BAB 27

2.1K 141 9
                                    

Aku mengintai Qash sekejap yang berada di bilik kerjanya. Hanya nampak susuk tubuh belakangnya sahaja kerana mejanya menghadap tingkap.

Dia tengah buat kerja agaknya. Lagi pun esok dia kena datang kerja. Maklumlah kerja cikgu.

Aku masuk semula ke dalam bilik tidur. Ada lagi barang aku yang belum dikemas. Aku mendekati dan membuka bagasi aku semula. Baju-baju dikeluarkan.

Ada yang digantung dan ada yang dilipat.

Aku tolak pintu almari ke tepi. Ada banyak baju-baju kemeja Qash. Aku terpana sekejap. Tak sangka Qash susun mengikut warnanya. Daripada gelab hingga ke terang. Terbayang wajah Qash yang berfikir untuk susun ikut warna. Aku gelak perlahan. Aku sentuh perlahan susunan bajunya. Bau Qash melekat di baju tu. Tak tahu hidung aku rosak atau memang aku dah tahu bau Qash macam mana.

Fikir tentang dirinya untuk kerja esok, aku nak sediakan pakaian untuknya.

Aku memilih baju kemeja berwarna merun. Beberapa seluar slack yang dilipat di bawah baju, aku ambil sepasang seluarnya. Baju dan seluarnya tadi aku letakkan di atas katil. Nak gosok bajunya.

Sekarang aku ingin memilih tali lehernya. Aku menggaru kepala. Orang cakap pilih warna kemeja dengan tali leher, sama macam perempuan pilih baju dengan tudung.

Tapi sekarang mana tali leher Qash banyak-banyak?

Aku menjinjit sedikit. Mata tertangkap dengan beberapa tali leher yang dilipat di atas baju kemeja. Kalau warna merun okey ke dengan warna hitam? Aku tak reti sangat.

Tangan dipanjangkan untuk mengambil tali leher warna hitam. Sampai juga. Aku terfikir lagi. Macam mana cara nak pakai tali leher? Tiba-tiba teringin nak pakaikan untuk Qash. Bukan ke itu kerja isteri?

Tali leher aku bawa ke cermin panjang. Aku sarung di leher aku. Cuba untuk latih diri aku sendiri.

Masuk sini, masuk situ, keluarkan.

Aku sengetkan kepala memandang pantulan di cermin. Kenapa tak jadi? Kenapa aku tengok orang lain pakai senang je? Lagi-lagi Rayyan. Selalu juga aku tengok dia pakai depan mata aku. Senang je aku tengok. Sampai aku nak cuba je terus tak jadi.

Telinga mendengar gelak halus di belakang aku. Aku berpaling. Qash dengan gelaknya sambil bersandar di daun pintu. Dia menegakkan badan dan mendekati aku.

Erk. Qash nampak ke apa aku buat tadi?

"Apa sayang buat ni?" Soal Qash masih dengan gelaknya. Dia membawa rambut aku ke belakang telinga aku.

"Ariana nak tahu cara pakai tali leher." Jawab aku.

Kepala Qash menoleh pula ke arah katil kemudian memandang aku semula.

"Ariana sediakan baju untuk abang esok ke?"

Perlahan aku mengangguk. Qash menguntum senyum.

"Instead using this tie, let's use the other one."

Kening aku terangkat. Qash mengeluarkan tali leher itu daripada kepala aku. Dia mendekati almari. Tangan dipanjangkan mengambil sesuatu di bahagian banyak-banyak tali leher tadi.

Beberapa saat kemudian, dia mengeluarkan kotak kecil lalu mendekati aku semula.

Mata aku terbuntang. Aku memegang kotak itu.

"Abang simpan?"

Qash mengangguk.

"Tapi bukan ke Ariana dah buang dalam tong sampah?"

Aku ingat sangat hadiah tu. Hari terakhir SPM. Hadiah yang tak sampai ke tangan Qash. Sebab hati aku sedih sangat-sangat. Dimana aku mencuri-curi dengar yang Qash nak kahwin. Tak sangka orang yang Qash nak kahwin itu adalah aku sendiri.

Sekarang, aku berada di depan mata Qash yang sudah bergelar suami.

"Abang nampak Ariana tapi abang tak sempat nak kejar. Ternampak hadiah ni kat tong sampah, aaahhhh abang menyesal."

Aku tak tahu nak rasa apa. Aku tak sangka. Aku hampir sahaja terlupa. Tak sangka Qash kutip dan dia tahu.

Qash membuka kotak kecil itu dan mengeluarkan tali leher.

Tali leher yang aku beli sendiri. Aku tak tahu citarasa Qash macam mana. Aku memilih tali leher berwarna hitam dan bercorak abstrak.

"Abang tak tahu apa yang Ariana dengar. Salah abang juga tak kejar Ariana."

Qash menyangkut tali leher itu di leher aku. Aku tidak fokus dengan cara pakainya tapi mata aku hanya memandang Qash.

"3 months I'm waiting to meet you again. You stand there and I just watching you. Because I afraid.'"

Mata Qash asyik memandang tali leher sambil tangannya lincah.

Qash manusia biasa. Juga ada perasaan takut.

"Abang takut Ariana benci abang. Jadi, abang tengok je. Tengok Ariana pergi macam tu, sekali lagi abang menyesal lagi. Stupid me." Qash gelakkan dirinya.

"Hadiah ni abang suka sangat. Abang simpan dan baru sekarang buka. Sebab abang selalu ingatkan diri abang yang abang nak buka depan Ariana."

Emosi aku bercampur-baur. Suka sedih semua ada. Aku salahkan diri aku juga suka buat kesimpulan sendiri. Stupid Ariana too.

Tangan aku naik mengusap rahang Qash. Tangan Qash terkaku. Dia memandang aku.

"Thank you." Ucap aku ikhlas. Aku tak tahu nak kata apa lagi.

Qash senyum. Dia menundukkan kepala mendekatkan wajahnya dengan wajah aku. Jantung aku berdegup kencang. Aku tengok bawah sekejap, tali leher sudah siap.

Qash memegang dagu aku. Satu inci lagi. Mata Qash turun memandang bibir aku sesaat kemudian memandang mata aku semula.

Wajahnya semakin dekat. Aku menutup mata.

Qash mendaratkan bibirnya perlahan di bibir aku. Jantung aku usah cakap. Kencang habis macam ribut taufan. Terasa tangannya diletakkan di belakang kepala aku.

Aku menolak badannya perlahan. Nafas diambil dan dihembus. Kami berlaga dahi.

Seperti tersedar, Qash menegakkan badannya. Aku terkejut sedikit.

"Aaa...abang minta maaf. Abang.."

Aku gelak perlahan. Dia gelabah sekejap. Muka Qash berona merah sama seperti aku. Aku dan Qash sama-sama malu.

Aku memegang kedua-dua belah pipi Qash. Aku beranikan diri. Aku mengucup sekejap hujung hidungnya.

"Tak perlu minta maaf. Ariana isteri abang. Abang boleh buat apa je abang nak."

"Ariana.."

"Ariana izinkan."

.....................................




Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now