BAB 15

2K 129 8
                                    

"You complete half of my deen. I love you Ariana." 

Dia di depanku dengan berpakaian baju melayu lengkap berwarna putih lembut. 

"Ariana." 

Dia menghulurkan tangannya. Suara dia lembut sekali. Lambat-lambat aku menyambut. Aku tak nampak mukanya. Sikit lagi tangan aku menadarat pada tapak tangannya, penglihatan aku semakin kabur. 

"Ariana."

"Ariana." 

Ada suara lain memanggil. 

"Ariana Iris."

Aku mencelikkan mata perlahan. Terpampang muka Cikgu Qash dihadapan aku. Hajar disebelah. Aku menghembus nafas. Ah, aku bermimpi rupanya. Aku memicit dahi aku. Tak sedar sangat aku lepas keluar dari feri aku sambung tidur pula di bas, dalam perjalanan ke Malibest Resort. Tahue-tahu je dah sampai. 

"Kita dah sampai." Suara garau Cikgu Qash memasuki gegendang telingaku.

Aku melilau sekeliling. Hampir semua dah keluar dari bas. Aku pun bangun, Hajar menolong aku.

"Hajar, awak keluar dulu minta tolong gantikan tugas Ariana. Untuk kunci bilik, Cikgu Zack dan Cikgu Aini uruskan. Awak boleh tanya dia dan minta tolong Iman sekali."

Laju sahaja Cikgu Qash bertutur. Aku tercengang berdiri antara mereka.

"Baik cikgu." Hajar terus bersetuju. Sempat dia melambai ke arah aku. 

Aku mengeluh. Patutnya itu tugas aku. Kesian Hajar.

"Ariana sakit. Sampai bilik, tolong makan ubat lagi dan rehat. Seeloknya Ariana tak perlu buat apa-apa hari ni."

Aku memproses satu-persatu ayat yang Cikgu Qash cakap. Dia bercakap, sambil mengambil beg aku. Bagasi di tangannya aku ambil. 

"Cikgu tak perlu risaukan pasal saya. Saya boleh jaga diri sendiri." 

Aku berjalan melepasinya. Murid lain sudah masuk ke pintu utama Malibest Resort. Tinggal aku dan Cikgu Qash sahaja berada di sebelah bas. 

"You are my responsibility Ariana." 

Aku berhenti. Terhenti langkah aku mendengar ayat itu. Jantung berdegup laju. Aku tidak berpaling. Jangan terpedaya. Maksud Cikgu Qash adalah sebabnya kau murid dan dia cikgu. Tidak lebih.

"Jadi, bagi saya tolong Ariana." Cikgu Qash berdiri sebelah aku.  

Aku memegang kuat beg aku. 

"Tell me what's wrong? Kenapa Ariana tak bagi saya tolong Ariana?"

Aku menggigit bibir. Tahan. Tahan. Tahan. Kaki aku kaku tak nak bergerak. Cikgu Qash masih memandang aku.

Argh!

"Sebab Cikgu Qash dah kahwin."

Finally, aku lepaskan juga. Aku luahkan juga. Perlahan aku berpaling. Reaksi Cikgu Qash selepas aku beritahu tu, aku tak jangka. Cikgu Qash tahan gelak. Dia mengatup mulutnya dan badannya menggigil.

Satu saat, dua saat, tiga saat. Akhirnya Cikgu Qash melepaskan tawa. Orang ramai yang lalu-lalang memandang kami. Aku berkerut. Aku beritahu, boleh pula dia gelak?????? 

Aku mendengus lalu membuka langkah. Cikgu Qash menarik hujung tote bag dibahu aku menyebabkan terjatuh. Kepala aku serentak berpaling ke arahnya.

"Petang kita terjumpa tu, Ariana ingat saya dah kahwin?" 

Aku mengangguk. Cikgu Qash ketawa kecil. Aku terbuai sekejap. Ini kali pertama aku nampak Cikgu Qash gelak macam ni. 

"Ariana, she is my sister."

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now