BAB 9

1.9K 117 6
                                    

Aku menjeling sedikit ke arah Cikgu Qash. Kalau aku tanya Cikgu Qash soalan ni, tak apa ke? Tapi nampak dia macam sibuk. Muka pun berkerut. Aku hembus nafas sekali. Aku bulatkan soalan tu menandakan aku KIV dulu. Baru sahaja aku nak selak, terdengar bunyi kerusi terseret. Aku menoleh. Cikgu Qash sedang berjalan ke arah aku.

"Soalan mana yang tak faham?" dia menyoal lalu duduk di sofa bersebelahan dengan aku.

"Saya tak mengganggu cikgu ke?" aku menyoal dia semula. Terkejut juga tiba-tiba dia ke sini.

Cikgu Qash menggeleng sambil senyum.

Jangan cair Ariana. Jangan cair dengan senyuman dia.

Aku pun menolak sedikit buku latihan aku dekat dengannya. Aku beritahu soalan yang aku tak faham dan bahagian mana aku tak faham. Cikgu Qash diam mendengar apabila aku bercakap. Mata aku hanya memandang buku latihan aku. Tidak berani nak pandang matanya. Jantung sudah berdebar.

Setelah selesai, Cikgu Qash pula mengajar aku. Sangat mudah caranya dan mudah difahami. Macam dia dah tahu je apa yang aku tak faham.

Mata tertumpu dengan jari-jemarinya. Kuku yang bersih. Ada urat gah timbul. Yang peliknya, kenapa Cikgu Qash tak pakai cincin? Bukankah dia dah berkahwin?

Fokus Ariana, fokus! Jangan sibuk pasal jari orang.

Cikgu Qash bukan sahaja menolong aku menyelesaikan satu soalan. Tapi hampir semua. Tanpa sedar akhirnya selesai. Kali ni cepat sahaja aku menyelesaikannya disebabkan pertolongan Cikgu Qash. Jadi mudah. Serba-sedikit aku semakin faham.

Aku mula mengemas alat tulis dan buku latihan aku. Cikgu Qash masih tidak berganjak. Tiba-tiba dia membantu aku mengemas. Aku membiarkan sahaja.

"Tangan Ariana. Kenapa?" dia menyoal.

Terhenti tangan aku sekejap. Aku memandang ke arah dia.

"Emm, kena air panas semalam." tipu aku.

Cikgu Qash diam.

"Betul?"

Aku menggigit bibir. Aku terpaksa bohong.

Aku mengangguk perlahan. Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa bohong.

"Ariana. Kalau apa-apa jadi kat Ariana, tolong beritahu saya." tutur Cikgu Qash lembut. Dia merenung mata aku dalam.

"Kenapa?"

Cikgu Qash berkerut.

"Kenapa saya kena beritahu cikgu?" soal aku. Nampak kasar disitu tapi itulah kebenarannya. Kenapa aku kena beritahu dia? Dia tiada kena mengena. Dia tiada apa-apa. Dia hanyalah cikgu aku.

Cikgu Qash bangun.

"Maaf sebab saya cakap macam tu." Cikgu Qash melangkah ke mejanya. Nadanya seperti sedih.

Aku gelak dalam hati. Selama ni dia yang tolong aku boleh pula kau cakap macam tu Ariana. Kau memang tak kenang budi. Dia memang cikgu kau, tapi dia juga yang selalu tolong kau.

Sedar diri Ariana.

Usai mengemas, aku bangun. Aku mendekati dan berdiri di hadapan mejanya. Cikgu Qash tidak mendongak. Sibuk menghadap buku di hadapannya. Kalau aku cakap ayat tu kat siapa-siapa mestilah terasa. Kalau ada orang cakap macam tu kat aku pun, aku juga akan terasa.

Stop being childish.

"Saya minta maaf sebab saya cakap macam tu."

Diam. Lambat-lambat dia mendongak. Mukanya beku. Tanpa senyuman.

"Terima kasih juga untuk hari ni Cikgu Qash. Saya balik dulu."

Dia mengangguk sekali dan menundukkan kepalanya semula. Aku mengetap bibir. Tengok dia terasa begitu, hati aku pula yang sakit.

Ariana Iris | COMPLETEDWhere stories live. Discover now