BAB 18

1.9K 132 10
                                    

Aku berdiri memandang ikan-ikan yang berada dalam akuarium sebesar alam. Tenang betul kau ikan. Untung sangat. Ramai kawan, tenang je berenang dalam akuarium ni.

 Mata aku melilau mencari Hajar. Terhenti pada susuk tubuh Hajar dan juga Iman. Mereka berdiri bersebelahan tapi tidak rapat. Aku senyum. Aku dah agak. Hajar dengan Iman mesti ada something punya. Aku tunggu je Hajar cerita kat aku.

Kepala aku menghadap hadapan semula. Serentak ada yang sengaja melanggar bahu aku sehingga buku kecil kegemaranku terjatuh. Aku pandang tepi. Thalia bersama gengnya gelak. Aku mengeluh perlahan.

Baru sahaja tangan ingin mengambil buku aku, ada tangan lain pula sudah memegang hujung buku aku. Aku menegakkan kepala. Cikgu Qash. Rasanya dah berapa kali Cikgu Qash tolong aku kutip barang jatuh. Memang orang anggap klise tapi benda ni boleh jadi realiti. 

Kami sama-sama bangun. Cikgu Qash menepuk perlahan menghilangkan kotor di buku itu. Kemudian dia menghulurkan kepada aku. Aku menyambutnya.

"Thank you." 

Cikgu Qash mengangguk. Aku ingatkan dia nak pergi tapi dia berdiri di sisi aku. Sama-sama lihat ikan dalam akuarium ini. Tidak bercakap apa-apa.

"Best ke jadi ikan?" 

Cikgu Qash memecahkan kesunyian. Aku menoleh sekilas. Terkejut sekejap dengan soalan dia sebenarnya. Itulah yang aku fikirkan tadi. 

"Best. Tak payah fikir dunia." Mudah sahaja aku menjawab.

Telinga menangkap gelak halus Cikgu Qash.

"That's true. But at the same time pity for these fish. They also need a freedom."

Mendengar ayat Cikgu Qash membuatkan aku tersedar. Ada benarnya juga. 

"Same with our life Ariana. Freedom is being you. Do whatever you want."

Aku diam mendengar satu-persatu perkataan yang terpacul daripada mulut Cikgu Qash. Apa yang CIkgu Qash cakap tadi sangat berkait dengan hidup aku. 

Kebebasan.

Pernah ke aku bebas? Pernah ke aku buat apa yang aku nak? Pernah ke aku gembira apa yang aku buat?

Tidak. Semuanya adalah kehendak dan kemahuan papanya. Tidak rela, tapi aku akan dipaksa. Timbul aku dipaksa berkahwin dengan mana-mana lelaki jika aku tidak mendapat straight A.

Memikirkan perkara itu membuatkan aku sebak. Cepat-cepat aku berpaling muka dan mengesat air mata. Don't cry Ariana.

Aku cuba mengambil nafas dengan tenang.

"Are my words making you cry?"

Makin disoal, makin air mata aku nak keluar. Argh. Sudah pastilah ayat Cikgu Qash boleh buat aku menangis. Tiada siapa tahu kebenaran kisah hidup aku. Kalau Cikgu Qash tahu, apa yang dia boleh buat? Dia pun tidak boleh buat apa-apa.

"Nope. Masuk habuk." aku berdehem perlahan.

Cari topik lain cepat Ariana. Cari topik lain.

"Waktu macam ni pun sempat lagi Cikgu Qash berkaunseling dengan saya." Aku pura-pura ketawa. Tapi Cikgu Qash hanya diam memandang raut wajah aku. Alamak, tak menjadi ke?

Mukanya serius sahaja. Aku mengebilkan mata. Jantung aku berdegup laju.

1 saat, 2 saat, 3 saat. Cikgu Qash berpaling menghadap hadapan semula.

Diam sekali lagi.

"Remember Ariana. Freedom."

Cikgu Qash senyum memandang aku.

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now