Bab 29

99 3 2
                                    

Seandainya dapat ku selam, sambil mentafsir tasik hatiku...

Seminggu sebelum majlis berlangsung, rumah besar Dr. Zawawi dan Syarifah Mazidah sudah bergemerlapan dengan sinar cahaya ceria lampu-lampu neon. Mahligai indah itu seperti sedang menantikan orang baru yang bakal menyerikan lagi kehidupan penghuni yang sedia ada. Segala persediaan sudah diatur rapi oleh pihak Syarifah Mazidah. Syarifah Mazidah sudah berpakat dengan adiknya, Syarifah Aziah yang juga bakal besannya dalam mengedalikan majlis bermakna anak-anak mereka itu. Anak-anak buah dan adik-beradik yang lain turut membantu.

    Aqilah pada mulanya enggan menerima sebarang hantaran dari pihak lelaki. Dia tidak mahu dulang-dulang hantaran menjadi perhiasan di kamarnya sehinggakan Syarifah Aziah Mazidah naik angin dengan sikap anak gadisnya itu.

    Namun, setelah dipujuk beberapa kelai oleh Syarifah Aziah, Aqilah akhirnya akur bersyarat. Pihak lelaki hanya dibenarkan membawa tiga dulang hantaran iaitu cincin dan mas kahwin, sebuah Al-quran dan sirih junjung sebagai adat bagi memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak. Balasanya pula haruslah lebih kepada manisan yang dihadkan sebanyak lima dulang sahaja. Dia tidak mahu tetamu yang datang menilai majlis mereka dengan hantaran yang berdulang-dulang.

    Untuk perhiasan bilik pengantin pula, Aqilah menyerahkan tugas itu sepenuhnya kepada Syarifah Aziah, Syarifah Aziah memilih cadar berwarna putih gading yang digandingkan dengan warna merah jambu. Katil jati bertiang empat itu diserikan pula dengan kelambu yang diperbuat dari kain net warna senada. Ringkas, namun tetap tampak menarik. Aqilah ternyata menggemari  citarasa ibu saudaranya itu. Hiasan di dalam bilik itu baginya tidak ketertaluan dan sedap mata memandang.

*****

P

uan Yasmin sibuk menguruskan persiapan hantaran bagi pihak lelaki. Turut sama Aya Maisara, anak keduanya yang sibuk membetulkan bunga pahar. Sementara Afiq pula hanya duduk memerhatikan ibu dan kakaknya membuat persiapan. Si bongsu, Alif Ehsan sibuk merakamkan suasana itu dengan video kamera di tangannya.

    "Abang Fiq, kakak ipar Alif tu comel  tak?" tanya Alif Ehsan sambil memerhatikan wajah abangnya itu dari video kamera yang dipegangnya.

    "Mestilah! Yang pasti, lebih comel dari awek Alif!" balas Afiq sengaja mengusik adiknya itu.

    "Ceh! Yalah itu!"

    "Oh... Maknanya, dah ada aweklah adik angah ni ya?" Aya Maisarah pula menyampuk.

    "Hisy... Mana ada! Alif kan student yang berdedikasi?" nafi Alif kelam-kabut.

    "Fiq, macam mana dengan Qilah? Okey? Macam mana Qilah layan Fiq?" tanya Puan Yasmin.

    "Qilah okey. Dia baik!" komen Afiq pendek. Hakikatnya, hanya dia yang tahu. Entah mengapa mereka ditakdirkan untuk bersatu.

    Perbualan mereka diganggu oleh deringan telefon bimbit Afiq. Afiq melihat nama pemanggilnya.

~soulm@te~

    Argh! Mengapa nama itu tidak dibuang sahaja? Apa gunanya lagi? Memikirkan betapa tegarnya wanita itu menduakan cintanya membuat dia sakit hati.

    "Ibu, Fiq keluar sekejap." Afiq lantas bangkit meninggalkan tempat itu untuk menjawab panggilan tersebut. Bukan mudah mahu melayan panggilan wanita lain di hadapan ibunya. Banyak pula soalnya nanti.

    "Kirim salam pada Aqilah, ya?" pekik Puan Yasmin yang menayangkakan Aqilah menghubungi. Tidak sampai hati mahu memberitahu perkara sebenar. Aqilah tidak pernah dan tidak mungkin akan menelefonnya.

