BAB 8

1.9K 128 2
                                    

"Ariana."

Aku menoleh ke arah Hajar.

"Kau okey?" soal Hajar. Pamer raut wajahnya yang kerisauan.

Aku senyum lalu mengangguk. Aku sambung melipat telekung. 

"Sehari ni kau banyak tenung, diam je. Rehat tadi pun kau tak makan. Memang selalu kau diam tapi diam kau lain macam hari ni." Hajar memegang bahu aku.

"Aku okey je Hajar. Jangan risau. Aku cuma tak cukup tidur." 

Aku bangun. Hajar mengikuti aku. 

"Tangan kau kenapa?" Hajar menyoal lagi.

Aku memandang kedua-dua tangan aku yang dibalut dengan bandage. Sebab semalam. Sebab aku kena kurung. Sebab papa. 

Semalam lama aku hentak pintu sampai berdarah tangan. Aku gelak dalam hati. Aku yang balut sendiri. Papa tak benarkan sesiapa langsung tolong aku. Aku tak berithau Danielle dan Rayyan. Aku tak nak mereka risau. Tak apa, aku memang dah biasa.

"Ariana." Hajar tiba-tiba memegang tangan aku.

"Bukan sehari dua aku kenal kau. Bukan sekali ni aku nampak tangan kau berbalut macam ni. Apa-apa yang terjadi, beritahu aku je okey? Kau kawan baik aku." Hajar memeluk tubuh aku.

Bergenang air mata aku. Dari pagi tangan aku berbalut, semua orang nampak. Semua orang tengokkan. Tapi semua buta. Sekarang ni baru Hajar tanya. Hajar yang selalu ambil berat dengan dirinya. Aku menjarakkan badan aku dari Hajar. Serta-merta aku boleh nampak muka Hajar. Hajar juga seperti nak nangis. Topeng Hajar dah tiada.

"Thank you Hajar. Kau memang kawan aku." aku senyum.

"Ni sikit je ni. Tiada apa-apa pun." sambung aku lagi.

"Tak apa. Aku tunggu bila-bila masa je kau ready untuk cerita. Aku tak paksa kau." Hajar memeluk lagi tubuh badan aku. Dah jadi drama dalam surau ni. Nasib baik sekarang ni tak ramai murid.

"Aku balik dulu. Apa-apa call aku."

Aku mengangguk. 

"Bye Ariana." Hajar melambai. Aku membalas lambaiannya.

Tambah seorang lagi yang aku percaya. Terima kasih Hajar. 

Aku menunduk memandang semula tangan aku. Setiap kali tangan aku balut macam ni, mesti Hajar akan tanya. Pelbagai alasan aku bagi. Alasan yang berbeza-beza. Cuma buat masa ni aku tak sedia lagi nak cerita kat Hajar apa yang berlaku. Belum masanya lagi.

Satu malam aku kena kurung dalam bilik tu. Aku juga memproses kata-kata daripada papa. Kalau tak dapat straight A, papa akan kahwinkan aku dengan mana-mana lelaki. Adakah ini dikira papa nak jual kau?

Aku menggeleng. Papa tak akan buat sampai macam tu sekali kan?

Azam tahun ni Ariana. Dapatkan straight A. Aku trauma dengan lelaki.

Aku melangkah sehingga blok bersebelahan surau. Aku menaiki tangga dan tekejut sebentar apabila aku sampai di depan pintu perpustakaan.

Tutup.

Aku mengeluh perlahan. Kenapa tutup hari ni? Teacher Sarah lepak lagi ke kat bilik kaunseling? Aku garu kepala aku yang dilitupi tudung. 

Patut tak aku study kat bilik kaunseling? Tapi tempoh hari aku baru je cakap kat Cikgu Qash yang aku tiada sebab nak study kat situ. Dia izinkan ke kalau aku tiba-tiba datang? Hati berkira-kira nak pergi ataupun tidak. 

Aku mengeluh lagi. 

"Ariana mengeluh apa?"

Ternaik bahu aku dek terkejut. Aku berpaling.

Ariana Iris | COMPLETEDحيث تعيش القصص. اكتشف الآن