Bab 18

74 30 24
                                    

Afiq aiman manatap wajahnya di cermin. Dia meneliti penampilannya sendiri yang berpakaian sut pejabat. Tali leher yang dikenakan dibetulkan agar kelihatan lebih kemas dan bergaya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Afiq menampak turun. Pasti ibunya sudah siap menyediakan sarapan pagi untuk dia dan bapanya.

    "Assalamualaikum, bu! Morning!" sapa Afiq ceria lantas mengambil tempat di hadapan ibunya, Puan Yasmin.

    "Wa'alaikumussalam," jawab Puan Yasmin menyambut kemunculan anaknya dengan senyuman lebar.

    "Ehem... Smart hari ni? Berseri-seri betul. Ada apa-apa rahsia yang ibu tak tahu ke ni?" tegur Puan Yasmin.

    "Hisy... Tak adalah! Fiq macam biasa aje. Tiap-tiap hari Fiq memang macam nilah, bu." Afiq menyanggah kata-kata ibunya.

    "Betul ke? Tapi ibu rasa lain macam aje. Hmm... Fiq pergi tonton teater Aqilah kan?" tanya Puan Yasmin tanpa disangka-sangka.

    "Hah? Mana ibu tahu ni?"

    "Ibu ternampak tiket teater tu atas almari solek kamu. Macam manalah ibu tak tahu. Memang Fiq pergi kan?" ulang Puan Yasmin lagi.

    "Memang Fiq ke sana tengok teater tu atas jemputan Aqilah sendiri. Fiq tak sangka Aqilah boleh berlakon dengan begitu baik sekali. Penghayatannya Bagus. Tak sangka Aqilah yang Fiq kenal selama ni yang selalu berbaju kemeja kotak-kotak dan berseluar jean lusuh tu berbakat besar rupanya." Afiq memberi komen positif, tanpa sedar ibunya sedang tersenyum senang.

    Dalam diam, Puan Yasmin berdoa agar Afiq dan Aqilah berjaya menemui satu titik persefahaman sebelum mereka berdua disatukan kelak.

    "Dari teater tu juga, baru Fiq sedar yang Aqilah ni punya personaliti yang penuh warna. Dia kelihatan anggun dalam kebaya Bandung yang dipakainya masa berlakon dalam teaternya itu. Cukup cantik! Cukup ayu semasa berkasih dengan Usman, penuh aura menggoda apabila bekerja sebagai penari joget di Mambo Nite Klub. Membuat penonton benci dan marah bila di merampas Hasan dari Rusnah. Kejam saat meninggalkan Hasan papa kedana. Tragis sewaktu dipukul oleh suaminya, Sulaiman dan Zakaria. Kesedihan meruntun hati..." minda Afiq kembali ke malam itu. Malam di mana tangisan sendu Aqilah seakan tidak dapat dilupakan. Runtun hatinya mendengar. Namun, dia terpesona dengan wajah Aqilah yang basah begitu. Aqilah kelihatan begitu tulus, tiada langsung riak jahat di wajahnya. Kadang-kadang terasa dirinya terperangkap dalam lakonan Aqilah. Seperti babak di Restoran Seri Purnama tempoh hari. Malam itu, dia dapat melihat sendiri wajah pilu seorang gadis yang kesedihan. Tangisannya itu ternyata bukan dibuat-buat.

    "Ehem... Amboi, Amboi! Sebut nama Aqilah aje ni. Ada apa-apa ke?" usik Encik Afendi yang baru sahaja duduk di kerusi bersebelahan dengan isterinya.

    Afiq yang baru tersedar dari lamunan asyiknya tersengih.

    "Apa ceritanya ni Min?" Encik Afendi berpaling ke arah isterinya mengharapkan penjelasan.

    "Fiq ni tengah memuji Aqilah, lakonan dalam teaternya dua malam lepas. Melangit pujiannya!" usik Puan Yasmin sambil melirik anak terunanya yang masih tidak berhenti tersenyum itu.

    "Oh! Pasal tu. Hmm... Aqilah tu memang berbakat budaknya. Bukan setakat berlakon. Kalau dijadikan isteri memang sesuai, Fiq." puji Encik Afendi pula dalam nada mengusik. Memberi isyarat agar Afiq dapat menangkap maksud mereka.

    Afiq masih tersenyum sambil mengunyah kuih lapis yang dibuat oleh ibunya itu. Dia faham maksud kedua orang tuanya. Namun, dia sekadar terpesona dengan kata hati. Tidaklah sampai mahu menjadikan Aqilah sebagai isteri. Hatinya masih pada Rasya. Mana mungkin kasihnya berubah. Aqilah pula sejak kebelakangan ini bagai sengaja mengetuk-ngetuk pintu hatinya. Tiba-tiba sahaja muncul dengan wajah dan kelatahnya yang manja. Hati lelaki mana yang tidak terpikat? Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum lagi.

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now