BAB 35

2.2K 140 7
                                    

Jantung aku berdegup kencang.

Ini semua tak betulkan? Apa yang Qash beritahu aku tak betulkan? Aku nak tengok depan mata aku sendiri. Aku nak peluk badan mama. Aku nak cium pipi mama puas-puas. Aku tahu Rayyan dan Qash tipu. Lagi pun Rayyan kan suka main-main. Dia tak pernah serius.

Tak mungkin mama dah tiada.

Sekarang dalam perjalanan ke rumah papa. Qash beritahu aku je, terus aku nak balik. Aku tidak menangis. Aku macam.... Dah tiada perasaan. Dalam otak aku sekarang aku nak mama.

Qash genggam tangan aku dengan tangan sebelahnya. Dia juga diam memandu tak cakap apa-apa.

Hampir 1 jam, barulah sampai. Terus aku membuka tali pinggang dan keluar dari kereta. Aku sangat takut. Dari luar aku sudah nampak beberapa kereta parking berdejatan dengan rumah. Dari luar juga aku sudah nampak Danielle yang berbaju kurung.

Aku menapak ke dalam pagar. Danielle memandang ke arah aku, lantas dia menerpa. Dia memeluk tubuh aku kuat.

Serentak saudara-mara keluar daripada rumah. Masing-masing memandang sedih kepada aku. Uncle Khai dan Aunty Sofia berdiri di pintu utama juga memandang sedih.

"Takziah Ariana."

"Ariana kuat okey."

"Semoga mama Ariana ditempatkan dikalangan orang beriman."

Ada yang menggosok bahu aku sebelum pergi sehinggalah mereka hilang dari pandangan.

Tak, tak. Tak mungkin.

Rayyan pula yang muncul lalu dia memeluk aku dan Danielle. Aku menolak tubuh mereka berdua.

"Ariana nak cari mama." Kata aku lalu masuk ke rumah. Mereka memanggil nama aku.

Aku jalan melepasi papa dan aku abaikan. Anak tangga satu-persatu aku naik.

"Mama!" Aku panggil.

Diam.

Aku pergi pula ke bilik tidur mama. "Mama?"

Kosong. Mungkin mama ada kat bilik tidur aku. Mama cakap dia rindukan aku. Pintu bilik tidur aku ditolak. Masih sama. Cumanya nampak semakin bersih. Dan susuk tubuh mama tiada. Aku keluar dari bilik. Rayyan dan Danielle berdiri dekat dengan aku. Uncle Khai, Aunty Sofia dan juga papa berdiri di belakang mereka.

Mereka semua memandang aku.

"Kak Danielle, mama mana?" Soal aku.

Danielle menunduk. Tangisannya kedengaran. Aku berpaling pula memandang Rayyan.

"Mama mana Abang Rayyan?" Soal aku lagi.

Kepala Rayyan menggeleng perlahan.

"Semua.. Semua tipu kan.. Mama mesti ada. Mama sorok kat mana?"

"Cukup Ariana." Papa bersuara. Aku endahkan.

"Aunty Sof tahu? Ke mama kat dapur?" Aku bergerak pula ke dapur. Mana tahu mama tengah buat karipap untuk aku. Aku pernah cakap yang aku teringin sangat nak makan karipap air tangan mama. Dah lama sangat aku tak merasa.

Akhirnya kosong. Sunyi. Sepi.

Tiada langsung susuk tubuh mama. Tiada langsung suara mama yang menyebut nama aku. Tiada langsung suara mama yang menyahut aku.

"Ariana." Aunty Sofia memanggil.

"Mama mana Aunty Sof?"

Air mata Aunty Sofia mengalir. Danielle memegang tangan aku.

"Adik. Mama dah tiada. Mama dah dikebumikan. Mama-"

"Tak, tak! Tipu! Semua tipu!" Aku menjerit. Akhirnya air mata aku jatuh. Lama aku tahan dari menangis.

"Ariana tahu mama masih ada! Mama! Mama!" Kaki aku melangkah ingin mencari lagi. Namun terhenti tatkala papa berdiri menghalang aku.

Baru sahaja aku nak pergi, papa merentap tangan aku.

"Sudah Ariana! Mama dah tiada!"

Automatik aku terduduk. Aku nangis sepuas-puasnya. Dada aku naik turun. Air mata tak berhenti mengalir. Aku tak jumpa mama. Mama dah tiada. Aku tak boleh bayangkan mama dah tiada. Aku tak minta maaf kat mama lagi. Aku banyak salah. Aku banyak dosa.

Ini semua salah papa!

"Salah papa." Aku bersuara.

"Apa?" Papa memandang aku garang.

Aku bangun dan menghadapnya.

"Ini semua salah papa! Papa tka bagi Ariana jumpa mama! Ariana langsung tak dapat jumpa mama buat kali terakhir! Salah papa!"

Pang!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi aku. Tanpa berkata apa-apa, papa terus menarik aku dengan kasar. Perasaan sedih dan takut bercampur.

Mereka semua berkali-kali memanggil aku dan papa tapi tiada siapa yang tolong. Aku juga meraung.

Papa terus menolak badan aku masuk ke dalam bilik stor dengan kasar. Sungguh gelap. Dalam otak kepala aku sudah membayangkan benda-benda yang ingin menarik aku. Semakinn aku menangis dan meraung.

Tangan aku berkali-kali memulas tombol pintu. Aku mengetuk pula daun pintu beberapa kali. Jantung aku berdegup laju. Aku takut. Sangat takut. Tak sedar tangan aku darah lagi tatkala mengetuk daun pintu dengan tanganku.

Tiada siapa yang tolong. Mama sudah tiada. Mama tinggalkan aku. Qash..

"Abang..." Terbayang wajah Qash.

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar.

"Ariana." Terus Qash nemeluk tubuh aku. Aku menagis di dada bidangnya.

"Ariana takut.... Ariana takut..." Aku mencengkam bajunya kuat.

Qash merangkul tubuh aku dengan erat. "Shhh, abang ada. Abang ada kat sini dengan Ariana."

Tersedu-sedan aku menangis. Qash mencempung tubuh aku. Aku menekupkan muka aku dekat dengan dadanya.

"Everyone knows, but nobody helping her. You guys are not her family. Tiada sorang pun yang tolong Ariana. Kau orang lebih suka tengok Ariana terseksa. I don't care Dato' Jakeem that you are his father. Doing this to my wife...." Suara garau Qash yang serak memasuki gegendang telingaku. Dia tidak menghasbikan percakapannya.

"Jangan siapa-siapa dekat dengan Ariana lagi." Sambung Qash.

Aku tidak menoleh. Tidak juga memandang siapa pun. Tangisan aku masih tidak berhenti. Tangan aku juga masih mencengkam kuat baju Qash. Aku lebih selamat di tangan Qash. Aku lebih selamat bersama dengan Qash.

..........................

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now