Bab 4

117 46 23
                                    

"Rasya! Aku tak sangka macam ni sebenarnya perangai kau! Tak seindah seperti mama dan papa aku agungkan tu. Kau pengkhianat! Kau buat semua ni demi meraih perhatian Syam kan? Jawab Rasya, jawab! Aku tak mahu diamkan diri sebab kau yang aku kenal sebelum ni cukup. Pandai berkata-kata. Sehinggakan Syam pun terpedaya dengan kata-kata kau tu!" Nurul Aqilah jarang meninggikan suaranya. Tetapi hari ni, tahap kesabarannya sudah rapuh benar gara-gara fitnah yang dilemparkan oleh rakan-rakan sekeliling. Semuanya berpunca daripada Rasya!

"Apa yang tidak kena, Qilah? Aku tak buat apa-apa pun." bergetar suara Rasya memyoal balas. Takut juga melihat amarah sepupunya begitu. Sejak kecil mereka bersekolah sana, tidak pernah dia dimarahi sedemikian rupa. Apatah lagi depan rakan-rakannya yang lain. Aqilah yang dikenali sebagai gadis periang itu kini sedang memuntahkan lahar kemarahannya.

"Apa lagi kau tak puas hati sangat dengan aku ni, Rasya? Apa lagi? Sepatutnya aku yang cemburukan kau! Otak aku tak sebijak otak kau! Periksa aku pun lulus cukup-cukup makan aje. Itu pun, itu pun, entahlah apa kuasa kau sampai mama aku nak sangat aku sekolah dengan kau walaupun aku tak setuju langsung dengan cadangan itu. Tak masuk akal langsung! Terpaksalah papa aku menebalkan muka jumpa tuan pengetua supaya aku diterima masuk ke sekolah yang sebenarnya tak mengiktiraf tahap pencapaian aku.

"Aku tak fahamlah apa yang mana dan papa aku fanatik sangat dengan kau, Rasya. Kau dapat segala apa yang aku patut dapat sebagai anak kandung mereka. Sejak kecil aku dah makan hati sebab cemburukan kasih sayang yang papa dan mama aku lebihkan untuk kau! Aku dapat hidup dalam erti kata hidup yang sebenar bila aku tinggal di asrama. Tapi, kenapa tu pun kau tak puas hati, Rasya? Aku tak pernah ganggu hidup kau selama ni. Jadi, kenapa kau perlu rasa tercabar?" serang Aqilah tidak henti-henti dengan wajah yang merah padam menahan amarah di hati. Suzila dan Syahidah, teman baiknya setia berdiri di sebelah.

Rasya terkebil-kebil memandang Aqilah.

"Kau jauh lebih cantik daripada aku, Rasya. Kalau kau memusuhi aku sebab Hisyam menaruh hati pada aku, itu bukan salah aku. Kau patut lepaskan amarah kau pada Hisyam kerana tak pilih kau! Mesti kau rasa puas kan, sebab dah berjaya menyebarkan fitnah tentang aku. Sukalah kau!" Aqilah menyambung sambil tersenyum sinis. Hatinya benar-benar terhiris. Hisyam yang baru cuba menghampirinya mula menjauhkan diri kerana fitnah yang tersebar luas. Tergamak kau Rasya memperlakukan begitu.

"Rasya tak buat semua tu, Qilah." Rasya menafikan sambil cuba mengelak daripada terpaksa bertentangan mata dengan sepupunya itu.

"Aku ingat... Dengan hubungan darah yang ada antara kita ni dapat menguatkan lagi persahabatan kita, Rasya. Tapi rupa-rupanya aku silap. Tak apalah... Mungkin sah nasib aku. Ambillah Hisyam yang kau nak sangat tu. Mungkin dengan cara ni, baru kau akan rasa puas. Lepas ni, jangan kau merungut pulak dengan papa dan mama aku dengan layanan yang aku berikan pada kau." Aqilah ternyata benar-benar kecewa dengan sikap Rasya. Masih mahu menafikan segala yang dilakukan sekalipun bukti sudah terang dan nyata.

Sejak peristiwa itu, Aqilah sering mengelak apabila namanya dikaitkan dengan Rasya. Baginya, Rasya tak pernah wujud.

Rasya pulaj ditabalkan sebagai pasangan merpati dua sejoli bila digandingkan dengam Hisyam selepas peristiwa itu. Mereka hangat bercinta, walhal peperiksaan SPM ketika itu semakin hampir. Sebaik keputusan diumumkan nama Rasya memuncak sebagai pelajar terbaik.

Prestasi Aqilah pula masih boleh dibanggakan kerana perubahan yang mendadak dalam keputusan akademiknya. Keputusan yang diperolehi jauh lebih baik daripada sebelum ini. Sebelum ini, dialah ratu tercorot dalam kedudukan peperiksaan kelas.

Tawaran ke luar negara untuk Rasya datang mencurah-curah. Peliknya, mama dan papa Aqilahlah orang yang paling gembira. Melebihi rasa bangga mama dan papa Rasya sendiri. Hairan...

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now