BAB 33

2.2K 140 4
                                    

Baju Melayu dikemaskan di badannya. Aku butang bajunya satu-persatu manakala Qash menyikat rambutnya sendiri.

Pakaian aku dan Qash sama. Berwarna biru lembut. Qash mengenakan baju melayu biru lembut dan samping berwarna cream manakala aku berpakaian baju kurung pahang lace. Dikenakan pula dengan warna tudung yang sama.

Kak Qurratu yang pilihkan untuk aku. Pandai dia memilih.

Songkok hitamnya aku ambil dan diberikan kepadanya. Dari dalam bilik, dah dengar riuh-rendahnya suasana di luar.

Aku ingin melangkah, Qash memegang tangan aku. Dia memusingkan badannya sekejap dan menghadap aku semula. Matanya memandang aku dahulu sebelum bibirnya didaratkan di tangan aku.

Ada benda berkilau. Dia menyarungkan cincin di jari manis aku. Aku terpempan.

"Hadiah abang untuk sayang."

Aku membawa tangan aku dekat dengan muka aku. Memerhatikan cincin itu. Cincin bercorak mahkota dan ada manik kecil di sekelilingnya. Cantik.

Aku menurunkan tangan aku di sisi.

"Ala, tapi Ariana takde hadiah untuk abang."

Qash gelak kecil.

"Your existence is my present." Suara garaunya membuatkan jantung aku berdegup laju. Tangannya melekap di pipi aku, kemudian mengusap perlahan.

"Jom. Pelik mak nanti kita tak keluar-keluar bilik. Abang pun risau kita tak keluar bilik nanti."

Aku memukul bahunya. "Mengada."

Qash ketawa. Dia menggenggam tangan aku sebelum kami melangkah keluar ke bilik. Bertambah ramai dalam rumah mak.

"Mak, baru keluar ni ha pengantinnya."

Kak Qurratu yang baru sahaja nampak kami terus menjerit. Ramai-ramai memerhatikan aku dan Qash. Aku semakin menguatkan lagi genggaman di tangannya.

"Bahaya sungguh lama-lama dalam bilik." Mak muncul. Ramai-ramai gelak.

Pipi aku membahang dengan usikan mak tapi Qash lagak biasa sahaja. Seperti dah biasa dengan usikan maknya.

"Pengantin baru ni mak long, jangan dikacau." Hajar mencelah.

Aku menjegilkan mata ke arah Hajar. Hajar gelak.

"Ni nak makan dulu ke layan tetamu terus?" Soal mak.

Qash menoleh memandang aku. Oh, tunggu jawapan aku ke.

"Layan tetamu lah dulu."

"Alright, beres. Tetamu tak ramai sangat sekarang. Nanti dah siap, makan pastu sambung lagi."

"Baik mak." Qash menjawab.

"Dah besar dah anak bujang mak." Mak mengusap bahu Qash.

Aku di sisi menguntum senyum melihat dua beranak ini. Comel.

Qash menarik aku menghala ke luar rumah. Jantung aku semakin berdegup laju.

Tetamu yang berada di bawah kanopi rata-rata memerhatikan kami.

"It's okay. Abang ada. Kalau Ariana tak selesa, beritahu abang." Ibu jarinya mengusap tangan aku.

Aku mengangguk. Kami berjalan sama-sama ke arah kanopi. Tiada lagu dan DJ. Aman sikit kalau tetamu nak makan.

"Qash!" Kawan kecil Qash, Raudhah memanggil. Di sekelilingnya ada beberapa lelaki dan perempuan.

Qash membawa aku ke arah mereka. Qash salam sekejap dengan kawan-kawan lelakinya manakala aku salam dengan perempuan. Rupa-rupanya ini semua ialah kawan-kawan Qash sewaktu kecik dahulu. Ada juga yang sama-sama membesar sehingga ke alam universiti. Bukan main Qash gelak bersama mereka. Aku? Diam sahaja sambil telinga mendengar. Kepala angguk dan geleng sahaja apabila menjawab.

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now