BAB 10

2.1K 127 4
                                    

"Jom lah Ariana. Ni last punya sebelum kita SPM, sebelum kita habis sekolah. Teringinlah aku nak pergi dengan kau." rungut Hajar.

Aku gelak perlahan. 

"Hajar, aku pun nak. Tapi kau tahu kan aku tak pernah pergi kem macam ni."

Hajar memuncungkan mulut. Aku menggosok bahunya. Jujur aku katakan yang aku pun nak sangat pergi lebih-lebih lagi tahun terakhir ni. Sepanjang aku sekolah disini aku langsung tak berpeluang untuk pergi ke lawatan. Cukuplah sekali tu aku tanya papa, dan itulah kali pertama dan kali terakhir aku tanya papa. 

Lawatan balik hari pun papa tak izinkan apatah lagi lawatan seminggu ni. Lawatan ke Langkawi. Aku memang pernah bercuti tapi tidak pernah sampai ke Langkawi. Dalam bercuti pun aku tetap membawa buku-buku aku. Ada masanya yang papa tetapkan. Itulah peraturan papa.

Lawatan ni terbuka kepada semua tingkatan 5. Katanya semua tingkatan 5 mesti pergi tapi entahlah. Lawatan ni pun dianjurkan oleh pihak kaunseling. Mestilah Cikgu Qash yang mencadangkannya. 

Siapa je tak nak pergi. Semuanya sekolah yang keluarkan bajet. Murid-murid hanya bawa duit poket sahaja kalau nak beli apa-apa. Makan minum tiket semua sekolah yang tanggung. Sudah pastilah papa juga menyumbangkan duit sikit kepada sekolah. 

"Surat kebenaran tu kau dah pilih lah pergi atau tak?" soal Hajar. Hajar masih tidak berputus asa.

Aku mengangguk sekali. 

"Alaaaaa."

"Aku dah bagi dah pun dengan Thalia."

"Alaaaaaaa."

Aku ketawa. "Lain kali je lah Hajar kita pergi sama-sama. Lagi berapa bulan je nak SPM."

"Lawatan ni kan untuk menenagkan kita sebelum SPM. Jom lah, jom lah." Hajar menggoncangkan badan aku.

Hajar memang tak putus asa. Selagi aku kata ta boleh, selagi itulah dia bolehkan. 

"Kau ada masalah apa? Beritahu je aku. Tiada duit? Tak apa aku belanja semua. Tiada baju nak bawa? Tak apa, aku boleh pinjamkan juga. Mama papa kau tak bagi? Tak apa, aku boleh jumpa."

Aku membuntangkan mata. Hajar minta izin dengan papa aku? Gila!

"Jangan Hajar. Jangan sesekali minta izin kat papa aku. Jangan." bergetar nada aku. Takut.

Hajar hairan. 

"Okey, okey aku tak akan minta izin papa kau."

Aku hembus nafas. Macam-macam boleh jadi kalau sesiapa minta izin kat papa. Mama pernah cuba memujuk dan sudah pastilah tidak berjaya. Aku memang tahu. 

"Tapi kau tetap pergi ea?" soal Hajar lagi.

"Jom lah, jom lah." 

Tak habis-habis Hajar memujuk aku. Aku mengalah. Mungkin aku boleh cuba untuk tahun ni. 

"Nanti aku tanya papa aku." 

"Yeay!" Hajar menjerit menyebabkan satu kelas memandang ke arah kami. Terus aku menutup muka.

Tiba-tiba ada orang mengetuk meja aku. Aku dan Hajar menoleh.

"Wei, Ariana minta tolong hantar surat-surat kebenaran ni kat kaunseling." arah Thalia, ketua kelas aku.

"Eh, kenapa pula hari ni? Bukan last esok ke?" 

"Cikgu Maryam tersalah tarikh. Pergilah cepat." Thalia menggesa. 

Aku mengecilkan mata. Dikira membuli ke ni? Bukan aku tak tahu yang Thalia and the gang memang tak suka aku. Dia orang suka buat lawak hambar pasal aku dalam kelas. Aku malas nak layan. Makin dilayan makin menjadi-jadi pula nanti. 

"Kenapa pula kau suruh Ariana? Kau boleh pergi sendiri kan?" Hajar menjerkah.

"Suka hati aku lah nak suruh siapa. Aku ketua kelas." Thalia meletakkan surat-surat tu di atas meja aku lalu tersu pergi. Geng Thalia gelak melihat aku. 

"Ya Allah, panasnya aku. Suka hati je suruh kau. Jangan pergi Ariaa, biar aku marah dia." 