    Afiq bergerak ke beranda. Memjawab panggilan telefon yang tidak henti-henti berlagu.

    "Helo..." mendatar suara Afiq.

    "Hello, dear! How are you?" berkumandang suara Rasya di corong telefon.

    Afiq menarik nafas panjang. Sesungguhnya dia begitu merindui suara itu, namun lunak suara itu jugalah yang telah mengecewakan perasaannya. Dia benar-benar hampa dengan sikap Rasya. Curang dalam percintaan!

    "Kalau setakat nak tanya khabar I, bukan I orangnya. Dah tak ada apa-apa lagi yang tinggal antara kita, Sya," balas Afiq.

    "Fiq... You bencikan I kan? I tahu..."

    "I bencikan orang yang sering mempermainkan perasaan seorang lelaki macam I dan tunang you tu, you buat I macam orang bodoh, Sya. Selama ni, I tak sangka yang i bercinta dengan tunang orang! Rupa-rupanya I orang yang ketiga tanpa sedar. Kenapa you tergamak buat macam ni pada I?"

    Rasya terdiam. Dalam diam dia mengakui yang dia mencintai Afiq, tetapi dia sudah terlajak memilih. Dia telah terlebih awal menyerahkan hatinya kepada Amer Munawer untuk diikat.

    "Fiq... I tetap sayangkan you." hanya itu yang mampu diperkatakan oleh Rasya.

    "Sya... Apa agaknya yang ada dalam kepala you tu, ya? I ni siapa... dan tunang you tu siapa pulak? Kalau I ni you sayang dan cinta, tunang you tu apa pulak?" marah Afiq. Hatinya sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan oleh seseorang wanita yang selama ini dipuja dan disanjungnya.

    "Fiq... I love you like crazy!"

    "... dan I tak mahu jadi gila macam you, Sya!" balas Afiq tegas. "We must stop here! Mulai hari ini, I akan buang semua kenangan kita yang lepas. Anggaplah tak ada apa berlaku antara kita dulu. Bye!" Afiq serta-merta memutuskan talian. Telefon bimbitnya dimatikan terus agar wanita itu tidak lagi menghubunginya.

******

Rasya menangis teresak-esak dalam kamarnya yang siap dihias indah dengan warna keemasan. Dia telah kehilangan lelaki yang disayangi buat pertama kali. Dan lelaki itu sudah bertekad untuk menerima Aqilah sebagai isteri. Runtunnya hati! Memang salahnya, membiarkan masa berlalu tanpa berusaha melakukan apa-apa. Sesungguhnya, perasaan pada Amer Munawer sudah tawar, setawar air tasik, namun digagahkan juga dirinya menerima Amer kerana sudah terikat dengan perjanjian sebelum dia berlepas ke Amerika dahulu. Sebelum ke luar negara, memang dia mencintai Amer sepenuh hati. Setelah bertemu dengan Afiq, hatinya tiba-tiba beralih arah. Dia mula terpesona dengan karisma Afiq. Afiq melayaninya dengan sepenuh hati. Dengan Afiq, dia boleh sering bermanja.

    Rasya mula membandingkan kedua-dua lelaki itu. Suatu ketika dahulu, dia berusaha merebut kasih seorang abang dari pada adiknya sendiri dengan mengikat kasih Amer padanya. Dendamnya pada Aqilah terasa sudah berbalas. Aqilah punca dia tidak mendapat kasih seorang abang. Aqilah jugalah punca kematian Abang Hazeem! Jadi, dia mula mengumpan Amer dengan cintanya dan tidak sangka, cintanya bersambut. Pertunangannya dan Amer Munawer merupakan detik yang paling menggembirakannya kerana secara rasminya dia berjaya merampas kasih Amer daripada Aqilah. Aqikah baginya, tidak layak disayangi. Tetapi hari ini nampaknya dia pula yang bakal menangisi takdir yang nyata tidak berpihak padanya. Aqilah telah berjaya merampas kasih lelaki yang amat dicintainya!

To be continued...

******

Moral : selalu lah berbuat baik kepada orang lain kerana orang akan hormat kita & janganlah sesekali berbuat jahat kerana setiap perbuatan kita pasti ada balasan tidak cepat, tidak lambat.





   











   

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 21, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now