Bab 20

79 29 49
                                    

Hidup mati cinta kita bersama...

Afiq melangkah mengikut langkah kaki dan gerak hatinya membawa diri. Terasa hatinya kini begitu sunyi dan sepi. Tiada lagi gelak ketawa dan rajuk Rasya yang meriangkan hati. Entah mengapa, dia merasakan Rasya semakin jauh dari hidupnya.

Kenangan mulai menerbang jauh melintasi alam benua. Memori sewaktu mula berkenalan dengan Rasya di US dahulu kembali menerpa ingatan.

*********

Afiq menulis sesuatu di dalam buku notanya. Dia dan beberapa orang teman senegaranya sedang duduk di bawah pokok, menghadap taman indah berhadapan East 13th Avenue. Tempat itu merupakan laluan utama mahasiswa-mahasiswa universitinya. Tempat itu juga dikenali sebagai heart of campus kerana di situlah pelbagai aktiviti mahasiswa diadakan. University Of Oregon menyaksikan pelbagai bangsa di dalamnya begitu tekun mencari ilmu. Masing-masing berkejar menghadiri kuliah seterusnya.

"Afiq, kau nampak perempuan kat sana tu? One of them, yang pakai sweater biru navy tu, dari tadi asyik pandang sini," provok Hafizi, teman sekuliah Afiq.

"Hah? Ya ke? Entah... Tak perasaan pulak aku." Afiq mendongak, mengarahkan pandangannya kepada dua orang gadis yang sedang duduk di sebuah bangku panjang berhampiran. Benar, salah seorang daripada mereka yang berambut ikal keperangan sedang memandang ke arah mereka. Namun, bila mata itu bertembung pandang dengannya, cepat-cepat gadis itu berpaling ke arah lain.

"Cantik jugak! Dia berkenan kat kau agaknya."

"Hisy...mengarutlah!" Nafi Afiq seraya ketawa kecil, tanda tidak percaya dengan yang diperkatakan oleh teman-temannya. Walau bagaimanapun, dia perasaan ada secebis senyuman mesra di bibir gadis itu.

Seminggu selepas itu, sekali lagi Afiq bertembung pandang dengan gadis yang sama di kafetaria sewaktu sedang bersarapan. Si gadis terdahulu mencuri kesempatan itu menegurnya. Kebetulan, dia sedang berseorangan. Teguran pertama itulah yang membawa kepada bibit-bibit pertemuan mereka seterusnya. Sehinggalah masing-masing mula menyedari perasaan yang sedang bercambah dan memekat sedikit demi sedikit di hati.

"Fiq, I tak nak kehilangan you. I nak hidup di samping you sampai tua, Fiq." Pernah Rasya meluahkan kata-kata itu pada hari terakhir mereka di US. Musim bunga saat itu menyaksikan kemeriahan perbagai warna daripada beribu spesis bunga. Genggaman erat jari jemari Rasya yang bertaut kemas dengan jemari Afiq sudah cukup menceritakan segala-galanya. Kasih mereka padu. Tidak ada apa yang dapat merobohkan tembok cinta mereka berdua.

"Sya, bila I balik Malaysia nanti, I tak nak tunggu lama-lama. I nak jumpa famili you dan lamar you menjadi isteri I seberapa segera." Ungkap Afiq meluahkan hasrat hatinya.

"I love you, Fiq..." Balas Rasya seolah-olah berikrar. Lunak janjinya di pendengaran Afiq.

********

Masih terngiang-ngiang lagi ucapan keramat Rasya itu. Perasaan dan ungkapan cinta Rasya ibarat hembusan bayu pagi yang menyegarkan. Adakah Kerana rasa cemburunya pada Aqilah yang membuat gadis itu berkelakuan begitu?

Afiq berdiri sambil memeluk tubuh di hadapan pancuran air Taman KLCC. Dia sendiri tidak sedar sejak bila dia sudah berdiri di situ. Dia melangkah tanpa haluan sambil memikirkan Rasya.

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now