Baru sahaja Hajar ingin bangun, aku merentap lengannya. "Tak apa lah Hajar. Aku dah biasa." 

"Kau ni pun jangan baik sangat wei. Jangan bagi muka! Takut dia orang buat macam-macam kat kau."

Aku gelak. Garang sungguh Hajar.

"Tak apa. Aku pergi dulu. Ni kan tengah rehat 15 minit, kau tidurlah. Kau kan suka tidur." aku mengambil surat tu lalu bangun. 

Hajar menjeling mata ke atas kemudian memegang lengan aku. "Alang-alang tu kau tanyalah Cikgu Qash dia dah kahwin belum. Tak ditanya memang sampai kiamat kita tak tahu."

Aku menepuk dahi. Aku hampir pasal tu siap tanya Hajar malam tadi. Boleh pula Hajar lebih pentingkan benda tu. Aku malas dah nak ambil tahu sebenarnya. Cukuplah aku anggap dia cikgu. Lagi pun tahun terakhir ni, memang aku tak akan jumpa dia lagi lepas ni.

Aku turun tangga dan melangkah menghala ke blok kaunseling. Aku mula berfikir. Kenapa Thalia tak nak pergi? Bukan ke dia pun tergila-gilakan Cikgu Qash? Sabar Ariana. Sikit lagi nak SPM. 

Sudah sampai di depan pintu, aku pandang jam tangan aku. Sebelum ni aku ke sini dalam waktu macam ni, dia baru habis solat. Solat dhuha agaknya. Berkira-kira nak ketuk ataupun tidak. Ataupun aku terus terjah je. Kalau aku ketuk, takut ganggu dia solat. Kalau aku terjah, takut dia terkejut. Aku menggaru kepala. 

Halal lah aku terjah. Kalau dia terkejut, bukan salah aku. 

Tangan baru sahaja ingin memulas tombol pintu, ada orang menolak pintu dari dalam dengan kuat hingga dahi aku terhantuk dengan pintu.

"Aduh!" aku terduduk. Surat-surat tadi jatuh ke bawah. Aku memegang dahi aku.

"Oh my gosh Ariana!" 

Suara garaunya yang cemas memasuki gegendang telinga aku. Tiada masa nak berdebar sekarang ni Ariana. Sekarang ni masalahnya dahi aku. Aku menutup mata sambil memegang dahi aku. Sakit. Kenapa dia buka pintu kasar sangat? Dia kejar apa?

"Ariana, are you okay? I am so sorry!"

Aku tidak menjawab. Masih sibuk memegang dahi aku. Nak nangis pun ada. Mesti ada benjol. 

"Sorry Ariana. Saya langsung tak perasan, saya langsung tak tahu Ariana ada dekat depan pintu ni."

Aku membuka mata sedikit tapi tidak memandangnya. Ah, dia melutut depan aku. Bau cologne kepunyaan Cikgu Qash memasuki hidung aku. 

"Saya tak kisah Ariana nak marah saya ataupun tak. But please, can you open your eyes and look at me. Saya nak tengok Ariana okey atau tak."

Kenapa waktu macam ni dia cakap macam tu?! Lambat-lambat aku mendongak memandang matanya. Membulat mata aku. Kenapa mata dia berair macam nak nangis?

"Excuse me."  Cikgu Qash mendekatkan mukanya dengan dahi aku. 

Aku memegang kuat baju sekolah aku. Deruan nafasnya kena pada kulit muka aku. Bibirnya beberapa inci sahaja dengan mata aku. Jantung aku berdegup kencang. 

"Nasib baik tak merah. I'm so sorry."

Cikgu Qash menjarakkan mukanya pada dahi aku lalu menunduk. 

Zap! Mata kami bersabung. Satu detik, dua detik, tiga detik. Aku tersedar. Pipi terasa membahang. Lantas aku mengambil surat-surat di depan aku lalu terus menghulurkan ke dadanya.

"Aaaaa ni... ni surat kebenaran untuk.. untuk ke Langkawi. Ni.... n.. ni semua ke.. kelas... saya punya. Saya pergi dulu!" 

Pantas aku bangun dan pergi. Aku tidak berpaling. Aku melajukan langkah aku. Dahi aku sekarang dah tak sakit. Jantung aku sekarang ni yang sakit sebab berdebar laju sangat. Dia dekat. Dia sangat dekat dengan aku. 

Dalam otak aku, aku dah hentak muka aku banyak kali kat dinding. 

Dah macam mana lepas solat nanti aku nak bersemuka dengan dia?!

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now