Bab 7

100 39 34
                                    

OH, indahnya alam! Syukur kepada Allah kerana masih berdiri di sini, menghirup udara segar sepuas-puasnya. Aqilah melangkah masuk ke Kafe Bunga Melur. Inilah kafe kegemarannya setiap kali bersendirian. Di sinilah dia banyak melihat pelbagai gelagat dan ragam manusia. Dia bagaikan pengkaji gelagat orang. Di sini juga dia banyak mengkaji tabiat-tabiat manusia. Bagaimana setiap bangsa di Malaysia ini memesan makanan mereka sehinggalah bagaimana cara mereka menghadapi hidangan yang disediakan. Ada biasanya akan nenyisip sedikit air terlebih dahulu sebelum makan. Ada pula yang terus makan tanpa menoleh kiri dan kanan. Ada juga makan yang bersulamkan air. Malah, ada yang makan tanpa sedikit pun menyisip air sehinggalah makanan abis dijamah. Semuanya menarik. Semakin ramai manusia, semakin pelbagai kerenah mereka dalam menghadapi kehidupan seharian.

"Hai!"

Spotan Aqilah mengangkat wajahnya.

"Boleh saya duduk sini?" lelaki itu terus menyoal tanpa sempat dia bersuara. Bulat mata Aqilah memandang jejaka di hadapannya itu. Jejaka itu duduk tanpa menunggu kata-kata persetujuan daripadanya.

"Alahai... Dalam ramai-ramai orang di dunia ni, kenapalah aku selalu bertembung dengan Mamat ni?" menyampah betul!' gumam Aqilah dalam hati. Memandang wajahnya mengingatkan dia pada Rasya.

"Junpa lagi kita kan? Dah makan ke? Kalau belum, apa kata kita makan sama-sama?" tanpa rasa gusar, jejaka itu berkata-kata. Bagaikan telah mengenal lama hati budi masing-masing.

"Saya datang sini bukan nak makan pun!" jawab Aqilah acuh tak acuh sambil berpeluk tubuh memandang jejaka yang sudah duduk di hadapannya itu.

Terangkat kening Afiq mendengar jawapan Nurul Aqilah itu. Terkejut pun ya juga.

"Habis... Kalau tak makan, buat apa?" Afiq kehairanan

"Saja... Tengok orang makan!" balas Aqilah selamba.

Afiq tersenyum geli hati. 'Biar betul perempuan ini! Ada ke orang masuk restoran semata-mata nak tengok orang lain makan? Pelik!"

"Awak ni pelikah!" Afiq memberikan komen spotannya.

"Saya tak pelik. Awak aje yang rasa pelik, Encik Afiq!" tanpa senyuman, Aqilah membalas.

"Ada jugak orang macam ni, ya?" Afiq menggeleng-geleng tidak percaya. Lelaki itu meletakkan lengannya di atas meja lalu memandang wajah Aqilah. Ditiliknya wajah Aqilah. Mata, alis, hidung, pipi dan bibir, semua manjadi tatapan Afiq Aiman. Cantik! Ada iras Rasya pada alis dan hidungnya.

Aqilah mula terasa cuak bila diperhati Afiq sebegitu rupa. Dia berdeham, sebagai cara untuk menghentikan tingkah kurang senang itu. "Agaknyw, berapa kali awak meniliti wajah Rasya, ya?" terus bibir mengajukan soalan.

Afiq tersentak. Berubah terus air mula lelaki itu.

Aqilah yang menyedari perubahan itu pura-pura berlagak tidak perasaan. Mahu sahaja dia bangun dari meja itu. Entah mengapa, dia rasa menyampah bila bertentangan mata dengan lelaki itu.

"Well... Kalau tak sudi makan dengan saya pun, tak akan tak sudi temankan saya makan." Afiq pantas mengenepikan rasa tersinggungnya. Tiada gunanya dia melayan rasa kecil hati bila berurusan dengan gadis seperti Aqilah.

"Maaf jika cara saya agar kasar sikit. Mungkin sebab Rasya, orang-orang di sekelilingnya jadi mangsa. Maafkan saya," ucap Aqilah tiba-tiba. Dia mula sedar, tidak sepatutnya dia berkasar dengan Afiq yang tidak taju hujung pangkal perihalnya dengan Rasya itu.

Kata-kata Aqilah kedengaran tulus di telinga Afiq. Dari awal lagi dia tahu, Aqilah sebenarnya berhati lembut. Kerana Rasya, gadis itu bertukar jiwa.

Suamiku yang terbaikWo Geschichten leben. Entdecke jetzt