BAB 7

1.9K 122 4
                                    

Aku menggeleng. Aku pun tak tahu sekarang ni siapa yang budak-budak sepatutnya. Aku duduk di anak tangga. Handbag kepunyaan Danielle dan kunci kereta aku letak rapat betul-betul disebelah aku. Walaupun di pantai sekarang ni masih ramai orang, tak boleh percaya sangat.

Mata aku memandang Danielle dan Rayyan yang berdekatan dengan gigi pantai. Ada kalanya mereka berselfie sama-sama. Aku bukan terasa disisihkan ya. Memang aku menolak. Aku lebih selesa lihat orang ramai begini. 

Mata terpaut dengan beberapa keluarga. Seronoknya lepak disini. Patutlah kakak dan abang aku beria mengajak aku ke sini. Lebih seronok lagi apabila menghadap senja petang. Angin yang sederhana kuat, mampu menenangkan aku.

Terasa haus, aku mengambil botol air mineral disebelahku.

Aku cuba untuk membukanya. Okey, tak boleh buka. Hmm. Aku cuba lagi memulas sepenuh tenaga aku. Masih sama, tak boleh buka.

Aku tengok tapak tangan kanan aku yang aku cuba buka botol ni tadi. Merah dah. Lembiknya aku.

Kepala ditegakkan semula. Nak minta tolong Rayyan, tapi jauh pula dia orang.

Baru sahaja aku ingin meletakkan botol itu semula di sebelahku, ada tangan lain yang mengambil perlahan. Tangan sasa tu betul-betul berada depan muka aku.

Aku terkejut. Takkan botol air pun nak curi kut. Pantas aku mendongak ke atas.

Semakin bertambah terkejut aku. Tak jadi nak marah empunya tangan ni tadi.

Dia gelak kecil sambil membuka penutup botol air tadi dengan mudah. Dia menghulurkan kepadaku.

"Cikgu Qash buat apa kat sini?" aku menyambut. Terus hilang dahaga aku.

Cikgu Qash senyum.

"Boleh saya duduk sebelah Ariana?"

Aku menggigit bibir. Lama sungguh aku tak dengar dia menyebut nama aku. Merdu je bila aku dengar.

Stop Ariana. Dia dah kahwin.

Aku berdehem perlahan dan mengangguk. Cikgu Qash menapak satu langkah turun anak tangga lalu duduk di sebelah aku. Kira-kira 1 meter jarak antara aku dan dia.

"Apa kata, Ariana minum air dulu. Tadi nampak payah nak buka." Cikgu Qash menjeling botol air mineral di tangan aku.

"Oh! Thank you!" Hampir tersasul aku berterima kasih kepadanya.

Kali pertama aku nampak Cikgu Qash berpakaian kasual begini. Biasanya berbaju kemeja apabila berada di sekolah. Sekarang dia seperti bukan cikgu sekolah. Baju t-shirt berkolar lengan pendek dan seluar slack hitam. Tidak lupa juga jam tangannya berjenama Tissot warna coklat. Cantik. 

Usai selesai, dia mengambil botol dari tangan aku lalu dia menutupnya. Dia meletakkannya di antara aku dan dia. Aku tergamam sebentar.

Kalau sunyi ni mesti dengar jantung aku berdegup kencang.

Waktu begini aku harap sangat Rayyan dan Danielle ke sini. Aku memang gembira nampak muka dia tapi dalam masa yang sama aku tak selesa. Lelaki orang ni. Berkira sama ada aku nak menyoal dia ataupun tidak. Kenapa sekarang ni dia tak bawa isteri dan anaknya?

"Ariana buat apa kat sini?" suara garaunya yang memasuki gegendang telinga aku, menyedarkan aku.

Aku tidak menoleh. Masih menghadap pantai sambil mata mencari Rayyan dan Danielle.

"Saja keluar lepak dengan abang kakak saya."

"Abang kakak Ariana?"

Aku mengangguk.

Ariana Iris | COMPLETEDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora