Bab 13

75 33 19
                                    

Aqilah menuju ke bilik persalinan. Sudah dua hari mereka berlatih di Istana Budaya untuk menjayakan teater yang julung-julung kalinya diadakan di fakulti pengajian mereka di belakang pentas ketika melalui tempat tersebut, ternampak olehnya kelibat seseorang yang amat dikenali

    'Eh, Kay ke tu? Hati Aqilah berbisik sendiri. Dia meninjau-ninjau di belakang pentas tersebut.

    Memang sah Kay! Bersamanya, seorang junior dari fakulti mereka juga. Gadis yang pernah Kay suarakan padanya dahulu. Farah Hani namanya. Dia nampak jemari mereka bertautan dan kelihatan begitu mesra tanpa menghiraukan orang lain yang melihatnya. Kay nampak begitu teruja dengan kehadiran gadis cantik di sebelahnya itu.

    Aqilah mengurutu. 'Dasar lelaki gatal!' gumamnya menyesalnya dia kerana termakan segala bicara manis lelaki itu selama ini.

    Aqilah sengaja masuk ke belakang pentas itu. Sengaja melihat sendiri reaksi Kay. Dia langsung tidak menegur Kay, sebaliknya dia menghampiri sekumpulan teman-temannya yang duduk berhampiran situ. Dari hujung matanya, dia dapat menangkap wajah gelabah Kay. Kay dilihatnya cepat-cepat melepaskan tangannya dari genggaman gadis cantik itu.

    "Hai, sayang! Lambat sampaj harini?" tegur Kay yang entah bila sudah bangun menyertai Aqilah di situ. Lelaki itu duduk rapat di sampingnya tanpa rasa bersalah. Aqilah langsung tidak memperdulikan kay. Hatinya sakit bila melihat kemesraan Kay bersama gadis itu tadi. Tetapi,  apa perlunya dia merajuk dan menjeruk hati, sedangkan Kay bukanlah kekasihnya pun! Tidak pernah ada sebarang pengisytiharan yang mereka berdua bercinta. Hatinya mungkin telah dipermainkan oleh Kay yang selama ini menambat hati perempuannya.

    Sebaik tamat latihan teater hari itu, Aqilah cepat-cepat menyiapkan diri. Dia beredar tanpa menunggu Kay seperti selalu. Biasanya selepas latihan, mereka akan ke kedai mamak untuk minum terlebih dahulu sebelum masing-masing bersurai pulang ke rumah.

    Dalam kelam-kabut melarikan diri daripada Kay, akhirnya dia terperangkap sendiri. Rupa-rupanya awal-awal lagi Kay sudah menunggu di pintu keluar.

    "Qilah, jomlah minum dulu kat port biasa," ajak Kay dengan senyuman manisnya.

    "Dah lewat ni! Aku nak balik terus," jawab Aqilah.

     "Qilah, kenapa ni?" Kay bagai dapat mengagak sesuatu yang tidak kena. Dalam latihan tadi juga, tingkah Aqilah agaj berbeza dari selalu. Gadis itu nampak kaku dan beberapa kali ditegur oleh pengarah. Pasti ada sesuatu yang menggangu fikiran Aqilah.

    "Kau nampak macam tak selesa aje? Ada masalah ke?" teka Kay.

    Ah... Bila Kay mempamerkan sikapnya yang mengambil berat sebegini, hatinya menjadi lemah.

    "Tak ada apa-apalah! Cuma penat sikit." Aqilah beralasan, tidak mahu lelaki di hadapanya mengesyaki apa-apa.

    "pementasan lagi dua hari. Tak elok kau terus macam ni. Susah payah kita sampai ke tahap ni, Qilah. Tahun akhir pulak tu! Aku tak nak tengok muka heroin aku ni poyo aje macam pementasan nanti. Antara ramai-ramai heroin, dengan kaulah aku rasa paling serasi, paling ngam dan paling... Sayang..." perkataan 'sayang' di dalam hujung ayat lelaki itu hampir tidak kendengaran di telinga Aqilah.

    'Hmm... Buatlah lagi hati aku jadi susah nak lupakan kau, Kay. Aku takut suatu hari nanti, bila kau tinggalkan aku.. Aku akan jadi orang paling sakit untuk buang semua kenangan ini,' desis hati Aqilah sendiri.

    "Ni siapa poyo? Aku ke kau?" tempelak Aqilah tiba-tiba diiringi ketawanya. Kay yang turut ketawa walaupun dengan wajah yang sedikit kesal.

    "Tengok tu, orang serius dia boleh main-main pulak!" tegur Kay Agak hampa. Aqilah bagaikan tidak memahami hasrat hatinya. Menganggap apa yang dibicarakan sekadar gurauan.

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now