BAB 16

1.9K 115 0
                                    

Aku menegakkan badan. Aku pandang ke kiri, Hajar sudah tidur. Pandang ke kanan, Thalia dan Diana juga sudah tidur di double bed bersebelahan aku. Aku memicit dahi. Selepas makan tadi terus aku tidur. Tak sedar sejak bila dia orang balik bilik.

Phone di atas meja disebelahku aku ambil. Aku tengok jam. Pukul 4 pagi. Memang waktu macam ni kebiasaannya aku bangun. Aku memang dah terbiasa. Aku bangun lalu melangkah ke tandas. Aku membersihkan diri dengan ala kadar. Aku keluar dari tandas, mata tertarik pula dengan pantai. Langsir yang tidak ditutup sepenuhnya menampakkan Pantai Cenang, Langkawi. 

Aku menyarung hoodie dan tudung sarung. Tiba-tiba hati teringin sangat nak tengok pantai waktu pagi-pagi macam ni. Tangan dimasukkan ke dalam poket hoodie. Dah sampai depan pantai barulah aku perasan lagi yang aku pakai hoodie Cikgu Qash. Ah, macam mana aku boleh terlupa yang ni bukan hoodie aku? Macam manalah aku boleh asyik pakai hoodie Cikgu Qash. 

Pukul 4 pagi tapi cahaya bulan menerangi suasana pantai. Tidaklah gelap sangat, lagipun ada cahaya lampu disini buatkan aku berani sikit.

 Aku berasa takjub apabila memandang pantai. Subhanallah. Cantik sangat. Aku berdiri berdekatan dengan gigi pantai. Mendengar ombak pantai dan angin tidak kuatnya menerpa ke arah aku. Sangat tenang. 

"Tak boleh tidur?" 

Ternaik bahu aku. Aku berpaling ke sisi. Cikgu Qash berdiri memandang aku dengan muka tak bersalahnya. Aku batuk perlahan. Kali kedua aku bersama Cikgu Qash di pantai.

Erk. Stop Ariana. Pertama, sebab itu terserempak. Kedua ni sebab lawatan sekolah. Berhenti.

Aku mengangguk sahaja dengan soalannya. Kemudian kami diam. Diam macam ni baik aku jalan. Aku tak cakap apa-apa, terus aku memusingkan badan ke sisi. Aku melangkah. Aku tidak menjangkakan Cikgu Qash mengikuti aku. Tapi disinilah Cikgu Qash sekarang, berjalan bersama disisi aku. Tangannya diletakkan di belakang. Aku senyum. Memang ada gaya cikgu. 

Setiap kali kaki melangkah, ada pasir yang masuk ke selipar aku tapi aku biarkan sahaja. Ikutkan aku nak je campak diri aku kat pantai. Teringin sangat. 

Aku berfikir. Okey, kalau dah berjalan sampai hujung sana pastu nak buat apa? Patah balik pula jalan sampai hujung belah lain? Macam tu ke?

Telinga menangkap gelak kecil daripada Cikgu Qash. Aku memandang dia hairan. Dia seperti menahan gelak.

"I still can't believe that Ariana thought I'm married."

Aku menghentikan langkah dan mengecilkan mata memandangnya. Tak habis lagi ke? Bila dia sebut, automatik aku teringat segala kekasaran bahasa aku terhadapnya. Sumpah tak beradab betul aku. Tak hormat sangat tu. Aku menundukkan badan.

"Cikgu, saya nak minta maaf sangat-sangat sebab.."

Aku menggigit bibir. "Sebab saya berkasar dengan cikgu." Sekarang barulah perasaan malu tu datang kembali. Tak berani aku nak bertentang mata dengannya.

"Tak apa. Lagi pun Ariana tak tahu." 

Perlahan aku mengangkat kepala. Kami sambung berjalan semula. 

"Tapi kenapa Syahmi panggil Cikgu Qash, papa?" aku menyoal.

"Sebab saya pun jaga dia waktu kecil dahulu. Abang ipar saya, suami kepada Qurratu, masih hidup. Dia kerja pilot. Jadi, tak salahkan kalau anak saudara sendiri panggil saya papa?"

Qurratu. Sedap namanya. Nama kakak Cikgu Qash. Sesuai sangat dengan orangnya. Aku perempuan ni tengok dai pun boleh jatuh cinta. 

"Papa?" aku menyoal. 

"Papa Qash." jawab Cikgu Qash.

Qash. Qash. Qash.

Berulang-ulang aku menyebut namanya dalam hati. Kemudian aku tersedar. Aku beristighfar perlahan. Dia cikgu kau Ariana. Tengok bagaimana cara layanan Cikgu Qash dengan Qurratu dan Syahmi, mesti Cikgu Qash ada ibu bapa yang sangat menyayanginya. Mesti keluarga Cikgu Qash ada keluarga yang bahagia. 

Ariana Iris | COMPLETEDTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang