi aku besar sebab hanya tinggal berdua sahaja. Sebelum ni Qash memang tinggal keseorangan.

Di ruang tamu ada sofa, televisyen dan meja kecil. Aku melangkah ke depan pula ke bahagian dapur. Ada meja makan kecil, peti ais, dapur gas dan beberapa alat memasak yang tergantung. Aku syak Qash memang selalu masak.

Semuanya berlantaikan kayu. Dinding pula dicat warna putih. Lembut sahaja. Qash memang pilih warna lembut semuanya.

Mesin basuh terletak bersebelahan dengan bilik air. Aku masuk pula ke laluan di ruang tamu. Ada dua bilik. Bilik utama dan lagi satu adalah bilik kerja Qash mungkin. Mejanya yang menghadap luar tingkap. Ada ruang kosong di sebelah manakala sebelahnya lagi penuh dengan buku-buku, kertas dan komputer Qash.

Mata aku membawa ke luar tingkap pula. Nampak daripada sini matahari yang ingin terbenam. Langit sudah bertukar senja. Kejap lagi nak masuk waktu maghrib.

Cantiknya.

Telinga menangkap pintu dibuka, aku keluar dan menghala ke ruang tamu. Qash sedang mengangkat beg dan beberapa kotak. Kotak itu dipenuhi dengan hadiah-hadiah daripada orang lain. Hadiah perkahwinan aku dan Qash.

Lantas kaki aku mendekatinya. Ingin menolong. Kesian pula dia angkat banyak barang daripada parking kereta.

Aku mengangkat kotak itu. Qash memandang aku dengan terkejut dan dia mengambil kotak itu daripada tangan.

Mata aku terkebil-kebil.

"Berat ni sayang." Qash membawa kotak itu dan diletakkan di meja hadapan sofa.

Pipi aku membahang tatkala dia memanggil aku sayang. Cepat-cepat aku memusingkan badan ingin mengambil bagasi aku pula.

Sekali lagi Qash menghalang. Dia memegang tangan aku.

"Abang bawa." Kata Qash.

"Tak apa. Ariana boleh. Ni beg Ariana sendiri."

"Tapi Ariana penat."

Aku menggeleng kepala. Qash pelupa agaknya siapa yang bawa kereta.

"Abang. Abang yang bawa kereta, abang lah yang penat. Ariana tak tolong abang pun dari tadi. Abang rehat je ye?" Kata aku sambil tangan memegang tangannya.

Aku beranikan diri. Jantung sudah berdegup laju.

Keluhan kecil dilepaskan daripada mulut Qash.

"Your eyes really can make me weak."

Tangannya naik pula mengusap pipi aku. Aku senyum. Aku angkat beg aku tadi lalu masuk ke bilik tidur. Qash mengikuti aku dari belakang.

"Abang dah kosongkan sebelah ni. Ruang ni untuk Ariana."

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now