Bab 28

87 9 13
                                    

Biarpun hari berganti hari, kau tetap ku nanti...

Afiq sudah mula resah gelisah bila jam tangannya menunjukkan pukul 3.00 petang. Dia berhajat mahu ke UITM, mencari Nurul Aqilah di sana.

"Sherry, tolong batalkan semua temu janji I sebelah petang. Saya nak keluar ni dan mungkin takkan balik semula ke ofis." pesan Afiq pada setiausahanya.

Sherry mengangguk sambil mencatat sesuatu di atas kertas.

"Okey, err... tapi macam mana temu janji dengan Datuk Ismail tu?"

"Pun sama. I dah batalkannya," beritahu Afiq Aiman.

"Okey, bos." gadis Cina peranakan itu mengangguk lagi.

Sejurus itu, Afiq bergegas ke UITM. Di UITM, dia memarkir keretanya di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Kelihatan beberapa orang gadis yang pernah dilihatnya bersama Aqilah sebelum ini berlegar-legar di kawasan lobi fakulti tersebut. Afiq menghampiri salah seorang daripadanya dan bertanyakan tentang Aqilah.

'Nampak Aqilah tadi kat hujung sana", beritahu salah seorang gadis yang memakai tudung hitam apabila ditanya.

Afiq menuju arah yang dimaksudkan. Benar, dari jauh lagi dia nampak Aqilah sedang duduk berseorangan di sebuah wakaf. Dihampirinya gadis itu perlahan-lahan. Sedang menghafal skrip rupanya. Tetapi wajah Aqilah ketara sedang bersedih. Entah kesedihan kerana menghayati skrip atau sebab lain. Tetapi nampak gayanya, lebih kepada sebab lain.

Perlahan-lahan Afiq duduk di sebelah Aqilah.

"Hei! Awak buat apa kat sini?" tanya Aqilah sedikit terkejut.

"Saja..." ujar Afiq sambil meneliti skrip yang sedang dihafal oleh Aqilah.

Aqilah terdiam dengan gaya bersahaja Afiq itu.

"Dah habis kuliah?" tanya Afiq sambil menoleh sekilas ke arah Aqilah.

"Dah, cuma ada discussion sikit dengan kawan-kawan. Kenapa datang? Dah habis waktu pejabat ke?"

"Separuh hari. Saja ke sini nak tengok Qilah." Afiq berterus-terang. "Pukul berapa discussion?"

"4.30 petang," jawab Aqilah ringkas.

"Pementasan apa pulak kali ni?" Afiq kembali membelek skrip yang di baca oleh Aqilah tadi.

"Pintomim. Tentang seoramg insan yang mencari diri sambil menghitung dosa-dosanya yang lalu. Menyesali dosa-dosanya yang lepas," cerita Aqilah serba ringkas.

"Hmm... Menarik! Bila bakal dipentaskan?"

"Insya-ALLAH, mungkin masa sambutan Awal Muharam nanti." Aqilah menarik semula skripmya dari tangan Afiq.

"Maknanya, lepas kita kahwin nantilah kan?" tutur Afiq perlahan, namun tetap sampai ke gegendang telinga Aqilah.

Aqilah tersentak. Sekali gus tersedar yang dirinya bakal bergelar isteri lelaki itu tidak lama lagi.

Afiq dapat menangkap perubahan wajah tunangnya. Dia tahu, Aqilag tidak pernah mencintainya, jauh sekali meletakkan dirinya dalam senarai lelaki pilihan hati. Tetapi, dalam keadaan begini, ditambah pula takdir yang tersurat, mereka berdua akan disatukan sebagai suami isteri. Seboleh-bolehnya, dalam jangka masa yang tidak sampai sebulan ini, dia mahu cuba menambat hati Aqilah. Walau sesukar mana pun, dia sanggup mengharunginya. .

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now