Bab 3

173 53 33
                                    

"Hai, sayang! How are you today?" suara manja Rasya menyapa pendengaran Afiq Aiman. Afiq tersenyum panjang sambil berbaring di atas katil bujangnya. Wajah jelita Rasya terbayang di layar mata. Dapat dibayangkan bepata manisnya wajah itu bersama senyuman manjanya. Syarifah Ainur Rasya, gadis dikenali melalui teman yang kebetulan seuniversiti dengan Rasya. Cinta mereka, cinta pandang pertama. Masing-masing terpaut saat pertama kali bertentang mata di New York.

     "Hai, sayang! Mengelamum ya?"teguran Rasya mengembalikan Afiq ke dunia Realiti.

     "Hi dear! I sedang ingatkan you lah ni. Rindu i tak? " Afiq membalas, sengaja ingin menduga hati kekasihnya itu.

     "Dah seminggu rasanya kita balik dari US, tapi langsung tak sempat jumpa kan? Tentulah rindu. Bila kita nak jumpa ni?" tanya Rasya manja.

     "Sorry dear, sejak i balik dari US ni, i busy betul! Hari-hari ke ofis ayah i. Sibuk membelek itu ini. Hari minggu pulak kena jadi driver mother I. Ada je tempat yang ibu i nak pergi. Dah tu, diperkenalkan pulak i kat kawan-kawan dia. Nak cakap pasal kita pun tak sempat sya." Afiq beralasan. Memang itu kerjanya saban hari. Setelah penat di pejabat, terpaksa melayani ibunya di rumah.

     "Jomlah keluar sayang. I tunggu you kat Sunway Pyramid, kebetulan i ke sini, jumla member lama i. You datang ya?" Rasya mengharapkan persetujuan daripada arjuna hatinya. Sudah lama mereka amtak bersua.

     "Okey, jumpa kat sana, ya?" Afiq terus bersetuju tanpa fikir panjang. Sejurus mengakhiri perbualan, bingkas bangkit dari perbaringan menuju ke bilik air dengan senyuman yang masih di bibir.

******

Petang itu, Puan Yasmin dikunjungi teman lamanya, Syarifah Aziah. Mereka pernah sekelah waktu remaja dahulu. Setelah habis persekolahan, mereka membawa haluan masing-masing dan ditakdirkan bertemu semula dalam sebuah bengkel jahitan yang dikelolakan oleh Syarifah Aziah. Masing-masing tidak menyangka akan dipertemukan dalam keadaan dan status diri yang sudah berubah. Ketika itu, Syarifah Aziah sudah lima tahun bernikah dengan Syed Johan dan telah pun dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun dan seorang anak perempuan, Rasya yang baru mencecah usia tiga tahun. Puan Yasmin ketika itu mempunyai empat orang anak, Aryana Azlin, Aya Maisara, Afiq Aiman dan Alif Ehsan, hasil perkahwinan dengan Afendi. Semuanya kenangan yang begitu sukar luput dari ingatan.

     "Sorang aje ke Yah? Mana bodyguard yang selalu temankan kau tu? Tak datang sama?" Soal Puan Yasmin ranah sambil menyusun cawan di hadapan Syarifah Aziah.

     "Bodyguard Yah tu sibuk dengan teaternya yang dipentaskan tk lama lagi. Itu pun, dia sempat kirim sesuatu untuk Min. Kek lapis yang entah bila dibuatnya." Syarifah Aziah menghulur sebuah kaca bertutup kepada Yasmin.

     "Amboi... Ingat jugak kat bakal mak mertua dia ni!" Puan Yasmin segera membuka penutup kaca tersebut dan mencium aroma kek di dalamnya. Syariah Aziah ketawa mendengar perkataan 'bakal emak mertua' yang lahir dari bibir Yasmin. Hanya mereka tahu maksud tersirat perkataan-perkataan tersebut

     "Hhmm... Sedapnya Bau!" Puji Yasmin. "Eh! Dengar-dengar, anak dara kau tu dah balik dari US, betul ke Yah?" tanya Puan Yasmin sambil meletakkan bekas kaca yang berisi kek itu di atas meja. Dia memcapai sebilah pisau untuk memotonb kek di dalamnya.

     "Dah lebih seminggu, Min. Tapi tak pernah lekat kat rumah. Teringin jugak nak ajak dia ke bengkel-bengkel yang kita buat ni. Nak jugak suruh dia buat persediaan sebelum melangkah ke alam hidup berumah tangga ni. Tapi, si Rasya tak macam Aqilah!" keluh Syarifah Aziah.

     "Samalah macam anak Min yang sorang tu... Tak pernah lekat kat rumah sejak balik ni. Busy memanjang dengan ayahnya."

     Baru sahaja Puan Yasmin menghabiskan kata-kata, anak teruna yang disebut-sebutnya turun dari tingkat atas menuju ke beranda.

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now